KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 8 December 2015

URAT LEHER ANGGOTA POLIS WANITA BERPANGKAT LANS KOPERAL PUTUS DI KELAR PENYAMUN



Seorang anggota polis wanita putus urat leher akibat dikelar dua lelaki yang cuba menyamunnya di Danau Kota, Setapak, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Gombak itu, sedang berjalan dari rumah untuk membeli sarapan tidak jauh dari kawasan kediamannya.

Bagaimanapun, ketika melalui kawasan Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, anggota berusia 27 tahun itu dihampiri dua lelaki yang menunggang dua motosikal sebelum tiba-tiba mengacukan sebilah pisau ke arahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata suspek kemudian mengarahkan anggota terbabit menyerahkan barangan berharga miliknya sebelum berlaku pergelutan.

"Ketika mempertahankan diri, anggota dan dua suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an bergelut sebelum seorang daripada suspek mengelar leher mangsa dengan objek tajam dipercayai pisau.

"Meskipun dalam keadaan kecederaan yang serius, anggota berkenaan berusaha menahan suspek, namun mereka dapat melarikan diri tanpa sempat merampas barangan berharga milik mangsa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sekumpulan remaja yang melalui lokasi kejadian kemudian membantu menghantar mangsa pulang ke rumahnya sebelum dihantar oleh adik iparnya ke Klinik Kesihatan Gombak Setia, bagi mendapatkan rawatan.

"Akibat kecederaan serius dan memerlukan pembedahan segera, anggota berkenaan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kita sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek berdasarkan maklumat daripada mangsa sebaik dia selesai menjalani pembedahan pada lehernya," katanya sambil menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata anggotanya itu yang bertugas di Bahagian Tugas Am, Balai Polis Gombak, kini masih menjalani rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

9 comments:

  1. Hahaha...kalau penyamun perompak tidak dihukum berat maka inilah jadinya semakin berani sampai bunuh si mangsa begitu juga pencuri dll. Mrk ini memang dah jadi syaitan demi nafsu utk dptkan sesuatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Selagi hukum islam tak dilaksanakan maka selagi itulah jenayah tambah membarah di negara ini. Pas nak laksanakan hudud tetapi ada pula tangan2 org melayu islam sendiri menghalangnya dgn dibantu oleh pihak kuffar.

      Delete
    3. Negara paling aman didunia pun tak buat hukum islam.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Dulu...masa mula-mula timbul isu UG yang dihostkan oleh Haji Hadi, dia bermatian menafikan gerombolannya ada berunding dengan Umno.

    Akhirnya Pak Lah melondehkan pembohongan Haji Hadi.

    Sekarang Haji Hadi bermatian menafikan projek bergabung dengan Umno.

    Akhirnya Najib memberi respon yang amat positif kearah penggabungan itu dengan memberikan beberapa bukti tindakan mesra umno oleh Haji Hadi.

    PRU 14 nanti akan jadi Pakatan Harapan lawan Umno + Pas.

    ReplyDelete
  3. AWAS !!
    Budak Budak Dilarang Masuk !!
    >>> KLIK SINI <<<

    ReplyDelete
  4. Haji Hadi Awang mengutuk perbuatan ini sekeras-kerasnya dan pohon agar PDRM dan KDN mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin.

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Keadian Reform

    ReplyDelete
  5. samada parti mana pun...setiap muslim wajib menggunakan segala ruang dan kapasiti yg ada untuk tegakkan syariah Islam..
    tiada beza wajibnya setiap hukum yg ditentukan ALlah.. tidak sewajarnya mana mana muslim perlekehkan setiap usaha yg dibuat..
    biar kita usaha cari jalan..bukan hujah bagai pelbagai alasan..
    sebab nak sembang kencang berapa lama sangat...tiba ajal bersoal jawab la hingga akhirat...

    ReplyDelete