Wednesday 2 December 2015

KADAR TOL PLUS HIGHWAYS ... TIMBALAN MENTERI BERKATA DI PARLIMEN AKAN NAIK 5 PERATUS SETIAP 3 TAHUN SEDANGKAN MENTERINYA KATA KERAJAAN BELUM BUAT KEPUTUSAN ... KENYATAAN YANG MANA SATU RAKYAT NAK PEGANG NI???????


Tiada kenaikan secara automatik kadar tol untuk Plus Highways kerana kerajaan belum membuat keputusan mengenai perkara ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa terdiri daripada pemegang kepentingan utama seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan (MOF), Unit Kerjasama Awam Swasta Pejabat Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Highways Bhd akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini untuk merundingkan semula kadar tol baharu.

Beliau berkata demikian susulan spekulasi dalam media baru-baru ini bahawa kadar tol bagi lebuh raya milik Plus akan dinaikkan tahun depan.

Fadillah berkata, kerajaan pada 2013 telah memberi jaminan bahawa kadar tol‎ antara bandar akan dikurangkan secara beransur-ansur menjelang 2018 dan mengulangi bahawa kerajaan berhasrat untuk memenuhi janjinya.

Beliau juga mengesahkan Plus Highways Bhd, yang dimiliki 51 peratus oleh UEM Bhd, 100 peratus syarikat Khazanah Malaysia di bawah MOF dan 49 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah merundingkan semula perjanjian konsesi yang memperuntukkan kenaikan tol lima peratus bagi setiap tiga tahun.

"Perjanjian konsesi Plus Highways dirundingkan semula berdasarkan perjanjian konsesi sebelum ini yang membenarkan kenaikan 10 peratus kadar tol setiap tiga tahun seperti diputuskan di bawah Perdana Menteri sebelumnya.

"Apabila Plus Highways Bhd dimiliki sepenuhnya oleh UEM Berhad dan KWSP pada 2011, perjanjian ini dirundingkan semula dan kenaikan tol dikurangkan kepada lima peratus setiap tiga tahun," katanya.

Fadillah berkata kali terakhir kenaikan tol Plus Lebuh Raya ialah pada 2005 dan sejak itu, kadar tol tidak dinaikkan walaupun perjanjian memperuntukkan kenaikan tol pada 2008 dan 2011.

"Kerajaan berjaya merundingkan semula dan telah memberi pampasan kepada Plus Highways Bhd untuk memastikan kadar tol kekal sejak 10 tahun lalu," katanya. - Bernama


BERIKUT KENYATAAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KETIKA MENJAWAB SECARA BERTULIS SOALAN AHLI PARLIMEN DI PARLIMEN ... JADI SIAPA YANG BERBOHONG NI??????????????




Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) Malaysia Bhd boleh menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus di semua lebuhraya laluannya mulai tahun 2016.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, syarikat itu juga berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

"Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan Plus yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan Plus Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi temph lima tahun daripada 2011 hingga 2015.

“Perjanjian terkini tersebut juga menetapkan kenaikan kadar tol lima peratus sahaja setiap tiga tahun mulai 2016 hingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038,” katanya menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).

Ahmad Fauzi bertanya mengenai kenaikan kadar tol di lebuh raya Plus.

Menerusi sesi soal jawab lisan, Rosnah juga berkata Plus hanya membuat keuntungan selepas cukai RM8.4 juta daripada kutipan tol RM2.61 bilion tahun lalu.

"Hasil kutipan Plus bagi tempoh tahun 2014 adalah sebanyak RM2.61 bilion dengan dengan melibatkan jumlah bilangan trafik tahunan 506 juta kenderaan.

"Bagi setiap ringgit hasil kutipan yang diterima digunakan untuk membayar faedah faedah pinjaman, dan naik taraf seperti membina persimpangan bertingkat, " katanya menjawab soalan Datuk Idris Jusi (PKR-Batu Pahat).

Idris menerusi soalan tambahan memohon penjelasan menteri mengenai keresahan rakyat berhubung kenaikan kadar tol pada tahun depan.

