KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 30 December 2015

TRANSNASIONAL MAU TAMBANG BAS EKSPRES DI NAIKKAN.



Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang selepas lama tertangguh.

"Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna," kata Pengarah Urusan Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersil getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.

Nadzmi juga merupakan Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.

Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.

Pada majlis pemeteraian MoA itu, Pengerusi LGM, Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, penyelidikan yang dijalankan di kemudahan LGM di Sungai Buloh dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, membuktikan tayar getah asli sangat baik dengan prestasi cengkaman waktu basah.

Kerjasama antara LGM dan Nadicorp adalah untuk pengeluaran 500 tayar yang akan digunakan oleh bas ekspres di bawah KTB mulai 2016 hingga 2018.

14 comments:

  1. TIBA - TIBA, KIT SIANG TERINGAT NAK MATI???

    Heh! Lain macam kenyataan yang dibuat oleh Si Apek Kit Siang ni. Secara tiba - tiba je dia teringat kawan - kawan yang dah pergi meninggalkan dunia ni. Dia baru teringat nak mati ke?

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Krismas semalam, Si Apek Kit Siang ni turut menyebut mengenai dua orang pemimpin yang sudah pergi meninggalkan dunia.

    Antara lain, Si Apek Kit Siang ni kata, dua orang pemimpin yang disebutnya itu mengamalkan sikap keharmonian serta bertoleransi diantara kaum, agama dan juga budaya.
    "...pada Januari 2013, Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan membuat kunjungan sempena Thaipusam ke atas Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor di rumahnya di Pulau Pinang di mana mereka turut menyambut ulang tahun kelahiran Nik Aziz ke-82," katanya.
    Jika dilihat dari satu sudut, betul sangat apa yang dikatakan oleh Si Apek Kit Siang tu. Tapi, setakat itu je la keharmonian yang dijalinkan diantara mereka. Bab lain, tetap bertentangan jugak.

    Mungkin Si Apek Kit Siang ni lupa bahawa dalam bab perlaksanaan Hukum Hudud, Allayarham Nik Aziz tak pernah tunduk kepada orang lain, termasuk Si Karpal Singh tu sekali pun.

    Dia buat la kunjung hormat beribu kali sekali pun, tapi bab nak melaksanakan Hukum Hudud, Allahyarham Nik Aziz tetap bertegas untuk melaksanakannya walaupun ditentang oleh DAPigs.

    Dan mungkin Si Apek Kit Siang tu juga lupa, ketegangan diantara kaum serta agama yang ada sekarang ni pun bukan disebabkan oleh orang lain. Sebaliknya dicetuskan oleh puak - puak DAPigs tu jugak.

    Diorang yang mencipta kekeliruan dan menimbulkan perbalahan dikalangan masyarakat Malaysia dengan sentimen - sentimen perkauman untuk memecah-belahkan keharmonian Negara.

    Dan kejayaan puak - puak DAPigs tu mencipta perpecahan dikalangan rakyat Malaysia terbukti apabila mereka berjaya menghancurkan PAS dan mewujudkan parti pimpinan Si Mat Sabu tu.

    Andaikata Allahyarham Nik Aziz masih hidup sekali pun, sudah pasti dia tidak akan membenarkan DAPigs menjadi dalang kepada perpecahan yang berlaku didalam PAS pada ketika ini.

    Jadi, tak usah la Si Apek Kit Siang tu nak cerita pasal orang yang dah mati. Dia yang masih hidup sekarang pun tetap tak bertaubat jugak dari apa yang telah dilakukan selama hari ini. Kot ye pun kalau dia ingat nat mati, baik dia bertaubat awal - awal. Takut nanti tak sempat pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu kit siang nak tobat dia kena gi rumah kau lah. Kau bentang sejadah pastu ajar dia cara tobat cina. Kalu kau x komen, takde sape tahu kau ni mangkok hayun.

