KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 16 December 2015

PENJUAL VAPE DI HERET KEMAHKAMAH ATAS KESALAHAN DIBAWAH AKTA RACUN 1952.



Seorang peniaga berusia 27 tahun menjadi individu pertama di negeri ini dituduh di mahkamah majistret, di sini, semalam, berhubung kesalahan membabitkan penjualan cecair rokok elektronik atau vape.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Pulau Semut Limbat, di sini, Muhd Azahar Safie, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias di hadapan Majistret, Mohamad Nasruddin Mohamed.

Mengikut pertuduhan yang dikemukakan, dia didakwa tanpa diberi sebarang kuasa atau kebenaran memiliki cecair racun jenis nikotin sebanyak 518 mililiter (ml) di sebuah premis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, di sini, pada jam 11.15 malam, 5 November lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(2) akta sama.

Sabit kesalahan mengikut seksyen berkenaan, tertuduh boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Susulan penafian tertuduh, kes kemudiannya ditangguhkan ke tarikh sebutan semula pada 14 Januari depan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000.

Dalam serbuan lalu, pihak berkuasa merampas pelbagai perisa cecair vape termasuk kiwi, mangga, sitrus dan pelbagai lagi kerana dipercayai mengandungi racun jenis nikotin yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa penjual serta pengguna vape yang menggunakan perisa mengandungi nikotin akan berdepan dengan tindakan penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta Racun 1952.

Katanya, kandungan perisa vape yang dihasilkan adalah merbahaya kerana memberikan kesan jangka masa panjang yang boleh menyebabkan kanser serta membawa maut jika kandungan nikotinnya tinggi.

“Nikotin adalah barang kawalan di bawah Akta Racun dan penjualan cecair vape yang mengandungi nikotin secara terbuka amat merbahaya kerana terdapat botol perisa vape 25 ml yang mengandungi 100 miligram (mg) nikotin di dalamnya.

“Perkara sebegini dikhuatiri menjurus kepada penyalahgunaan cecair berbahaya tersebut kerana dengan hanya 40 mg kandungan nikotin sahaja sudah boleh membunuh seorang dewasa. Pihak kementerian sedang menjalankan kajian dalam merangka bentuk kawalan dan tindakan bagi mengawal trend dalam kalangan anak muda dalam fenomena vape yang sebenarnya melahirkan ramai perokok baharu,” katanya.

9 comments:

  1. Penyokong PAN Imayam ni.LBGT pun Dr Dzul PAN Imayam suruh disantuni. Penjual vape lagi la. Jantan vape sedut WAP. Jantan Gay sedut.....

    INI jenis LBGT pun PAN Imayam.suka.

    APA lagi Abang Mat !!! selfie langgar Dada dgn transgender la.

    Ari tu Abang Mat selfie Amoy langgar Dada kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. G25 +G18 = menolak undang2 Shariah

      Delete
    2. + satu lagi G20 a.k.a Gigolo sarkas!

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. G18 + G25 = pan syiah (sesat lagi menyesatkan)

      Delete
  2. Rokok tu bila nk rampas...bangang!
    Oooops lupa pukak tembakau bawah akta makanan...
    Lps ni adalah menteri bangang makan tembakau masak lomak cili api....
    Kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEMALUAN MAT SABU BAKAL DIDEDAHKAN!!!

      Kali ni kita tengok macam mana Si Mat Sabu tu nak lepaskan diri dari dakwaan yang dia buat sendiri. Kita tengok sejauh mana Si Mat Sabu tu mampu untuk cari alasan dan selamatkan diri dia sendiri.

      PAS Pulau Pinang mahu menyaman Mohamad Sabu kerana enggan menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

      Setiausaha PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mohamad atau Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

      Katanya, perbincangan mengenainya di peringkat pusat membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.
      “Kita sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada PAS Pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu,” katanya, lapor Berita Harian.
      Pada 1 Disember yang lalu, Si Mat Sabu tu dilaporkan berkata, antara punca dia menubuhkan parti baru adalah kerana PAS sudah mula diresapi pemikiran kumpulan militan ISIS.

      Dia turut mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara itu. Tuduhan Mat Sabu itu menimbulkan kemarahan pemimpin PAS dan mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf.

      Walaupun Timbalan Presiden parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu kata dakwaan yang dibuat tidak hanya ditujukan kepada PAS, namun Si Mat Sabu tu tetap enggan berganjak dari dakwaannya.

      Jadi, tak heran la kalau Si Mat Sabu tu tak perlu takut disaman oleh PAS sebab 'Abang Besar' payung kembang. Apa sangat la kalau setakat nak bayar saman tu nanti ye tak. 'Abang Besar' banyak duit. Boleh bayar saman Si Mat Sabu tu nanti. Janji, Si Mat Sabu tu buat je apa yang diorang suruh!!!
      Semut Hitam at 8:00 PG

      Delete
  3. lain tajuk lain komen, cam sial je

    ReplyDelete
  4. Rokok pun mufti hukum haram... dan lebih bahaya dari vape..
    kenapa tak tangkap penjual rokok...
    eh.. ada bayar tax lebih ye..
    lagi pula syarikat rokok tu yahudi punya kan..
    takut yahudi marah ke.. atau vape tu tak kasi %..
    itu arak tak kasi tangkap ke..

    ReplyDelete