KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 21 December 2015

(VIDEO) .... PENGACARA TERSALAH UMUM PEMENANG MISS UNIVERSE 2015 MENYEBABKAN PERTANDINGAN MENJADI KECUH.



Pertandingan pertandingan ratu cantik Miss Universe 2015 menjadi sedikit kecoh apabila pengacara pertandingan itu, Steve Harvey, yang juga seorang pelawak, tersalah menyebut nama pemenang Miss Universe 2015.

Akibat dari kesalahan itu, penonton-penonton rancangan tersebut terpaksa menyaksikan sendiri detik menyayat hati mahkota Miss Universe 2015 diturunkan dari salah seorang peserta rancangan tersebut.

Selama dua minit, air mata peserta dari Colombia bercucuran apabila dia diumumkan pemenang oleh Steve Harvey. Namun keadaan menjadi kecoh apabila Steve Harvey berkata ianya adalah satu kesilapan.

Ketika Miss Columbia itu sedang meraikan kemenangannya dengan penonton-penonton, Steve Harvey berkata sebenarnya pemenang pertandingan itu adalah Miss Philipines, Pia Alonza Wurtzbach.

Steve Harvey, yang kelihatan malu dengan kesalahan tersebut memberitahu : "Semua orang, saya perlu meminta maaf'.

"Naib johan adalah... Colombia".

"Miss Universe 2015... adalah Miss Philipines".

Steve Harvey kemudian mengakui kesilapan itu terjadi kerana kecuaiannya.

"Saya akan bertanggungjawab atas (kesilapan) ini, ia adalah kecuaian saya

"Saya boleh tunjukkan bukti di sini, naib johan adalah Colombia, ia adalah kecuaian saya, malam ini masih malam yang terbaik.", kata Harvey.



3 comments:

  1. Mat Sabu bukan salah umum tapi berniat memuji2 Syiah. Syiah sudah difatwakan sesat di Malaysia


    Mat Sabu memuji HIZBULLAH .

    Sila Tengok Video ini.

    Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah

    https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

    Bukankah Hezbollah meneyembelih kaum sunmah wal Jamaah di Syria.

    Mat Sabu, kamu yg extremist kamu kata orang lain plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. By the way Majlis Fatwa kan kata Syiah tu sesat!!!!!


      Syiah sesat, haram untuk umat Islam dari Malaysia

      SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

      Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

      “Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

      “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

      “Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

      Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

      Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

      "Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

      Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut di negara ini.

      Namun, beliau berkata, ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.

      “Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

      Delete
    2. Mat Sabu bukan tersilap tapi dgn redha mengaku bersetuju dgn Karl Marx

      Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete