KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 7 December 2015

KERAJAAN BAKAL BERDEPAN DENGAN WARGA BANDAR YANG MEMBERONTAK PADA PRU KE-14 NANTI??????


Kerajaan UMNO/BN pada masa kini berada di kedudukan selamat meskipun rakyat berdepan siri kenaikan kadar tambang perkhidmatan awam mahupun kos sara hidup secara keseluruhan gara-gara harga minyak mentah dunia yang rendah.

Namun kerajaan tidak boleh terus berada selesa kerana siri kenaikan yang berterusan ini akan mendatangkan kemarahan rakyat dan pastik akan diterjemahkan melalui pilihan raya.

Memang benar pilihan raya umum memang jauh lagi tapi ia tetap perlu ditangani. Jika ada lagi peningkatan, sudah tentu ia beri impak dan kesan cukup buruk kepada kerajaan. Jika harga minyak itu terus naik, ini akan menjadi salah satu faktor menyumbang kepada kemarahan rakyat.

Harus diingat, sebelum ini pun, ketika ada peningkatan berlaku, rakyat marah... ketika itu kita ada subsidi. Sekarang subsidi sudah tidak ada.

Beban kenaikan ini memang begitu dirasai penduduk di bandar yang menggunakan laluan bertol dan perkhidmatan awam lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam kelompon berpendapatan sederhana kebawah iaitu kelompok majoriti yang menjadi penghuni bandar sekarang ini..

Siri peningkatan kadar tambang pengangkutan awam terbaharu yang diumumkan ialah perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan satu hala antara KL Sentral dan KLIA/klia2 dinaikkan RM20 menjadi RM55 bermula 1 Januari 2016.

Dalam pada itu, peningkatan demi peningkatan kos yang diumumkan sudah tentu akan memberi kesan besar kepada bagaimana rakyat dan pengundi akan bertindak dengan menterjemahkannya pada kertas undi.

Jika kos sara hidup meningkat, daya beli berkurangan, bebanan rakyat bertambah berat, rakyat akan tercekik, sukar untuk berbelanja kerana GST dan penguncupan nilai mata wang, kemudian peningkatan harga tiket pengangkutan awam lagi, tol naik lagi, sudah tentu ini semua akan memberi kesan besar kepada rakyat.

Apatah lagi peningkatan ERL ini agak keterlaluan... melampau. Naik sehingga RM20. Jadi, adalah tidak masuk akal dan logik kalau kita kata rakyat senang hati dan tidak terkesan sedikit pun dengan peningkatan ini.

Memang tidak dinafikan kewajaran  peningkatan itu namun beberapa faktor termasuk peratusan pengguna dan bebanan rakyat masa kini juga perlu diambil kira sebelum memutuskan kadar peningkatan.

Sekarang ini, segala-galanya meningkat secara berturut-turutan. Rakyat pasti akan merasa beban yang sangat berat menjelang Januari ini apabila mereka perlu berbelanja lebih untuk anak-anak masuk sekolah dan sebagainya.

Saranan menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri di jalan raya, beberapa persoalan kepada kerajaan yang perlu ditangani terlebih dahulu.

Adakah sistem pengangkutan kita sudah begitu efisien, setara yang ada di negara-negara maju seperti Korea Selatan atau Jepun maupun Singapura????? .....  Adakah sistem pengangkutan awam kita ini meluas, kerap, menepati masa, kos yang rendah???????

Jika semua itu sudah dilaksanakan dan memang betul wujud, sudah pasti ini akan mendapat sambutan rakyat.

Meskipun berlaku peningkatan dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini namun masih ada ruang besar untuk mutu perkhidmatan itu di pertingkatkan.

Dalam masa sekarang, rakyat tidak ada pilihan terpaksa guna kenderaan sendiri dan sebahagian guna pengangkutan awam.

Tapi jika kita nak pastikan peratusan penggunaan pengangkutan awam meningkat, segala faktor itu perlu dilaksanakan dulu. Jika tidak, ia hanya akan tinggal impian sahaja.

10 comments:

  1. Saya setuju dgn Omak Kau. Hanya PKR dan PAS boleh bawa pembaharuaan.

    Nak harap DAP Dan PAN tak tau la

    DAP - Racist Dan ant Islam
    PAN Imayam - Balaci DAP, Pro Syiah Dan LBGT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya copy and paste sebagai bukti PAN Imayam bukan asset tapi liabilities. Yg aku takut Mat sabu buat selfie dgn gadia tempatan macam kat Bersih 4. Naya Bro.



      TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!!

      Memang itu yang sebaiknya dilakukan oleh Si Mat Sabu tu sebelum dia sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Baik dia selesaikan dulu perbezaan ideologi dalam parti yang baru diterajui tu.

