KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 29 December 2015

ISU LAKUKAN 2 KERJA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN .... TIMBALAN PRESIDEN PAS KRITIK KERAS AHMAD MASLAN.



Berbanding Datuk Ahmad Maslan yang melakukan tiga kerja, guru pula melakukan lapan kerja (
#8kerja) tetapi hanya dibayar satu gaji.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, guru bekerja mengajar, menyemak, menyediakan kertas soalan peperiksaan, bermesyuarat, menjadi guru kaunseling, menjadi penasihat kelab dan persatuan, menjadi guru disiplin dan memasukkan data ke sistem PBS.

Katanya, guru di negara ini sudah lama mengeluh kerana kerja banyak dan dihimpit kos sara hidup.

Namun, ada pula Timbalan Menteri yang menyarankan supaya melakukan #2kerja untuk menambah pendapatan.

“Bezanya #8kerja mereka hanya dibayar satu gaji. Mereka tidak senasib baik Pak Timbalan Menteri yang mungkin dapat #3gaji untuk #3kerja – Ahli Parliamen, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO- pada waktu kerja yang sama. Nasib hidup di bawah UMNO, gitulah gayanya,” sindirnya.

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Dalam penjelasannya, Ahmad Maslan berkata saranan itu lebih sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri kerana pekerja tetap perlu mematuhi peraturan syarikat.

Katanya, pekerjaan yang dimaksudkan ialah perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.

16 comments:

  1. menakjubkan bila baghal boleh jadi menteri...gila punnya kabinet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong Mat maslan dgn bukti

      Mat Sabu seorang vvip ada 2 kerja;

      A. President PAN Imayam
      B. Kuli DAP

      Delete
    2. Tak mau boleh berhenti. Banyak lagi orang yang nak jadi guru. Guru adalah kakitangan kerajaan yang terlalu dimanjakan. Sebab tu jadi camnu. Asyik komplen. Cuba swastakan jawatan guru. Baru depa tau langit tinggu atau rendah.

      Delete
    3. Para guru boleh ikut Mat Sabu

      Mat Sabu seorang vvip ada 2 kerja;

      A. President PAN Imayam
      B. Kuli DAP

      Mat Sabu tak pernah komplen tapi bangga

      Delete
    4. Aku tak kisah sangat pasai guru tu...tapi komen MAd Maslan tu memang HAMPAS tahap Gaban. Nak banding dgn dia yang ada 3 kerja dan 3 gaji yang berbeza....awat tak ambik satu gaji saja.....tiga2 tu besangkutan dgn politik...so satu gaji saja lah....baru adil....patut lah ramai cikgu dan cikgi pangkah pembangkang le ni....sebab ada haram jadah macam Mad Majlan ni lah dalan kabinet gomen....

      Delete
  2. MAS buang 6 ribu pkrja, cimb, toshiba, perodua, bnyk kedai2 furniture bungkus,nk buat dua kerja?
    Sialan punya menteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camnam. Bila menteri pergi luar negara tarik pelaburan, lepas tu satu rombongan pembangkang pergi kondem jangan melabur.

      Delete
  3. tapi pas duk beromen dengan umno sekarang.syhhhh............dah nak pancut dah tu.jangan duk kutuk menteri.pas marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:29 PAN Imayam otak blue.

      President pun selfie d Amoy, macai lagi la. Ayoyo

      Delete
    2. hang fitnah aku.aku xkan maafkan hang

      Delete
  4. Sama bodoh timb president pas ni dgn mslan. Ko pecahkan lagi tugas guru tu mmg la byk. Apa kerja pun byk kalau disenaraikan. Posmen pun sama. Bengap

    ReplyDelete
  5. braim dan maslan same jer dua2 bodoh bertingkat tingkat..ngeh3

    ReplyDelete
  6. janga marahkan Mat bengap tu..
    marahkan org yg lantik spesis bodoh tu.jadi menteri.
    marahkan juga org yg bodoh yg undi Mat mabok tu jadi wakil rakyat mereka.
    dah undi Mat bahlol kemundian nak marah2 pula..
    ada akai kaa
    .

    ReplyDelete
  7. Bersatu la demi melayu.. Supaya umno boleh merempat kan orang melayu.

    ReplyDelete
  8. Hoii anon 13:50 aku tk pernah undi mat bahalol tu jd wakil rakyat la...
    Menteri2 bahalol semua ni tkde kena mengena dgn aku...sori ye
    By....

    ReplyDelete
  9. hebat mat sabu hari2 kena hentam apa Allah Mat Sabu ni silap Mic Mca sokong Pan pulak Dh jdi parti pak lebai dock surau je la

    ReplyDelete