KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 8 December 2015

SEORANG BANDUAN MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KAWAD BERDURI KETIKA CUBA MELARIKAN DIRI DARI PENJARA.



Gara-gara cuba melarikan diri dari penjara, seorang banduan maut akibat terkena renjatan elektrik pada kawat berduri. Manakala dua lagi rakan subahatnya berjaya diberkas semula.

Menurut pihak berkuasa, ketiga-tiga banduan berkenaan cuba melarikan diri dari penjara wilayah Songkhla pada waktu tengah hari. Mereka bertindak memanjat bumbung yang dipenuhi kawat berduri.

Seorang daripada mereka dikenali Chatarung Nuisaira, 35 tahun, yang dipenjarakan akibat mencuri dilaporkan terjatuh lalu terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala dua lagi banduan ditangkap semula oleh pihak penjara.

Pengarah Penjara berkata, ahli keluarga tidak menyalahkan pihak berkuasa atas kematian chatarung, ketika menuntut mayatnya untuk disemadikan.

23 comments:

  1. Mat Sabu kena renjatan karan Dari PASMA (Sepupu PAN Imayam)


    PASMA-Cai DAKWA MAT SABU BUAT KERJA 'BANGANG'!!!

    Heh! Itu pun masih ada hati lagi Si Mat Sabu tu nak pertikai mengenai kepimpinan PAS dan membuat tuduhan yang bukan - bukan? Pun masih lagi Si Mat Sabu tu sibuk nak selak kain orang?

    Jika semalam kita dah nyatakan bahawa Si Mat Sabu tu wajar menjaga kain dia sendiri. Jangan sampai kain dia terlondeh dek kerana sibuk sangat nak masuk campur dalam urusan orang lain.

    Inilah masalahnya bila tubuhkan parti hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Penyudahnya, diorang juga yang hilang kemaluan secara terbuka.

    Dalam keghairahan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak serang PAS, ada dikalangan mereka sendiri rasa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar.

    Semalam, kepimpinan Si Mat Sabu ti telah dikritik secara terbuka oleh Pengerusi PASMA-Cai yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa parti yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden PAS tu.
    AIDCNews – 2/12/15 –Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini dilihat tidak lagi sependapat dengan presiden parti itu, Mohamad Sabu dari sudut pendekatan politik.

    Phahrolrazi yang juga Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini dilaporkan telah mengkritik pendekatan politik Mohamad Sabu yang lebih lebih dikenali Mat Sabu yang lebih menumpukan kritikan terhadap PAS berbanding dengan BN.

    “Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah.

    “PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu ada sidang akhbar di George Town, lapor Malaysiakini.


    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mat Sabu yang menuduh PAS kini sudah diresapi pemikiran ISIS merupakan punca beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu, PAN.
    Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Phahrolrazi tu membuktikan bahawa parti pimpinan Si Mat Sabu tu memang ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan dikalangan rakyat.

    Kot ye pun parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu terdesak sangat nak kumpulkan ahli, jangan la sampai tahap diorang mem-BODOH-kan diri sendiri dengan membuat tuduhan serta memburukkan PAS. Nampak sangat yang diorang ni takde kerja lain yang nak dibuat!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tahun 2020 rasuah boleh dihapuskan 100% jika perkataan "rasuah" dihapuskan dan ditukar dengan perkataan "derma".

      Harap maklum.

      Delete
    2. Salahudin Cuba Tutup Najis Yang Ditabur Oleh Mat Sabu!


      Sebelum ini Mat Sabu menuduh PAS mengkafirkan orang Islam dan mempengaruhi mereka dengan fahaman yang dibawa militan ISIS. Hal ini berbeza dengan konsep perjuangan parti Islam yang sebenar dan jauh bersimpang dengan agama.

      Mat Sabu dalam kenyataan tersebut mengatakan bahawa AMANAH ditubuhkan kerana PAS diresapi fahaman ISIS.



      Akibat daripada kenyataan tersebut, ramai ahli AMANAH sendiri mempertikaikan kenyataan yang disifatkan tidak cermat dan tidak wajar seperti Dr Maszlee Malik dan beberapa orang lagi.

      Tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli PAS dan juga sekerat dua pemimpin PAS yang bersimpati kepada ISIS ataupun mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti ISIS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk generalisasi dengan memukul rata bahawa parti Islam tersebut seumpama ISIS ataupun membawa fikrah ISIS.

      PAS dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi. Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara PAS dengan ISIS.

      Perlu juga diakui bahawa Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang juga telah berkali-kali menegaskan penolakan beliau terhadap pendekatan ganas ISIS dan menyeru ahli-ahli PAS agar tidak menyertai ISIS, samada di dalam muktamar mahupun di dalam kenyataan-kenyataan media beliau.

      Fakta ini perlu diambil kira oleh mana-mana pihak sebelum mereka mengaitakn PAS dengan ISIS.
      Pada hakikatnya, PAS mempunyai peranan yang amat penting yang boleh mereka mainkan untuk membendung anak-anak muda Malaysia dari menyertai ISIS.
      Hanya malangnya 2 penasihat AMANAH berdiam diri dalam isu ini. Apakah penasihat hanya menasihat perkara yang menguntungkan parti Amanah? Menolak kebenaran dan ini ajaran Islam yang diamalkan? Hanya penasihat berkenaan boleh menjawab.


      Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsuddin berdiam diri dalam isu ini.
      Hari ini Salahuddin Ayub, mengambil sikap bukan menasihati tetapi menutupi semua najis yang ditabur oleh Mat Sabu.
      Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub menegaskan ia adalah peringatan untuk semua gerakan Islam di seluruh dunia agar lebih berwaspada.

      "Minta semua pihak berwaspada.

      “Apa yang dimaksudkan (Mat Sabu) merujuk semua pihak," kata Salahuddin dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH di ibu negara hari ini.

      Dakwaan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu bahawa PAS telah diresapi pemikiran kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) bukan ditujukan untuk parti itu sahaja tambah Salahudin.

      Kenyataan Salahuddin Ayub membantu kita memahami bahawa AMANAH ini parti yang celaru dan banyak putar belit dalam membuat kenyataan terutama sebab apa mereka tubuh AMANAH tidak lain... melainkan inginkan KUASA. Bila mereka ditolak oleh akar umbi PAS, mereka mula membuat kenyataan jahat dan fitnah untuk merosakkan PAS....


      Nordin Bin Ali
      nordinbinali@gmail.com
      http://nordinali.blogspot.com/

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. tak lama lg kita ada banduan suami isteri

    jenayah: merompak sebuah negara umat hingga tinggal lampu saja. itupun sbb panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari kita londeh Mat Sabu d Khianat

      Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete
  3. Mat Sabu Jadi French Toast akibat kena renjatan karan Dari PASMA (Sepupu PAN Imayam) Versi 2



    PASMA kata PAN ada syiah. Sila baca. PASMA sepupu PAN sindri cakap

    Haaaa brader ni link Facebook.PASMA sindri baca la

    https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=723002507801932&id=563090267126491


    Haaaa INI benda ada Dlm Facebook PASMA. Silap baca kalau malas nal tengok link Facebook PASMA

    Alhamdulillah..
    Tuan Guru Ustaz Haji Mat Sabu sempat meluangkan masa menziarahi Ayatullah Imamiah Syiah untuk bertaqiah dan memaklumkan bahawa semua Syiah di Malaysia sudah menyertai Amanah dan bersedia untuk menawan Malaysia pada Pru akan datang. Inilah kehebatan Amanah yang tidak ada pada Parti lain. Jgn ingat syiah tidak reti berpolitik. Kami pun reti lah. Takdir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia
      1996/Khas Akidah
      Tarikh Keputusan: 15 Jan, 1997
      Keputusan:
      Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke yang diadakan pada telah membincangkan hukum. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut:


      i. Berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju menerima keputusan muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :
      a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',


      b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.

      c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.

      d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta"rif "hukum syarak" atau "undang-undang" Islam seperti berikut :
      ' Hukum Syarak ' atau 'Undang-Undang Islam ' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi aqidah, syari"ah dan akhlaq.

      e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah dilarang.


      f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.

      g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah diharamkan.
      II. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.

      Delete
    2. Parti Amanah Negara wajib mematuhi Majlis Fatwa Kebangsaan. Ahli2 yg berfahaman syiah dan simpati pada syiah wajib dipecat.

      Hatap Salahuddin, Mujahid, Khalid Samad berterua terang mengenai ini.

      Delete
  4. Nak bunuh semut..jangan kurang kan gula tu...kasi banjir gula tu biar semut tu mati kekenyangan......tak paham juga....kakkakakakakaaaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiah Mendominasi PAN
      SEPTEMBER 10, 2015
      AIDCNEWS
      4 COMMENTS
      AIDCNews – 10/9/15 – Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.

      Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia.



      “Alhamdulillah…

      “Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).

      “Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.

      Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.

      “Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob

      “Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu

      “Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.

      Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.

      “Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.

      Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS.

      Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar.

      Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu

      Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.

      Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor.

      Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor.