      Hakikatnya, Si Mat Sabu tidak perlu nak mencari alasan untuk menjustifikasi tindakan mereka meninggalkan PAS dengan mengaitkan parti itu dengan pemikiran ekstremis militan ISIS.

      Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), tindakan Si Mat Sabu tu membuktikan bahawa mereka sudah ketandusan isu dan bankrap modal Politik untuk memburukkan PAS.
      "Kepimpinan Amanah dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro-Syiah, pro-Tanzim Alami dan pro-Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya," katanya menerusi kenyataan.
      Selain itu, Mohd Zuhdi juga turut membidas kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sebelum ini yang menuduh PAS diresapi pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

      Katanya, alasan terbaharu Mohamad apabila mengaitkan PAS dengan gerakan militan adalah bertentangan dengan dakwaannya sendiri sebelum ini terhadap parti Islam berkenaan.
      "Pimpinan Parti Amanah Negara mula menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan Isis atau terrorisme. Terkini presidennya sendiri berkata antara sebab Amanah ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh Isis.
      "Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama kerajaan perpaduan yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa Amanah ditubuhkan.
      "Berdasarkan paradox kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS," katanya.
      Jelas Mohd Zuhdi, tuduhan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO yang dibuat sebelum ini dengan tuduhan diresapi pemikiran militan merupakan dua perkara yang bertentangan.

      Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu dan konco - konco Pengkhianat dia sekarang ni memang dah ketandusan idea nak meraihkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Maka sebab itulah dia sanggup memper-BODOH-kan diri dia sendiri!!!

      Delete
    2. Hahaha....siapa kata najib mahu undi kawasan bandar!! Undi kawasan bandar dah lama tiada hanya tinggal undi kampung sebab tu si najib bykkan peruntukkan kawasan kampung. Biar kalah kawasan bandar asal menang kawasan kampung boleh tubuh kerajaan dah cukup utk beliau terus bermaharajalela dlm negara malaysia.sebab tulah ada penambahan kawasan dun bagi memudahkan kekuasaan beliau utk terus memerintah, malah dgn membagi br1m pada rakyat miskin akan meningkatkan peluang kemenangan beliau dlm pru akan dtg. Sebab tu kawasan bandar masa depan hanya utk yg kaya berkemampuan utk terus hidup dikawasan bandar, dimana kamu kaya bagi lebih bagi byk wang utk beliau bagi rakyat miskin kampung biar pembangkang memerintah kawasan bandar najib boleh minta kikis samun tanpa perlu sakit kepala cari duit biar pembangkang sakit kepala cari wang di kawasan2 bandar, bila rakyat bandar dah tak tahan salahkan pakatan kerana susahkan hidup mrk akhirnya najib berpeluang dpt kembali kawasan bandar dan dgn sdrnya najib akan jaga kebajikan mrk dan kurangkan sedikit tambang cukai dll, agar beliau boleh terus berkuasa dimana kawasan yg mrk menang.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Itulah PAN Imayam.walaupun rakyat marhaen terseksa dgn polisi BeEnd tapi rata2 kami bukan Syiah ataupun LBGT.

    Makaudnya PAS Dan PKR adalah pilihan lebih tepat

    ReplyDelete
  3. BN PARTI CILAKA DAN PH (PKR. DAP AMAYAM) PUN SAMA CILAKA. PAS pula Presiden tumpu lebih kepada persatuan ulamak dunia. Taktaulah nak sokong sapa. Lebih baik duk diam2 buat hal sendiri.

    ReplyDelete
  4. Dasar kerajaan BN yg membebankan, kepincangan & salahlaku pimpinan umno...kesannya direct pada rakyat. Menyeksakan. Pakatan bergaduh mcm mana pun, tak beri kesan pd kehidupan seharian kita. Jadi, PRU 14 nanti, pangkah siapa saja calon pembangkang. Buang jauh2 sentimen melayu yg dimainkan umno. Ada pemimpin melayu pegang kuasa sampai mati pun tak guna asyik kayakan diri sendiri nk buat apa??

    ReplyDelete
  5. kelakarlah 1542 ni kalau bab kumpul kekayaan ni takdak bezanya antara BN dgn bukan BN ni.Kalau tak percaya tengok bukit2 botak di Gua Musang dan Lojing.Siapa punya angkara tu.Ni dah masuk bulan December ni kalau lah hujan lebat lagi...adooya.Di Selangor Ajmin dan geng malaikat kah? Di Penang apa hal dgn projek tarah bukit dan terowong.Orang politik ni campur tolak campur tolak 2x5 saja.Kita yg dibawah ni yg bingai

    ReplyDelete
  6. Nak tampung hutang lebih 600 bilion bukan senang boh, bila pemboros dan pembodek takbir negara..

    ReplyDelete
  7. Kapada yang hentam dan fitnah syiah sya bagi amaran.

    Jangan berdusta. Jangan memfitnah.

    Syiah adalah jalan yang terbaik.

    yang benar,

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete