KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 29 December 2015

PPIM TUDUH PENIAGA KOMPLEKS KOTA RAYA KEBAL UNDANG-UNDANG ... BEBAS UNTUK MENIPU DAN MENGURUNG PELANGAN.



Adakah peniaga gajet telekomunikasi, terutama telefon bimbit di Kompleks Kota Raya mempunyai kekebalan, apabila tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis itu?

Demikian persoalan yang dilontarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivis PPIM yang telah membantu beberapa mangsa penipuan telefon di Kompleks Kota Raya.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata beliau yakin terdapat komplot dengan apa yang berlaku dan peniaga di kompleks itu seolah-olah mempunyai kekebalan apabila tiada seorang pun dari peniaga itu ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis tersebut.

“Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media bersama 25 NGO lain di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PPIM membantu mangsa yang ditipu bukanlah bermotifkan perkauman sebaliknya ia merupakan tanggungjawab untuk membela mereka yang teraniaya, terutama dalam isu yang berlaku di Kompleks Kota Raya.

“Tiada isu perkauman. Kita sedia bantu mana-mana pengguna atau pembeli yang teraniaya atau ditipu oleh peniaga.

“NGO cuba tolong dapatkan kembali wang daripada peniaga yang cuba menipu beberapa pelanggan di kompleks itu.

“Ingatkan kerajaan atau polis bagilah hadiah, rupanya hadiah ke ‘dalam’,” katanya.

Katanya, beliau pelik dengan keadaan undang-undang Malaysia yang bertindak menahan mereka yang membantu orang ramai yang ditindas sedangkan mereka yang bersalah dibiarkan bebas.

“Ini suatu yang pelik dan tidak sepatutnya berlaku keranan orang yang ditangkap adalah orang yang membantu bukannya yang menipu,” katanya.

Antara 25 NGO lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang diwakili Timbalan Ketua Pemudanya, Alwi Adam; Yayasan Patriot Negara Malaysia; Perkasa; Gabungan NGO Islam dan Bersatu Malaysia.

21 comments:

  1. Orang Melayu sebenarnya sudah lama menyedari golongan peniaga ini sememangnya kuat menipu dalam urusan perniagaan, tetapi terpaksa juga membeli daripada mereka kerana tiada pilihan. Maka, dengan penuh harapan orang Melayu berharap peniaga ini akan bersikap jujur dan beretika dalam perniagaan.

    Tetapi, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Demikianlah akibatnya apabila ada sesetengah peniaga ini yang terus menerus menipu pengguna. Selama mana pengguna yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu boleh bersabar?

    Akibatnya, tercetus insiden di Plaza Low Yat – pusat barangan digital terbesar di negara ini. Terbaru, tercetus pula insiden di Kompleks Kota Raya. Semua ini, gara-gara peniaga gejet teknologi, terutama telefon bimbit mahu mengaut untung mudah hingga sanggup menipu.

    Penipuan mereka terbongkar. Malah, dalam tempoh seminggu kaunter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dibuka di Plaza Low Yat, Kota Raya dan Kompleks Pertama, 46 aduan berhubung penipuan pembelian gajet telekomunikasi diterima.

    Maka, atas inisiatif Mara, sebuah pusat gajet telekomunikasi khusus untuk Melayu dan Bumiputera dibuka dengan harapan tidak berlaku sebarang penipuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni punya jahat, PAN Imayam masih sayang kpd DAP

      Delete
    2. cina2 itu ahli mca dan gerakan yg umno amat cayanggggggggggggggggggg kihkih

      Delete
    3. Burppp....jgn digigit jgn disalak tgn yg memberi tulang

      Delete
    4. Hahaha...tiada yg kebal di dunia ini hanya kerana manusia tamak salah guna kuasa semua kerana wang semata2. Bila ada wang iaitu rasuah salah pun boleh lepas apalg menipu perbagai. Malaysia kan negara rasuah jadi tiada hairannya wang adalah segala raja dlm dunia ini.