      Delete
  5. Kepimpinan Parti Amanah Negara wajib memecat ahli yg berfahaman Syiah dan mereka yg simpati pada Syiah.

    PAN juga wajib mendukung fatwa2 Majlis Kebangsaan mengenai Syiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kat bawah ni semua fitnah, pakai nama Jeff

      Delete
    2. Cakap syiah lagi aku tak percaya. Mereka mendustakan para sahabat


      Nahhh kao baca bawah ni





      Saya gembira kerana sedikit demi sedikit tokoh yang dikaitkan dengan Syiah "dikikis" daripada parti PAS yang berideologi Islam tersebut. Pendang juga, bagi para pengkaji Syiah merupakan salah satu "kawasan hitam"syiah selain daripada Kubang Kerian di Kelantan dan Gombak di Selangor. Kekalahan Mat Sabu di sana agak menimbulkan kejutan.
      Mat Sabu umpama terlekat badi Syiah. Dengan mengetepikan sentimen politik, kekalahan Mat Sabu serba sedikit akan meredakan suara-suara sumbang yang mengaitkan PAS dengan Syiah. Sepanjang pengetahuan saya, Mat Sabu tidak pernah mengaku dirinya seorang Syiah. Dakwaan yang menyatakan Mat Sabu sebagai seorang Syiah pun bukanlah dakwaan yang konkrit melainkan dakwaan berdasarkan dzon (persangkaan). Namun beberapa perkara yang mungkin agak "mencemarkan" PAS secara tidak sedar kerana "keberanian" beliau dan "kelantangan" beliau berbicara menyokong Syiah.
      Dalam profile FB beliau , tertulis "Beliau membaca dan mengkaji hasil tulisan tokoh-tokoh seperti Imam Khomeini, Ayatullah Mutahhari, Ali Shariati, Kalim Siddiqui, Muhammad Al-Asi, Jalaluddin Rachmat dan banyak lagi tokoh yang lain-lain". Beberapa tokoh yang disebut itu adalah penganut ajaran Syiah dan pro Syiah. Mat Sabu juga sering memuji-muji Khomeini , Hassan Nasrullah , Hezbullah Lubnan dan mempertahankan Syiah dalam beberapa ucapan dan penulisan beliau. Anda boleh rujuk beberapa pautan di bawah:
      1. Pujian beliau terhadap revolusi Iran, Khomeini http://mohamadsabu.com/…/21-ucapan-dan-pembentangan-kertas-…
      2. http://malaysiaberih.blogspot.com/…/mat-sabu-jawab-isu-syia…
      3. http://mohamadsabu.com/…/12-untuk-apa-kekuatan-keselamatan-…
      4. http://mohamadsabu.com/…/index.php/tulisan/11-angin-perubah…
      5. Biodata FB Mat Sabu http://www.facebook.com/…/Haji-Mohamad-Sabu/123525987685671…
      6. Mat Sabu menyatakan bahawaIsu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS http://www.malaysiakini.com/news/201294
      7. Sokongan Mat Sabu terhadap kerajaan Syiah Nusairiyah Bashar http://www.youtube.com/watch?v=hqPbwP9tdEA
      8. Video tanpa edit lawatan Mat Sabu ke Syria http://www.youtube.com/watch?v=t3BcHbcO9kQ
      9. Mat Sabu puji Hassan Nasrallah. http://www.youtube.com/watch?v=Ud2fwKpJRDM
      Ya. Mat Sabu MUNGKIN bukan Syiah. Tetapi dengan ketiadaan beliau dan rakan-rakan sefikrahnya amat melegakan hati saya sebagai "orang luar" yang memerhati dan mengkaji. Sekali lagi status ini bukanlah ingin menyatakan bahawa Mat Sabu itu seorang Syiah. Tetapi sekadar ingin "mengkritik" kecenderungan tidak sihat pemimpin yang berada dalam barisan jemaah Islam. Status ini dibuat secara terbuka atas asbab kemudaratan yang disebarkan (melalui puji-pujian terhadap Syiah dan tokoh2 Syiah) adalah terbuka.

      Delete
  6. Kepada yang komen di atas yang mencaci dan fitnah Syiah jangan lupa mereka juga adalah saudara mu.

    Fitnah, memfitnah pahalanya ialah neraka...

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam

    Keadilan Reform




    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo rupanya jeff syiah. patutla sokong umnu pasug

      ajaran dn imam syiah ajar kafirkan ibu kaum muslimin iaitu aisyah rdha.... kau nk kata syiah saudara kami ke?

      mat sabu hanya kagum dgn hezbollat saja. itu pun dulu ketika kita srmua pun tertipu dgn syiah laknat

      Delete
    2. Mat Sabu Kena Beza Antara Bertemu & Berguru!