      Delete
    2. Hahaha... naik jgn tak naik, bukan ke malaysia dah maju pendapatan tinggi riban2 fulus byk. Kalau tak naik negara mundur tak maju siapa ckp byk jgn naik bas naik beca sampai juga utara ke selatan.kerajaan sungguh prihatin sebab tu gst dilaksanakan agar tauke besar tak dpt lari cukai rakyat dpt harga murah walaupun naik harga masih murah sebab ringgit nilainya tinggi boleh beli byk brg.biar kerajaan kaya wang msk byk2 baru boleh majukan negara, rakyat akan senang bila negara maju makmur aman sejahtera. Jenayah dah kurang byk kes dpt diselesai dgn segera, tgk berita hari2 tangkap pengedar dadah dan pelacur asing mcm mana negara tak bersih dari gejala jahat kotor maksiat.hidup melayu! Hidup melayu! Hidup melayu! Miskinkan kaum bukan melayu,susahkan bangsa bukan melayu agar meminta sederkah sama melayu!! Negara ini melayu yg punya!!

      Delete
  2. "GST dan Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan kos operasi meningkat" - setahu saya ada kenyataan dari pihak yang menyokong perlaksanaan GST ni yang mengatakan GST akan mengurangkan harga...adoyai pening2...
    "Kajian tentang tayar getah asli yang baik untuk cengkaman ketika basah" - diharap hasil kajian ini memberi manfaat kepada penoreh getah di negara malaysia ini...diharapkan supaya naikkanlah sikit harga getah tu supaya pendapatan penoreh getah dapat ditingkatkan...minta pihak berkaitan pertimbangkan...

    ReplyDelete
  3. tan sri, rajin rajin la naik bas ekspress tuan tu. sebenarnya terlalu banyak ruang ruang untuk menanggung kos tanpa menaikan harga tambang. service yg tidak cekap, pembaziran trip, kebajikan anggota tak terjaga, produktiviti yg rendah dan seribu satu isu yg boleh diatasi secara efektif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik jangan tak naik.kami rakyat tak ada kuasa ikut sahaja la.nanti menteri akan kata harga tiket bas mahal potong buluh buat rakit.kan free.kahkahkah

      Delete
  4. Ini semua UMNO punya kerja.. celaka UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan punai sehat lg cilaka, langsung x mkn nasihat

      Delete
  5. kata harus dikota...
    aku kena masuk UMNO nanti , skrg sbuk sket...
    takkan parit sulong ja ada skuad...
    cuma aku nk ketengahkan usul bagaimana nak melahirkan masyarakat yang beretika...


    #syiaharusditentang
    #nikmat_Allah_harus_disebut2
    #CIMB_08050002702205

    ReplyDelete
  6. Ahmad yaakob apa khabar?
    Esok sudah tahun 2016.
    Hudud dah laksana kat kelantan ke?
    Jadi ke nak letak jawatan?

    "Antara ciri orang munafik ialah apabila berjanji ia mungkiri"

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gampang punya komen...hadi udah nasehat boleh terus jd embi sbb sudah kawtim sama umno

      Delete
  7. Aq teringat sorang menteri ni, dengan sombong berkata "kejatuhan ringgit tidak akan beri kesan kpd rakyat". malah ada kebaikan katanya.

    ReplyDelete
  8. Janji umno jgn percaya.kononya gst akan d gunakan utk kurangkan beban rakyat. Tk pengundi umno. Pas lagi tak boleh percaya, jual beli agama utk masuk poket sendiri.

    ReplyDelete
  9. Tak hairanlah suatu hari nanti aktiviti berbasikal bukan lagi aktiviti sukan dan riadah, ianya akan jadi pengangkutan utama dimalaysia.

    Apa boleh buat sendiri buat kereta, sendiri jual mahal kepada diri sendiri.

    Harap gaji kerja pelawak dapat meringankan beban (bayar tol, gst dan beli kangkung, daging bila harga ayam naik)

    ReplyDelete