KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 12 December 2015

PENGERUSI SPAD SYED HAMID ALBAR LUAHKAN RASA KECEWANYA TERHADAP SEORANG MENTERI YANG CUKUP SOMBONG DAN ANGKUH KETIKA MEREKA BERTEMU DI PWTC SEMALAM .... SIAPAKAH MENTERI KABINET TERSEBUT?????




"Hari ini saya berada di pwtc dan bertemu dengan seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukan jawatan nya di khalayak orang ramai. Kasar dan kurang sopan . Kalau saya pengundi saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan saja...pada hal masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun,"

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kecewa terhadap seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukkan jawatannya di khalayak ramai.

Menurutnya, hari ini ketika beliau berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), beliau bertemu dengan menteri terbabit yang didakwanya cukup kasar dan kurang bersopan.

“Kalau saya pengundi, saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. Pada hal, masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun.

“Dia cakap Kabinet tidak bersetuju dengan kenaikan tambang. Dia kata dia dalam kabinet dan menteri dia tahu. Saya beritahu padanya menteri dilantik Perdana Menteri dan SPAD tidak pandai-pandai buat keputusan,” katanya seperti yang dipetik dari Facebook miliknya.

Syed Hamid berkata, SPAD selalunya memberitahu syarikat operator untuk berhati-hati apabila hendak menaikkan tambang kerana ia tidak popular.

“Kerana dia kasar dan sombong, saya terus hubungi ketua pegawai eksekutif untuk mengetahui keadaan. Telah diluluskan oleh kabinet dan ERL diluluskan oleh EC dan hendak tentu kita tidak pandai-pandai buat keputusan maka kita dapatkan pengesahan.

“Bila disahihkan baru kita maklumkan pada syarikat. Itulah masalah mencari populariti dan jadikan SPAD ‘punching bags’. Susah macam ini,” katanya.

Tambahnya, beliau juga berasa kecewa melihat tingkah laku dan keangkuhan menteri tersebut.

“Pada mulanya saya hanya mahu meninggalkan semua ini. Umno dimana kita berikan segala-galanya kini diuruskan oleh pemimpin yang mementingkan diri sendiri yang begitu taksub dengan kedudukan dan kuasa mereka.

“Terima kasih rakan-rakan FB yang membuatkan saya berasa masih ramai di luar sana yang memiliki nilai-nilai murni dan akhlak yang baik,” katanya.

Menurut maklumat menteri berkenaan ialah Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob.

22 comments:

  1. Menteri pengangkutan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kat PWTC tu bukan menteri UMNO ke ?

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Awat si syed ni meroyan? Tak nak kena tegur menteri, letak la jawatan. Kepala pun x penin. Lu sudah tua la. Duduk rumah jaga cucu pergi buat amal ibadah lagi bagus

      Delete
    4. Mintak tolong kat hadi la. Dia boleh tolong kasi barua sama itu mentri.

      Delete
    5. Masa ko jadi menteri pun berlagak bodoh sombong,sedarla,padan muka!!!

      Delete
    6. Hahaha....menteri memang begitu apalg bila diberi kuasa hancur harapan rakyat.harga naik salahkan peniaga salahkan cina tetapi kenapa GST tidak salah yg menyebabkan kenaikkan harga brg??? Jadi kerajaan tidak bersalah apa sj mrk lakukan utk rakyat,jadi kenapa rakyat nak bising kos sara hidup?? Kenapa salahkan peniaga dll! Adakah peniaga harus menjual murah biar rugi dan menanggung beban rakyat senangkan kerajaan baru betul??? Sehingga skrg pembeli masih tidak dpt terima kenaikkan harga acapkali dan mengharapkan peniaga kurangkan harga tetapi kos brg naik, gst,mata wang turun,kos operasi naik tidakkah pembeli tahu??? Penguna tahu tetapi pentingkan diri mrk sdr dan tidak pernah prihati pada peniaga inilah manusia begitulah kerajaan yg berat sebelah beri sedikit berkata byk2 menyamun lg byk hancur negara ini tidak kah anda tahu???

      Delete
  2. menteri pegangkote kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ.. Dia lah satu2nya menteri muda yang kritik kenaikan tambang pengangkutan awam.

      KJ is the best

      Delete
  3. mungkinkah tuan punai sehat 20% simisai kontot. .

    ReplyDelete
  4. mungkinkah tuan punai sehat 20% simisai kontot. .

    ReplyDelete
  5. Ko pun syed tak der guna 1 sen pun jadi ceo SPAD....dahlah buncit..pendek..tua pula tu...baru dio sedar mcm mana sakit tuh disini kalau tak kena dengar cakap dio....haaaaahaaaa..dah lah bebal..kuat merajuk...haaaaaaaahaaaaaa...ke jelobak ke jolobu...poielah mampuuuuuhhhh....haaaaaaahaaaaa

    ReplyDelete
  6. Menteri muda kot.

    ReplyDelete
  7. Ha ha..pengerusi SPAD kena mcm tu je dah terasa. Bayangkan rakyat biasa yg menanggung kenaikan semua kos sara hidup. Tak rasa apa2 pun?

    ReplyDelete
  8. Klu menteri pengangkutan ketua parti mata sepet lah tu satu species apek dap tuan penaung kpd pan mat sabu. Mmg masalah sesiapa yg terpalit dgn pengkhianat pan ni. Mula2 pas kucar kacir juga lah sekejab seblm pan ni diterajang oleh pas. Skg pkr dan dap pula mula menampakkan pergeseran sesama sendiri spt kecoh semasa persidangan dun pp hga ahli dap mula persoalkan kedudukan kerusi km lge nak mereka gantikan dgn anak tempatan. Dan kemungkinan kekecuhan syed hamid dgn menteri di pwtc pun ada kaitan badi bebaikdgn pan. Pan ni sebenarnya pembawa ataupun pembuat masalah kpd sesiapa saja yg rapat dan terkait dgn mereka. Perangai pan yg menyusahkan org ni org dulu2 kata 'pembawa sial'

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha3 macai ni bebal betul...x ada kaitan lansung dgn pan la...jaga aje pati dumbno kau tuh...dekat nak mampus dah

      Delete
  9. Bukan ke hidup ini ibarat roda. Dulu masa awak diatas...ramai rakyat yang terasa. Sekrang awak dibawah...belajar pula merasa.

    ReplyDelete
  10. Wahai S. Hamid harini kmu terasa dihina apabila ada menteri sombong dg Datuk...dulu jadi menteri sombong tak bole staf mengunakan lif dan turun penumpang didepan pintu masuk pejabat..

    ReplyDelete
  11. Padan muka. memang Syed Hamid ni tak boleh pakai. Dis yang halang KTM buat perjalanan setiap jam KL ke Padang Besar, Dia jugak halang KTM bawak speed 150km sejam. Dengan alasan orang tak naik bas ekspres lepas ni. Ko tokeh bas ker?
    Aku suka dia kena balun dengan Khairy, Biar dia sedar bahawa semenjak dia pegang SPAD ni budak budak SPAD lagi kurang ajar dari JPJ. Sampai kan stesen Master KTM pun ko nak kacau... Apahal sebelum ada SPAD naik keretapi kalau x ada tiket bayar denda. saja. Bila ko pegang SPAD penumpang tak ada tiket bukan kena denda saja tapi sekarang siap kena halau turun... dah lah tren servis ko nak cancel semua.. Yang pantai timur pun ko nak buang semua...
    Ko patut jadi konduktor bas saje.
    Apa yang ko buat untuk pengangkutan awam selain dari naikkan tambang??? Memang menteri tak guna samada jadi menteri luar atau menteri dalam negeri.

    ReplyDelete