Menurut Rosnah, kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat dan telah membuat pelbagai inisiatif untuj meringankan beban itu.

"Antaranya termasuk penyelerasan kadar tol yg dibuat lepas 8 tahun ditangguh.

"Selain itu kerajaan juga laksanakan penutup awal dan pemansuhan di beberapa plaza tol. Tindakan lain termasuk tiada kenaikan dibuat untuk Jambatan kedua Pulau Pinang, " katanya.

36 comments:

  1. sokongla lagi umno.sokong la.setuju dengan depa.omak kau pun sama.sayang sangat hadi najib tu.sokongla.sokonggggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kisah pada kesusahan rakyat ni hanya pada PAS dan PKR sahaja. Barang nai, harga rumah mahal dan lain2. Satu lagi ethnic tu dia buat pass tru saja, sebab diorang orang meniaga. Harga naik dia charge kat customer.

      PAN Imayam dan DAP suka cakap degar2, tapi sebenarnya suka melarikan diri. Mari kita tengok apa Tony Pua bikin.


      ARUL DATANG, TONY PUAKA HILANG???


      Desas - desus mengenai kehilangan Si Tony Puaka sewaktu prosiding PAC Parlimen yang diadakan baru - baru ini menjadi antara isu hangat yang diperkatakan didalam laman media sosial.

      Persoalannya, adakah benar Si Tony Puaka tu tidak menghadirkan diri sewaktu prosiding PAC berhubung isu 1MDB bagi mendengar penjelasan dari CEO syarikat tersebut baru - baru ini?

      Jika sebelum ini, Si Tony Puaka tu lantang membuat kritikan secara terbuka terhadap syarikat tersebut walaupun dia mengakui terlibat dalam skandal pembelian maklumat palsu.

      Malah, Si Tony Puaka yang pada ketika itu sedang hangat berkempen untuk melobi jawatan Pengerusi DAPigs Selangor juga turut mencetuskan kontroversi dengan mencabar CEO syarikat berkenaan.

      Tapi, apabila cabaran yang dibuat telah disahut secara terbuka, Si Tony Puaka tu mula menggelupor tak tentu arah dan mencari alasan untuk melepaskan diri dari dimalukan dikhalayak ramai.

      Sekarang timbul pulak persoalan, kenapa Si Tony Puaka tu tidak hadir dalam prosiding yang diadakan baru - baru ini? Jika dia hadir, adakah dia berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan?

      Perkara itu menjadi satu persoalan apabila Timbalan Pengerusi PAC yang juga seorang Ahli Parlimen DAPigs berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Arul.
      "Kita berpuas hati, namun kita akan panggil beliau balik dan minta penjelasan dalam beberapa perkara seperti rationalisasi pembayaran balik hutang syarikat," katanya seperti yang dilaporkan MStar
      Maka, sudah pasti ramai yang nak tau apa pulak respon Si Tony Puaka tu? Adakah pendirian dia bertentangan dengan rakan Ahli Parlimen DAPigs yang boleh dianggap 'Senior' dalam parti tu? Atau, adakah Si Tony Puaka tu dah hilang buah kerandut dia???

      Delete
    2. Bila turun membantu rakyat Marhaen, hanya PKR dan PAS sahaja yg hadir.

      Harap PAN dan DAP, memang mereka sibuk dengan agenda Anti Islam, Anti Melayu dan Anti India walaupun PAN rata2nya berugama Islam

      Sila baca hal teksi. Hanya PKR dan PAS hadir

      500 pemandu teksi berarak ke Parlimen bantah Uber, Grabcar

      KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pemandu teksi berarak dari Padang Merbok ke Bangunan Parlimen bagi membantah kegagalan kerajaan menyelesaikan isu teksi Uber dan Grabcar.
      Mereka juga kesal dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan mendesak Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.
      Bagaimanapun, pemandu teksi berkenaan tidak dibenarkan menghampiri pintu masuk utama Bangunan Parlimen dan diminta berbaris sepanjang Jalan Parlimen.
      Pemandu-pemandu teksi kebanyakannya dari Lembah Klang itu membawa plakad dan banner yang tertulis ‘PM Najib Tolong Kam’, ‘Pecat Syed Hamid’, “Say no to Uber’ dan “Hidup Teksi’.
      Beberapa Ahli Parlimen dari PAS dan PKR keluar dari bangunan Bangunan untuk berjumpa dan mengambil memorandum.

      Zaman Apartheid di Afrika Selatan, regime kulit putih (Penang pun Putih jugak kah kah kah) bersama2 Kwazulu menyokong dasar kekejaman ekonomi kepada rakyat Marhaen

      Delete
    3. Klu ikut islam, nak cari rezeki bawak teksi perlu ada permit ker? Klu xada permit hukum haram ker?

      Kebas duit amal jariah anak yatim gi buat kursus kawin obersee haram tak?

      Delete
    4. Drp ikut cara beberapa pakcik baju merah beli no ekor, baik bawak teksi uber utk cari rezeki.

      Errrr...mana elok, kerja kat tempat jual arak ker kerja bawak teksi uber?

      Delete
  2. omak kau sokong la kenaikan semua ni.sebab dia sokong hadi najib.weeii omak kau,kata nak delete komen yang xda kena mengena dengan tajuk??x buat keja pon.delete la.menyemak ja.sembang kencang.sibuk p kenduri pas kah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sedar diri golongan balaci PAN Imayam yg nilai CHEAP SALE.

      PAN Imayam bergelumang dengan Syiah, tapi mereka masih happy.

      https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/28/irc-sedang-susun-strategi-singkirkan-mat-sabu/

      AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.

      Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

      IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

      “Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.

      “Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

      “Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.

      “Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.



      Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.

      “Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.

      “Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.




      Delete
    2. Jika ramai Syiah menyokong PAN Imayam, maka tidak hairan DAP yg anti Islam menyokong PAN

      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
    3. Mengebas 2.6 dan duit amal jariah anak yatim juga membawa ke neraka.

      Delete
    4. Anon 10:03 saya setuju dgn anda dan saya setuju juga yg Syiah itu merbahaya. Bila Abang Mat nak halau Syiah keluar dari PAN Imayam????

      Delete
    5. Pas umpama pokok umur 69 tshun.
      Daun hijau dah byk tukar kaler kuning oren.
      Dah mandul tak berbuah.
      Tunggu masa mampooos dan reput.

      Delete
    6. 10.12:
      Dah byk kali mat sabu menafikan fitnah dia syiah. Dia bersaksikan Allah. Saudara bersaksikan siapa dgn fitnah ssudara itu?
      Mana bukti gred A? Mereka berssksikan siapa keluarkan gred A tu?

      Delete
    7. 20.12, kamu bersaksikan siapa bila kamu kata mat sabu tu syiah?

      Delete
  3. Perhatian pada Omak Kau, sila buang lambang PKR dan DAP di banner blog anda. Ini kerana anda tidak menyokong pergerakan Harapan Baru. Sila masuk Pas dan berkuntum di blog2 pas. Sekian terima kasih.


    Yang benar,
    Hamit Nibong Tebal (ketua cabang PKR bahagian sungai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon PAN Imayam,Ada sebahagian PAN Imayam yg menganut SYiah. Mereka tak sebat belakang waktu hari Asyura ka????????? ko tanya Brader Mat sekejap

      Delete
    2. Brader mat bukan syiah. Dah byk kali cakap. Tolong cari alasan lain utk gagalkan pan. Contohnya surat ulamak terkenal dunia yg haramkan amanah.

      Delete
    3. Nama pun bohong. Bukan Amanah tapi PAN. Kaooooo jawap dulu pasal JIM dalam PAN Imayam sedang berusaha menjatuhkan Clan Syiah dlm PAN.

      Ini membeuktikan Syiah ramai dalam PAN Imayam

      Delete
    4. Byk kali mat sabu menafikan dia syiah dgn bersaksikan Allah. Nsmun yg tak takut neraka terus memfitnah gred A. Saudara bersaksikan siapa semasa berkata mat sabu dan ahli Amanah itu syiah?

      Delete
    5. 10.15, kamu bersaksikan siapa dgn kenyataan kamu itu? Kamu juga ada gred A?

      Delete
  4. KEPADA HADI AWANG:
    Mana surat drp ulama terkenal dunia yg kata penubuhan Amanah adalah haram?

    Saya bagi masa sampai hujung tahun ini. Kalau surat tu tak ada, saya akan panggil dengan gelaran tn haji hadi al-tipuni.
    Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat,????
      Apa benda surat2 ni...
      Mana ada...mana ada...

      Delete
    2. Surat UG boleh ker?

      Delete
  5. Semua berlakon.apapun rakyat yg tanggong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin doa ulama2 pas tidak dimakbulkan.

      Delete
    2. Kenaikan tol menyusahkan ahli pas yg nak ke hulu ke hilir mendengar ceramah auta dan maki hamun. Tol bas angkut budak 13 tahun melambung 5%

      Delete
    3. Hadi kuat berlakon.
      Dia boleh buat filem jala belukang

      Delete
  6. KEPADA AHMAD YAKOB:
    Betulkah tn hj kata jika hudud tidak dpt dijalankan di kelantan pd tahun 2015, tn haji janji akan letak jawatan?

    Tinggal sebulan lagi tahun 2016 akan tiba. Sudahkah tn hj bersedia utk meletak jawatan?
    Selepas tahun 2016 jika hudud tidak berlaku di kelantan dan tn hj belum meletakkan jawatan, bolehkah saya panggil tn hj dengan gelaran tn hj munafik?

    Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoiiii
      Sapa ganti?

      Delete
    2. boleh sangat..elok apa gelaran tu.

      Delete
  7. KPD TOK LEBAI SERBAN BESAR:
    Encik hussam sudah serah bukti dan maklumat yg diminta.

    Bolehkah duit potongan cikgu yik berjumlah 14 juta itu diserahkan kpd agensi berkenaan sebelum akhir tahun ini. Berilah hak kpd yg berhak. Bayar upah sebelum peluh kering.

    Kedua, bolehkah boss besar program UG dipecat dengan serta merta.

    Ketiga, bolehkah tok lebai yg kebas duit balak dimasukkan dalam jel?

    Harap dapat dijawab sebelum tahun baru masihi 2016.
    Terima kasih tn haji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti2 itu sudah saya simpan dalam tong sampah, bosss. Nanti 78 tahun lagi saya kasi keluar keputusan, bossss

      Delete
  8. KADAR TOL PLUS HIGHWAYS ... TIMBALAN MENTERI BERKATA DI PARLIMEN AKAN NAIK 5 PERATUS SETIAP 3 TAHUN SEDANGKAN MENTERINYA KATA KERAJAAN BELUM BUAT KEPUTUSAN ... KENYATAAN YANG MANA SATU RAKYAT NAK PEGANG NI???????

    Omak Kau....tak payah tanyalah...kau dengar saja cakap Haji Hadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji Hadikan berjawatan Tuan Punahsehat Umnu...kena wala' tau Omak...

      Delete
  9. SIR HADIMURA PAHLAWAN BIOL.
    MR. HADIKONG PANGLIMA MENGONG.

    Marilah tonton filem terbaru box office di atas. Filem seram lucu terkini.

    ReplyDelete
  10. Omakkau ni sama geng pun sebat adoii patut sama geng sokong puja dan wala'....ni apasal plak kutuk member tak bagi upah ek?

    ReplyDelete
  11. Halo, Salam musim. Ini adalah untuk memberitahukan Anda bahwa Alex Scofield Company, sebuah perusahaan pinjaman swasta multi-miliar telah membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan pada akhirnya ini musim tahun. kami memberikan pinjaman dari $ 10.000 sampai $ 500.000 dengan tingkat bunga 1% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan dimengerti. Hubungi kami hari ini di: alexscofield2852@gmail.com

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...