KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 23 December 2015

INILAH DIA DEKAN UNISEL YANG BERKATA JUJUR HANYA PAS SAHAJA SATU-SATU YANG TEGUH MEMPERTAHANKAN PRINSIP DAN MEMPUNYAI KEDINAMIKAN PENDEKATAN POLITIK



SERDANG: Hanya PAS yang teguh mempertahankan prinsip dan mempunyai kedinamikan pendekatan politik berbanding parti-parti lain di negara ini, demikian menurut Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Selangor, Prof Madya Dr Mohd Fuad Salleh.

Beliau menganalogikan prinsip kepada ciri-ciri sebuah rumah iaitu mesti mempunyai tiang, dinding, bumbung, bilik, ruang tamu dan dapur.


Manakala pendekatan pula digambarkan beliau sebagai sering berbeza sepertimana terdapatnya rumah yang dibina dari asas kayu atau batu, selain didirikan atas tanah atau menggunakan tiang, serta pelbagai kedinamikan lain.


Dr Mohd Fuad memuji PAS sebagai parti yang tegas dan jelas mempertahankan prinsip apabila sejak ditubuhkan pada tahun 1951 tidak pernah berubah, sebaliknya tetap kekal untuk menegakkan syariat Islam di negara ini.


Sementara dalam pendekatan politik, PAS katanya telah menunjukkan perubahan yang dinamik sesuai dengan keadaan semasa sepertimana ‘tahaluf siyasi’ bersama parti-parti lain.


“Tahun 1969, PAS berbincang untuk bergabung dengan Parti Perikatan, lambang kapal layar, masa itu. Ramai pimpinan PAS yang tak bersetuju dan bila keputusan telah dibuat, PAS menyertai Perikatan pada tahun 1970, ada pimpinan yang keluar, menubuhkan parti baru.


“Ada yang tak setuju kekal dalam PAS dan dilantik pula menjadi Menteri, habuan yang Allah berikan kepada orang yang kekal dalam perjuangan. Dia tak setuju, tapi dia kekal dalam perjuangan.


“Tapi apabila PAS mengambil keputusan untuk keluar daripada BN, tukar lambang daripada kapal layar kepada timbang dacing, (mereka) yang (dahulunya) tak suka (gabungan itu), punyalah suka. Tak nak pula keluar, dia nak kekal pula dalam BN.


“Tengok ya, bagaimana Allah mengubah hati manusia. Mula-mula dia tak nak (bergabung), (tapi) dapat kedudukan, bila nak keluar, dia tak nak keluar,” terangnya dalam pembentangan bertajuk

“Prinsip Gerakan Islam dan Dinamika Politik” pada Seminar Politik Islam: Gerakan Islam dan Politik Masa Kini di Hotel Puri Pujangga, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, di sini 12 Disember lalu.


Menegaskan prinsip sebagai perkara ‘dharuriyyat’ yang wajib ada dan diperlukan, beliau mengakui wujudnya kecenderungan manusia kepada keinginan iaitu ‘hajiyyat’ dan kelengkapan yakni ‘tahsiniyyat’.


Bagaimanapun tegasnya, apabila bertembung antara perkara tersebut, ‘dharuriyyat’ mesti dipertahankan berbanding ‘hajiyyat’ dan ‘tahsiniyyat’.


Dr Mohd Fuad menjelaskan hal tersebut sebagai membenarkan tindakan Presiden PAS selaku pemimpin tertinggi parti untuk mempertahankan prinsip yang ‘dharuriyyat’ berbanding desakan bersifat ‘hajiyyat’ dan ‘tahsiniyyat’.


“Soal kepatuhan dan walak. Ada yang bertindak untuk tak patuh atau tak walak. Pimpinan kata jangan, dia kata tak apa boleh buat. Sekiranya berlaku dalam rumah, contohnya ada dapur isteri nak letak langsir cantik-cantik. Suami kata jangan, sebab ini tempat api dan sebagainya, takut tersambar api, terbakar.


“Tetapi kerana ‘hajiyyat’ isteri nak cantik juga, dia sanggup ketepikan ‘dharuriyyah’. Adakah nak biarkan perkara ini berlaku? Sebagai pemimpin, suami kena tegah isteri. Tak boleh, sebab bahaya.

Kecuali satu, tak payah ada dapur dalam rumah, tiap-tiap hari pergi makan luar, tak masak langsung, bolehlah hias cantik-cantik dalam rumah.


“Tapi peranan dapur hilanglah, sedangkan ia diadakan kerana ada peranannya. Bila suatu jawatan diwujudkan dalam parti ada peranannya, ada tanggungjawabnya, jangan lari daripada peranan dan tanggungjawab ini, sebagaimana dalam kaedah pembentukan rumah tadi,” perinci beliau.


Oleh itu simpulnya, sebagai parti politik, perubahan pendekatan adalah perkara biasa dan sentiasa diperlukan bersesuaian dengan keadaan tanpa perlu merubah dan menggadaikan prinsip di mana sejarah telah membuktikan PAS telah melalui hal tersebut dengan jayanya.

