KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 23 December 2015

MAHKAMAH TINGGI PERINTAHKAN MAHFUZ OMAR BAYAR RM200,000 DAN KOS RM30,000 KEPADA HASAN ALI.


Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.


Ia berhubung dakwaan kononnya bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menerima tajaan atau sumbangan daripada Umno- Barisan Nasional (BN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam setiap siri ceramahnya, tiga tahun lalu.



Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nor Bee Ariffin, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut diperintah membayar kos RM30,000.


Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada 2 Mac tahun sama dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.


Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.


Saman difailkan Hasan menerusi menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua di sini.


Hasan dan Mahfuz tidak hadir pada prosiding hari ini.

8 comments:

  1. Kita tunggu komen bangang dr caipus yg ketandusan idea.

    ReplyDelete
  2. SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

    1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

    2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

    3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

    4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

    5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

    6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan kepastian dan kesudahannya nanti.

    YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

    ReplyDelete
  3. teropong punya teropong mungkin ada bekas pemimpin PAS dok usaha.ye lah patut pun Ust Deris mcm marah.beri persepsi negatif pd PAS.

    ReplyDelete
  4. Statement us Idris Naib presiden PAS itu sebenarnya bercanggah dgn presiden PAS sendiri. Sungguh tiada kenyataan rasmi drpd presiden bahawa pas akan bergabung dgn umno, tetapi situasi semasa menjurus ke arah itu. Jika benar ia berlaku,semua umat islam di malaysia patut bersyukur kerana memang sepatutnya umat islam kena bersatu. Jelas daripada al quran menyuruh kepada perpaduan. Tetapi sesetengah pimpinan pas sendiri seperti tuan Ibrahim Tuan Man dan Iskandar samad dan terbaru us Idris, mereka ini terlebih politik daripada ajaran islam itu sendiri. Bahkan kenyataan us Idris nampak kurang adabnya. Bolehkah kita menghalau ahli atau sesiapa dlm pas pergi kepada umno hanya semata-mata dia mengajak kepada perpaduan? Jika ya parti tak mahu, adakah wajar menghalau? Pas bukan milik beliau. Inilah sombongnya sesetengah pimpinan pas walaupun berjubah berserban. Dalam keadaan umno sanggup lupakan cacian kafir, gadis,zalim drpd kepimpinan Pas satu masa dahulu dan umno sanggup menghulurkan persahabatan dan persaudaraan islam,ada pimpinan pas yg ego dan takabbur, pas akan rosak dgn adanya pimpinan yg tiada akhlaq sebegini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah susah, apa saja boleh dilupakan. Cuba tengah sedap, ditibainya sampai rapat. Bersatu nak terus memerintah supaya dapat mengawal punca ekonomi. Ternyata kata kata politik ini adalah alat untuk mengawal sumber ekonomi adalah amat tepat.
      Untuk Kuasa, Wang dan Dunia...Apa saja pasti boleh dibincangkan. Semoga Pencerahan datang pada kamu.

      Delete
    2. Islam mengajar umatnya saling bantu membantu tak kira masa senang mahupun susah. Islam juga mengajar umatnya supaya menjauhi sikap berburuk sangka sesama sendiri. Islam juga menyuruh umatnya bersatu pada dan memperbaiki keadaan,buang yg keruh ambil yg jernih. Banyak orang samada drpd pas atau umno mahupun pkr sudah tidak menghayati ajaran islam kerana leka berpolitik menang sorak kampung tergadai. Seronoknya cina malaysia melihat org melayu bergaduh sesama sendiri. Mereka dah boleh beli kondo harga melebihi rm sejuta. Orang Melayu ppinang boleh apa? Ya boleh kena berambus. Politik apa mcm ini? Politik bodoh namanya.

      Delete
    3. Anon 12:50 ko minum arak dan pergi rumah urut itu ok ker??

      Delete
  5. pengajaran buat mahfuz agar tak buat kenyataan tanpa bukti kukuh. mngkin bnyk perkara yg blh dicungkil drpd hasan ali ttg politik hri ini.

    ReplyDelete