KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 23 December 2015

BEKAS PEGAWAI KANAN POLIS DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 100 TAHUN DAN 15 KALI SEBATAN KERANA MEROGOL DAN MELIWAT GADIS UMUR 13 TAHUN.



Seorang bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun.

Dilaporkan Deputi Supritenden Rohaizat Abd Ani, 56, didapati bersalah atas 4 pertuduhan merogol dan meliwat antara Febuari dan Mac 2012.

Hakim Mahkamah Kota Kinabalau Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara untuk setiap pertuduhan kepada tertuduh yang pernah menjadi ketua polis cawangan anti maksiat Sabah.

Rohaizat, bapa kepada 2 anak, merogol dan meliwat gadis itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2012.‎

Keesokan harinya, beliau sekali lagi merogol gadis tersebut di sebuah bilik lain hotel yang sama.

Antara 1 dan 6 Mei, tertuduh merogol gadis itu beberapa kali di sebuah bilik hotel yang sama.

Bagaimanapun, Rohaizat tidak akan menjalani jumlah penuh hukuman penjara selama 80 tahun semuanya – 20 tahun untuk 2 dakwaan (berjalan serentak) dan 20 tahun untuk 3 pertuduhan lain (berjalan serentak).

Rogol membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara dan liwat membawa hukuman 20 tahun selain sebatan sehingga 24 kali.

Mempertimbangkan umur tertuduh, beliau berkemungkinan menghabiskan sisa umurnya di penjara kerana hukuman penjara yang panjang diterimanya.

The Star Online berkata, Rohaizat yang memakai jaket kelabu, kekal tenang ketika mendengar hukuman dijatuhkan.

Isterinya, yang turut hadir, juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika hakim membacakan hukuman.

Bagaimanapun, hakim, membenarkan penangguhan hukuman sementara menanti keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ikat jamin ditetapkan pada jumlah RM100,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dihendaki menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis Bukit Aman di Kuala Lumpur setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa raya Azeezi Nordin meminta hukuman berat dijatuhkan kerana tertuduh yang merupakan seorang pegawai polis kanan sepatutnya menjadi pengawal keamanan masyarakat.

“Mangsa berumur 13 tahun ketika kejadian, dia dirogol dan diliwat tertuduh yang berusia 52 tahun, tindakan yang jelas sekali merupakan manipulasi orang dewasa ke atas seorang kanak-kanak.

“Tindakan yang berulang dilakukan tertuduh dalam masa 3 bulan sejak Februari menunjukkan beliau tidak pernah mempertimbangkan umur, emosi serta kesan tindakannya kepada mangsa,” tambah Azeezi.

Peguam Zahir Syah, yang mewakili Rohaizat berkata mereka akan memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman.

Tertuduh, yang digantung tugas, pernah berkhidmat sebagai ketua polis daerah Setiu buat sementara waktu dan timbalan ketua Unit Simpanan Persekutuan Pulau Pinang ketika didakwa pada Ogos 2013.

Peguam pemerhati Mary Lee hadir mewakili Kumpulan Bertindak Wanita Sabah (Sawo).

16 comments:

  1. 4o tahun duk penjara.peluang dia nak hirup udara bebas masa hidup adalh amat tipis.moga bertaubat nasuha dan beribadat secukupnya sebelom diadili di padang mashar.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya pulis yg jubo budak 13 tahun tu kenalah buat cqra anwar aljuboori....tangguh beratus kali...bawa alibi sebanyak mungkin...sakit pinggang..suntik HIV....kena racun arsenik dan yg paling dasat ketumbuhan 4 inci di buah pingganh akibat jamban cangkung tiru sebijik gaya aljuboori...mana lah tahu bila tiru gaya aljuboori rakyat sempati dan sedia guling guling atas jalan raya lagi....maklum la dah lama tak demonstrasi gulung gulung atas jalan raya...mungkin terubat jugak rindu nak guling guling atas jalan raya....kikikiki...omak ko pun suka provoke kes jubo plak akhir2 nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jubo kau dh ok?

      Delete
    2. Ini semua pasal omak kau le.. Asyik dok highlight kes liwat Anuar si polis ni pun dah tertarik nak try...kau tanggung lah omak kau ooiii... Jaga jaga jangan sampai hang diliwat dah....

      Delete
    3. Mana 4 orang saksi? Polis tu tak bersalah!