      "Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamenei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

      "Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu lagi.

      Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.

      "Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

      "Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu dalam hujah untuk membersih nama kononnya Abdul Hadi Presiden PAS lebih kerap berjumpa dengan pemimpin Iran (Syiah).



      Mat Sabu bersama Mohamad adalah Adly Zahari,
      Pengerusi Amanah Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat
      Presiden PAS, Abdu Hadi Awang memang ada jumpa dengan pimpinan Iran (syiah) pasal dia bergiat dalam organasasi Islam Antarabangsa. Malah Abdul Hadi sekarang ini satu-satunya pimpinan dunia Islam yang boleh mendekatkan Sunni-Syiah setelah Dr Yusof Qaardawi mula berkaras dalam beberapa isu Sunni-Syiah.

      Presiden PAS mewakili gerakan Islam yang telah berlangsung di Iran. Ramai menggunakan video ini kononnya bersama ulama Syiah. Kalau pandai bahasa Arab boleh faham apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS dalam pertemuan tersebut.



      Mat Sabu kena beza antara pergi bertemu dengan berguru. Misalnya gambar di atas, Mat Sabu tunduk hormat kepada Presiden PAS, takkan nak kata Mat Sabu berguru dengan Presiden PAS? Biarlah kita rasional dalam menjawab isu.

      Tapi sekerap Abdul Hadi berjumpa pimpinan Syiah tak sampai isteri Presiden PAS nak peluk pimpinan Syiah!!

      Kita tak lupa ucapan ini;
      “Saya sendiri berpeluang bertemu beliau empat lima kali. Memang kita tengok wajah dia saja kita nampaklah kehebatannya. Saya pernah membawa isteri saya jumpa Hassan Nasrallah.

      Dia kata ” Bang, kalau dalam Islam izin peluk. Aku nak peluk” .
      Masyarakat tidak mempersoalkan sejauh mana pertemuan tersebut, atau sekerap mana pertemuan dengan pimpinan Syiah tetapi masyarakat ingin penjelasan tentang anutan mazhab Syiah. Bagaimana fahaman Syiah boleh ini boleh berkembang di Malaysia dan sejauh mana parti AMANAH telah direspi fahaman ini.

      Itu patut dinyatakan oleh Mat Sabu secara jelas.

      Mat Sabu adalah pimpinan PAS yang menjadi rujukan kepada gerakan pelajar di Universiti yang berada di sekitar Kuala Lumpur tidak hairanlah kalau Adly Zahari mengkagumi Iran. Malah buku Dialog Sunnah Syiah biasanya menjadi rujukan kepada mereka yang mendekati Mazhab Syiah.

      Delete
  7. Kepada,

    Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

    Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

    Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

    Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

    Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini.

    Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini.

    hkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

    Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

    Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

    Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

    Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ’pembohongan’ ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ”jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita”. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.....

    Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

    Maafkanlah saya.

    Sekian, wassalam.

    Hj Mahfuz Hj Omar
    Ketua Penerangan PAS Pusat

    ReplyDelete
  8. Umno, Pas adakan lebih banyak pertemuan susulan

    Sehari selepas PAS menolak idea muzakarah, Majlis Tertinggi Umno yang mengadakan mesyuarat telah membincangkan isu berkenaan di samping lebih banyak pertemuan akan di antara kedua-dua parti.

    Perkara itu diumumkan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

    Malah, jurucakap PAS yang dihubungi juga memaklumkan bahawa beberapa pertemuan akan diadakan membabitkan Umno-PAS dalam waktu terdekat.


    Majlis Syura PAS dijadual mengadakan mesyuarat minggu depan.

    Mesyuarat MT yang bermula 3.30 petang tadi dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    "Sudah semestinya akan ada lebih banyak pertemuan kerana kita sudah adakan pertemuan tiga kali.

    "Muzakarah itu sangat baik) dan lebih memahami mengenai isu penting berkaitan agama yang kita tidak boleh berkompromi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

    ReplyDelete
  9. Khir Toyo dalang pertemuan Pas - UMN0

    Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor.

    Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.

    Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.

    Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.

    ReplyDelete
  10. saje nk kecoh pasal mat sabu.pasal pas.pan dan syiah..
    ni semua tak membuat kan rakyat kena gst.tak membuatkan rakyat jadi susah.
    saje nk pusing isu..
    42 billion.1mdb
    2.6 billion derma
    ini yg membuat rakyat menderita.

    ReplyDelete
  11. JIHAD yg paling besar ialah jihad kpd ibu bapa kamu. Pahalanya lebih besar drp jihad fisabilillah.

    ReplyDelete