18 comments:

  1. Dekan ni terlebih makan kangkong. Jadi mabuk ketum

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dah jadi barua Dapih dah x nampak kebenaran Islam

      Delete
  2. Lebih baik kalau dekan ni kata Hadi menyatukan dunia Islam yg berpecah sekarang.Umpama spt rasulullah. Kahkahkahkah. Xfahamla org bodo mcm omakkau pun masih wujud lagi.huahaha

    ReplyDelete
  3. PAN dah x de modal dah.. UG pun x jadi2 .. Apa agaknya cara yg ada lg utk kelangsungan kewujudan PAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. modal apa hang ni.bukan nak meniaga la.pas kot la kna ada modal.nak beli keta baru.kikiki

      Delete
    2. kesian aku tgk puak pan...terlebih sembah tokong agaknye...

      Delete
  4. PAN Pecah Tiga?

    Parti Amanah Negara (PAN), sebuah parti liberal yang ditubuhkan oleh Mat Sabu dengan bantuan penuh DAP, yang diwar-warkan sebagai pengganti PAS dalam arena politik tanah air. PAN bukan sahaja sebuah parti politik serpihan orang-orang yang kecewa didalam PAS, malah mereka juga disifatkan sebagai parti orang suruhan DAP dalam usaha melemah dan sekaligus menghancurkan PAS dari peta politik negara.

    Namun perkhabaran dari dalam PAN sendiri menampakkan sesuatu yang begitu aneh dan ajaib. Parti yang baru beberapa bulan ditubuhkan ini nampaknya sudah mula menemui keretakkannya sendiri. PAN hari ini dikhabarkan sudah terbahagi kepada tiga kem utam yang masing-masing berebut-rebut mahu menguasai PAN secara total.

    Disetiap kem, ianya diketuai oleh seorang ketua yang membawa fahaman dan idealogi yang berbeza. Bagi Mat Sabu, beliau dikatakan memimpin pengikut-pengikut syiah dan beberap aktivis radikal PAS yang sealiran dan sentiasa akur kepada kehendak DAP.

    Salahuddin Ayub pula dikhabarkan mengetuai beberapa bekas aktivis PAS yang berfahaman sederhana serta mengetuai beberapa ahli UMNO yang bertindak menyertai PAN yang cenderong kearah PKR. Manakala Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus pula dikatakan mengetuai Ahli IKRAM dan juga beberapa aktivis PAS yang cenderong kearah PAS.

    Persoalannya, bagaimana sebuah parti yang baru beberapa bulan sahaja ditubuhkan kini berhadapan dengan pergolakan dalaman seperti ini? Ajaibnya, terdapat tiga puak berlainan didalam PAN yang sama sekali tidak sealiran dan sebulu dalam idealogi politik mereka. Adakah ini yang dikatakan sebagai pengganti mutlak PAS dalam arena politik tanahair?

    - pilihanrayakini.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno pecah 5 kumpulan kpd pro najib, pro muhidin mahatir, pro ibrahim ali, pro tg razali dan pro ahmad mazlan. Pas pula pecah iaiti pro hadi, pro harun, pro syiah, pro ug, pro tn man & hadi, pro husam & mahfuz serta pro isis

      Delete
    2. Mcm kurang matang je komen you.

      Delete
    3. Pas dah jadi sesumpah..para pemimpin klu klek keluar kenyataan media.Orang bawah tak tahu yang mana satu nak pegang...ada yang ingin berbahlul siyasi dengan ameno dan ada yang tak bersetuju berbahlul dan ada yang keluar jadi kuali @ pan keh keh keh

      Delete
    4. ada lg satu yg umnu dan pas pecah....

      dh jadi PROSAK negara islam dn melayu

      Delete
  5. I got my eyes on u UMNO...

    #tangkapzamihan
    #syiahtakbolehkasican

    ReplyDelete
  6. spesis zuhdi.. cuba tnya dh jd ahli pas ke... sure belum

    heli prof careful.. u kt pas je bagus mknanya umnu pun bongok... tklama la kau prof.

    apa tu 'hajiyyat'... hajihadiyyat ke

    sudahla prof pi tidor lagi baikla

    ReplyDelete
  7. Ketua menteri sarawak kata pas x akan menggugat pbb n bn d sarawak n akan tetapi pbb n bn akan rasa tergugat dgn sokongan rkyt terhadap ph iaitu pkr amanah n dap n ini pas x ada mendapat sokongan pengundi d sarawak

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan prof. Analogi yang sangat menarik.

    ReplyDelete
  9. Kalau mcm ni pan boleh demam...

    ReplyDelete
  10. Pas paling tak berprinsip.di penang lain di selangor lain di perak lain di johor lain.tak mampu pimpin malaysia.Pas hidup segan mati tak mahu,menyusahkan,celaru dan dungu dalam membuat keputusan

    ReplyDelete
  11. Walaupun Pas tak sempurna, tapi lebih islam drp yg lain..:-)

    ReplyDelete