KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 23 December 2015

LELAKI DIDAKWA ANCAM NAK ROGOL NOOR FARIDA AKUI GEMAR MENGGUNAKAN BAHASA KASAR.


Biarpun mendapat perhatian umum susulan dakwaan mengeluarkan ancaman "rogol" terhadap jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin, Sharul Nizam Ab Rahim mempertahankan dirinya dengan mengatakan berhak mengamalkan kebebasan bersuara dengan mengkritik pandangan bekas pegawai kerajaan itu di laman Facebook miliknya.

Penyelamat haiwan itu mendedahkan dalam posting lain di Facebook beliau gemar menggunakan bahasa kasar dan percaya posting terhadap Noor Farida itu disalah anggap kerana "kegagalan memahami bahasa Melayu".

"Saya tidak pernah menggunakan perkataan 'rogol' dalam catatan saya.

"Mereka yang mengenali saya juga akan tahu saya menyindir dan tidak serius.

"Tetapi catatan itu dikeluarkan daripada Facebook kerana banyak laporan terhadapnya," katanya.

Posting kontroversi Sharul Nizam mempertikaikan komen Noor Farida yang dibuat mengenai keperluan untuk menyemak semula undang-undang syariah pada satu forum umum, baru-baru ini.

Dalam forum itu, Noor Farida mengambil isu khalwat sebagai contohnya.

Sharul Nizam dalam postingnya menyatakan mahu memecah masuk rumah Noor Farida, berbaring di atas katilnya dan "mencuba" beliau.

Beberapa laporan polis, termasuk satu daripada pemimpin Wanita DAP Pulau Pinang, dibuat terhadap Shahrul Nizam.

Lelaki berusia 36 tahun dari Padang Rengas, Perak itu berkata, sejak kejadian itu beliau tidak dapat mengakses akaun Facebook miliknya kerana banyak aduan dibuat di laman sosial berkenaan, menyebabkan akaunnya disekat dan tidak boleh diakses untuk tempoh 2 minggu lagi.

"Ini bukan kali pertama saya diharamkan melayari Facebook.

"Secara purata saya disekat sebulan sekali. Dalam tempoh 3 bulan lalu, ia disekat sebanyak 3 kali.

"Seperti seorang wanita yang datang bulan," katanya dalam nada sindiran.

Beliau pernah diharamkan di Facebook sebanyak 2 kali sebelum ini kerana mengulas mengenai penyembelihan lembu pada Hari Raya Haji tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Veterinar dan menyatakan peguam dan ahli politik, mendiang Karpal Singh sebagai Benggali dan bukannya Sikh.

Katanya, beliau juga pernah dikutuk orang Melayu di media sosial kerana membela anjing di rumahnya dan ada yang mendesak jabatan agama mengambil tindakan terhadapnya.

"Tulisan saya sentiasa dianggap sebagai menyakitkan mental atau emosi orang lain," katanya.

Bagaimanapun, Sharul Nizam berkata beliau tidak bersetuju dengan Noor Farida didakwa mengikut Akta Hasutan kerana mendesak suatu kajian semula undang-undang syariah berhubung khalwat.

"Saya akan bersetuju jika dia didakwa mengikut enakmen syariah kerana menghina atau menggambarkan Islam sebagai agama yang buruk tetapi bukan undang-undang sivil."

Katanya, beliau mempertahankan undang-undang Syariah terhadap khalwat dan merasakan adalah tidak wajar bagi Noor Farida secara terbuka menuntut pemansuhan larangan agama itu.

"Undang-undang syariah perlu dibincangkan secara tertutup, bukan mendesak supaya ia dimansuhkan pada sidang media selepas forum itu," katanya.

Sharul Nizam berkata, setakat ini beliau berjumpa dengan seorang peguam namun enggan mengulas sama ada polis pernah menghubunginya untuk menyiasat dakwaan "ancaman" terhadap Noor Farida.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang sebelum ini berkata polis sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan Sharul Nizam.

Beliau berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta SKMM sudah dibuka selepas 2 laporan polis dibuat di Pulau Pinang manakala 1 lagi di Perak.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto membuat satu laporan di Bercham, Ipoh selepas membaca laporan berita Malay Mail Online yang mendakwa seorang lelaki mengancam untuk memecah masuk rumah jurucakap G25 dan merogolnya berhubung kritikan terhadap pandangan pemansuhan hukuman khalwat.

Laporan itu menyatakan walaupun perkataan "rogol" tidak digunakan dalam posting itu, namun ia mengandungi unsur ugutan dan keganasan terhadap wanita, yang tidak boleh dipandang ringan.

16 comments:

  1. Kulit putih, hidung kemek. Bulu pun kurang...cam jantan lembik je dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pakai baju merah songkok tinggi la

      Delete
  2. Dlm otak byk kotor. Byk saluran hose sudah sumbat. Patutnya bagi belah otak dan kasi servis lubang2 hose tu

    ReplyDelete
  3. Suma org tak suka hal khalwat ni. Yg single & janda duda tu kawin la, nak melekat 24 jam sehari x sapa halang. Hadi pun tak bole halang

    ReplyDelete
  4. Bab khalwat ni kena rujuk gak dengan anwar aljubooori dan mat sabu....dua dua melawon ni kan ada experience. ....kikikiki.... certanya pendapat dua dua beruk syiah dan pluralist nih .....kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak babi mana pulak terlepas nih?

      Delete
  5. janganlah tulis benda yang menyakitkan hati dalam internet ni.sebab kita xtau ada org yang akan terasa hati.kita pun susah nak minta maaf.dosa tu bawaklah smapai akhir hayat.nak berdebat boleh.tapi ada batasan.jangan duk maki orang.ye x omak kau?jangan jadi batu api.

    ReplyDelete
  6. aku nak bagi pendapat la.tapi jangan marah naaa...unit amal pas awat xp tolong org Kelantan yg xdak rumah lagi tu??adakah kerana tiada kepentingan politik??nak tggu pru baru nak tunjuk kata buat keja kah??

    ReplyDelete
  7. Hati2 klu nak tangkap org khalwat supaya kerja baik kita tak jadi kerja haram. Jauhi perkara berikut:

    1. Operasi hendaklah tidak menjadi punca tajassus berkembang dalam masyarakat islam kita.

    2. Operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.

    3. Operasi tidak boleh berasaskan maklumat tidak pasti atau agak2.

    4. Pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keiban orang lain, dan bukan lahir dari kesedaran agama secara sukarela

    5. Org yg melaporkan khalwat mestilah org yg tidak fasik kerana ditakuti laporan dibuat berasaskan tajassus.

    6. Pelaku operasi diharamkan mendedahkan hal khalwat kpd pihak lain dlm apa juga bentuk kecuali dalam perbicaraan mahkamah supaya tidak memalukan org lain.

    7. Org yg melakukan operasi mestilah bukan oeg yg fasik.

    8. Org yg ditangkap khalwat tidak boleh dituduh zina tanpa 4 saksi bukan fasik yg telah melihat penzinahan berlaku umpama keris msuk ke sarungnya.

    9. Jgn mengugut, nenakutkan pelaku zina, mencerca, menghina apatah lagi memukul pelaku.

    In Sha Allah, jika ini dipatuhi, usaha kita menghalang kejadian khalwat akan berjaya dan diberkati. Amin ya Rab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tsjassus bermaksud mengintip2 mencari kesalahan org lain. Tajassus haram hukumnya dalam islam. Boleh rujuk nas dan hadis.

      Delete
  8. Nak tanya bole? Amanat hj hadi tu dah tarik balik ker? Bila dia tarik balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang mintak cai loyalty pd pemimpin. Sorg lagi mintak walaon wslak pd pemimpin. Dua2 sama, bezanya sorg guna b ingeris, sorg guna bah arab

      Delete
    2. Sorang penyamun. Sorang lagi penasihat penyamun

      Delete
  9. Ini dia muka laki2 Melayu Islam sejati.

    Hidup Melayu!

    ReplyDelete
  10. Muka mcm muka lancau je.ptuii

    ReplyDelete
  11. Ramai Melayu suka cakap kasar kesat maki hamun serta lucah Dan fitnah....sepatutnya orang Melayu yang mengakui beragama Islam Dan mengikuti ajaran Rasullullah Muhammad b Abdullah itu mesti berasa malu dengan Nabinya kerana telah memberikan gambaran yang buruk terhadap peribadi nabi yang berakhlak mulia yang membawa ajaran Islam yang suci itu....Sedarlah wahai bangsa Melayu yang mengakui agama kamu Islam yang suci.....Mungkin Rasulullah sedang bersedih dan malu sekarang ini Di akhirat mengenangkan umatnya yang buruk akhlaknya Dan peribadi.

    ReplyDelete