KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 21 December 2015

CEO GANTUNG DIRI DI PINTU GERBANG YANG SEDANG DIBAIK PULIH DENGAN KOS RM9.7 JUTA.



Seorang pengguna jalan raya terkejut besar awal pagi semalam selepas menemui seorang lelaki tergantung di gerbang Kota Darul Ehsan menghala ke Kuala Lumpur, yang terletak di Lebuhraya Persekutuan antara sempadan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Jurucakap dari Balai Polis Brickfields berkata polis menerima maklumat daripada pengguna jalan raya itu sekitar jam 4.35 pagi semalam.

Mayat lelaki berusia 53 tahun, dikenali sebagai Asok Kumar Koyamboo, bekas pegawai tentera udara dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Inter Quest Removals, sebuah syarikat pengangkutan, ditemui tergantung setinggi 30 meter di bahagian kiri pintu gerbang di lebuh raya itu menghala ke Petaling Jaya.

Lima ahli bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Dalam kemudiannya menurunkan mayat itu yang dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Polis tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Majlis berkabung diadakan hari ini di rumahnya di Meadow Park, off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Majlis pengebumian akan diadakan esok di tempat yang sama, dengan perarakan menuju ke Pusat Pembakaran Mayat Sentul.

Asok meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.‎

Gerbang Kota Darul Ehsan kini sedang dibaikpulih dengan kos RM9.7 juta.

9 comments:

  1. masalah apa la ni.sampai bunuh diri.setiap masalah walau seberat manapun mesti ada jalan penyelesaian.janganlah kita ambik jalan mudah dengan bunuh diri.kita hidup ni mesti ada cabaran.kehidupan 1 ujian.semoga kita semua beroleh rahmatNya dan kekal teguh kuat menempuh pancaroba hidup walau apapun mendatang.Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunuh diri adalah kerja paling mulia. X menyusahkan orang ramai dengan kebejatan yg berpunca dari diri kita. Antara yg layak membunuh diri dan patut bunuh diri ialah kesemua pemimpin UMNO laki bini dan anak2.. termasuklah raja2 permaisuri serta kerabat2 mereka.

      Hidup mereka hanyalah menyusahkan rakyat. Mentekendarah free x der masalah.. tapi kini menyusahkan seluruh warga. Jika mereka dgn sukarela berhenti bernafas, alangkah mulianya mereka.

      Delete
  2. lepas ni dalam ruangan komen pasti ada pengkomen dari PAS dan Umno yg duk komen copy paste ja.mesti punyalah.xdak modal.nak tulis sendiri xtau.terpaksa copy paste jelah.komen pun xikut tajuk.

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya, kegilaan orang terhadap filem Star Wars ni memang pelbagai. Hidup dalam watak filem kegemaran Star Wars merupakan impian di zaman kanak - kanak bagi kebanyakan orang.

    ReplyDelete

  4. keluarga

    ARKIB : 27/08/2014
    Kemelut gantung tidak bertali


    KITA sering mendengar seorang isteri mengadu dia digantung tidak bertali. Kisah penderitaan seorang wanita yang digantung tidak bertali sering dipaparkan di dalam khabar mahupun melalui drama dan pementasan. Namun apakah sebenarnya, gantung tidak bertali?
    Ia adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh suami dengan meninggalkan isteri dan anak-anaknya tanpa memberi sebab dan tanpa memberitahu di mana dia berada.
    Dalam bahasa undang-undang, gantung tak bertali adalah tinggal langsung. Di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003, tinggal langsung tidak ditakrifkan tetapi adalah satu kesalahan. Ini dapat dilihat dalam seksyen 127, yang berbunyi: “Jika seseorang telah diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup bersama semula dengan isterinya dan dia bersengaja cuai atau tidak mematuhi perintah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu."
    Dalam peruntukan ini, seorang isteri telah pun membuat aduan kepada mahkamah yang suaminya telah tidak pulang ke rumah atau telah meninggalkannya untuk tempoh tertentu dan mahkamah telah mengeluarkan perintah memerintahkan suami tersebut untuk hidup semula dengan isterinya, dan jika suami tersebut enggan berbuat demikian, maka jika isteri ini memaklumkan kepada mahkamah mengenai keengganan suami tersebut, maka suami boleh dikenakan hukuman denda tidak melebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

    ReplyDelete
  5. eeehh, dah hilang ke ratib dap, pan...lge dan mat sabu dah ok kut pada mata para peratib....atau dah termalu besar kut sebab pas nak kawin dgn umnu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukuplah sahabatku.biarkanlah pencinta ug eruskan usha mereka.kita hanya mampu memandang disudut yang sepi.

      Delete
  6. biarkan pas dengan ego dan tindakan bodoh mereka.moga tersungkur di pru 14.

    ReplyDelete
  7. Tajuk lain, gendut2 di atas buat komen tak tentu arah berkenaan politik.

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam

    ReplyDelete