      Delete
    4. Bodoh tul la 22.52....klu tak ade 4 saksi kira dah x bole tuduh bersalah...dlm islam tak ade 4 saksi bukan dah abis cara nak hukum org lagi dah...hukum boleh duambil dkm takzir...qisas dan qati.....malah aduan dari mangsa pun dah boleh buat tuduhan dengan bawa bukti bukti yg ada.....

      Delete
  3. suruh anak bini buat cerita kesian, cari china komunis,
    tubuh parti politik siap2, dari banduan kerana meliwat,
    boleh jadi tahanan politik.

    #mansuhpenjara

    ReplyDelete
  4. Dengar kabo nak dapat Nobel award lagi....kikikiki....puiii

    ReplyDelete
  5. En Rohaizat, harap encik akan bertaubat selepas ini. Jalani lah hukuman dengan tenang. Sabar dengan dugaan yang akan datang. Jika merayu, pastikan menang atau yang lebih tebal menunggu. Apapun jika benar En Rohaizat melakukan hal itu, minta maaflah dengan si mangsa seikhlas mungkin. Harap dimaafkan atau azab sangat berat menunggu.
    Apapun jika disabitkan bersalah dan dihantar ke penjara, all the best.

    ReplyDelete
  6. Isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan.

    Sesiapa yang rajin atau mahu mencari kebenaran...boleh cari. Tapi sapa yang tak mau kebenaran atau mengharapkan kebenaran akan datang menggolek...sampai bila pun tak akan jumpa.

    Aku tunjukkan kronologi permohonan tersebut. Kita mula dengan surat no 1 ini.

    Klik Sini Untuk Lihat Dokumen

    ReplyDelete
  7. Surat ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

    Kalau diperhatikan kepada salah satu syarat yang ditawarkan oleh AFDB Gemilang Timber (3(i) ... syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta.

    Kemudian cuba tengok tarikh permohonan ini dibuat....20 Jun 2013. Kalau aku Pengarah Hutan Negeri, perkara pertama aku buat ialah check syarikat yang memohon sama ada syarikat tu layak atau tidak...ada modal atau tidak. Jadi, aku check di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ini yang aku dapat.

    Klik Sini Untuk Lihat Dokumen

    ReplyDelete
  8. Wei!!! Syarikat didaftarkan pada 13.6.2013. Pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!! gila ka? Berapa modal syarikat ni? Siapa pengarah? Pasal apa buat syarikat Enterprise...bukan Sdn Bhd?

    Klik Sini Untuk Lihat Dokumen

    Kah...kah..kah. Budak umur 22 tahun...anak sapa ni? Buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00. Modal satu sen pun tak ada..tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri!! Gila ka?

    Kalau aku Pengarah Hutan..aku tak payah ambik apa-apa tindakan. Campak dalam bakul sampah saja. Tapi ini bukan sebarang budak. Budak ni macam anak Nazri Aziz juga!!

    Dan surat permohonan ini bukan dihantar sendiri oleh budak 22 tahun ini, tapi dihantar sendiri oleh kabel dalam pejabat MB.

    ReplyDelete
  9. Pengarah Hutan tak boleh luluskan. Ini kerja gila dan kalau dia luluskan...dia jerut tengkok sendiri. So, telefon la kat kabel.."Susah la Tuan. Tak logik langsung!!" Apa nak buat?

    Kabel pun cuba mengubahsuai syarikat supaya nampak ada kredibiliti sikit. Dan seorang lagi dibawa masuk sebagai rakan kongsi pada 1 Ogos 2013.

    Klik Sini Untuk Lihat Dokumen

    ReplyDelete
  10. Kenal sapa dia?

    Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.

    Klik Sini Untuk Lihat Dokumen

    Whoa!! Macam ni ka hangpa punya kerja? Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu?

    Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?

    Ini yang cuba di sampaikan oleh Husam...tapi sebagai salah seorang pemimpin PAS..dia tak boleh la nak dedah kerana ia akan menyebabkan kejatuhan PAS. Tapi kalau orang macam Husam yang cuba untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku...tak patutla kalau pemimpin dan ahli PAS sendiri tuduh dia pengkhianat.

    Sebaliknya, pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih.

    ReplyDelete
  11. sudh report? kalau sudah tunggu hasil.jgn dok sebar doc tak pasti.nnti kita hukum org yg tak sepatutnya secara zalim dñ aniaya.beban dosa x tertanggung.kalau betul ada yg bersalah kita tak pertahankn..org bersalah pun kita kena adil...ni dok sebar doc.mcm ni memang niat sgt jahat.

    ReplyDelete
  12. siap terbahak2 lg.....hodohnya perangai

    ReplyDelete