      Delete
  2. dah tahu tempat itu dan bangsa itu suka menipu mengapa masih lagi mahu membeli dari mata sepet tu... boikot saja la..
    itu baru hp yg diketahui ditipu.. belum lagi barang2 lain entah apa2 lagi
    dari seluar dalam hinggalah benda makan minum org islam ditipu dicampur babi dan macam2 lagi.
    marilah boikot peniaga cina.ni semua..
    tapi kena ingat.. melayu pun ada yg menipu, rasuah dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn melayu saudari beli dtgnya tetap dari tauke cina jadi makin mahal tiada makin murah usah libatkan bangsa cina. Penipu tak kira bangsa ! Melayu byk lg penipu.

      Delete
  3. Dah lama dah, sapa yg bongkar penyelewengan, biasa nya yg ni lah kena siasat.. Bukan tak tahu..

    ReplyDelete
  4. Dah lama dah, sapa yg bongkar penyelewengan, biasa nya yg ni lah kena siasat.. Bukan tak tahu..

    ReplyDelete
  5. Setuju, tapi dgn cara boikot mungkin berkesan tapi tak lama la kerana byk sebab sangat antaranya, hanya peniaga cina yg menyediakan sesuatu produk, sebagai contoh telefon bimbit. Telephone saya ni, rasanya dua ke tiga bulan lagi lingkup la. So tak boleh la tak nak beli.Boleh dikatakan 95% dikuasai org cina. Yg 5 % melayu tu pun, pekerja saja.tauke cina juga. Jadi jalan terbaik ialah org melayu kena belajar teknik berniaga gajet ini dan business2 yg lain.mengenai dgn tiada tindakan tu,,,faham2 je la,,,ada yg dah kenyang disuap taukeh2 tu, buat apa diorang nak layan kitenye? Yg penting fulus, haram halal,kebajikan bangsa sendiri letak sebelah...

    ReplyDelete
  6. menakjubkan malasia ni....orang baik ditangkap polis manakala penyamun dan penjenayah bebas....PDRM@Penjenayah Diraja Malaysia.../

    ReplyDelete
  7. Tak ade yang peliknya.Penguatkuasa dibela oleh tauke2 cina.Tengoklah kes2 ahlong dah lah jalankan perniagaan haram secara bebas, buat jenayah pun polis tak ambil tindakan. "Cash is King"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua taukey tu penyokong DAP. Tapi PAn Imayam luv DAP. Sebab mereka.hamba abdi DAP

      Delete
  8. Rakyat miskinlah yang teraniaya. Semua perbuatan menindas datangnya dari angkara agensi kerajaan yg melindungi penjenayah. Sampai bila kena bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat miskin rata2 Melayu Dan India. ITU sebab DAP Dan PAN Imayam senyap

      Delete
  9. SOLIDARITY PPIM.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  10. Satu aku mana persatuan penguna fomca Kerja dia oranga tolong peniaga apek yg menipu kalau setakat pergi ke tibunal penguna tak ada guna pun pekedai itu boleh bayar penipuan itu tebunal itu .kalau ia dedah penipuan kedai itu tak ada lagi orang pergi kedai menipu itu sebagai hukuman peniaga menipu. APA lakukan oleh ppim betul dedahkan kedai yg menipu itu.

    ReplyDelete
  11. Keta mercedis langgar buntut keta kancil......keta kancil yg kena saman.......caj nya keta kancil yg langgar....

    ReplyDelete
  12. hangpa kena ada duit juta juta baru boleh cakap.kalu tidak suara hangpa mcm nilai lalat.hoiii ni mslaysia la org cina lebih bertuah dgn mana bangsa dr segi undang2

    ReplyDelete
  13. kes biasa dalam Malaysia.sapa ada duit dia raja.buatla bisnes haram apa pon.janji ada duit nak bayar bulan2,semua setel.bisnesla dengan senang hati.mari kita doakan pemakan2 rasuah ni ditimpa azab yang pedih di dunia dan akhirat jika mereka tidak bertaubat dan membetulkan kehancuran yang mereka telah buat.

    ReplyDelete
  14. Mana ada Kebal, lain kali nak beli gajet, telefon, escort sekali anggota PPIM 10 orang, tengok peniaga tu berani tak buat samseng, kalau pergi sorang-sorang mesti kena.

    ReplyDelete