KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 13 December 2015

MAJLIS PELANCARAN PAN PERINGKAT PULAU PINANG TIADA NAMPAK KELIBAT PEMIMPIN PKR HADIR.


Semalam 12hb Disember 2015 jam lebih kurang 5.00 petang di Dewan JKKK Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsungnya Majlis Pelancaran PAN Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran penyokong sekitar 150 orang sahaja.

Pelancaran PAN peringkat negeri kali ini mengamit sedikit persoalan dimana dikhabarkan tiada pemimpin atasan PKR sebagai salah satu komponen penting dan utama dalam Pakatan Harapan hadir sama.

Selain Presiden PAN, Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu, pemimpin ulung Pakatan Harapan yang hadir memberikan sokongan padu ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pakatan Harapan Pulau Pinang YAB Sdr Lim Guan Eng.

Apa yang lebih memeranjatkan sekali boleh dikatakan pemimpin negeri PKR pun tidak juga kelihatan malahan anggota dan penyokong PKR pun semacam tidak nampak muka dan batang hidung.

Mengapakah begini sekali keadaan dan sambutan diberikan oleh PKR terhadap pelancaran PAN Peringkat Negeri Pulau Pinang ini????

Apakah PKR sudah mula menjauhkan diri untuk hadir setiap program dan acara anjuran PAN demi menjaga dan mengambil hati PAS yang kini sedang giat rancak memujuk untuk turut serta dalam Pakatan Rakyat????

Kalau pemimpin tertinggi PKR peringkat pusat tidak dapat hadir mungkin kengkangan masa dan jarak lokasi yang agak jauh tetapi bagaimana dengan pemimpin tertinggi PKR peringkat negeri Pulau Pinang????

Adakah ini suatu tanda permulaan sudah berlaku keretakan dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang?????

19 comments:

  1. Hanya DAP yg sayang kat PAN. ITU pun sebab PAN hamba abdi balaci taraf gunung Kilimanjaro bagi DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi Contoh DAP Anti Islam. Yang Dibenci orang yg sayang ugama. Itulah perangai PAN Imayam

      KOMEN KHUTBAH JUMAAT, EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DISIASAT.


      Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita.


      Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama.

      Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Seorang Exco Pulau Pinang mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

      Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama. “Malangnya, khutbah

      Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki. “Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan. “Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan
      Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu,

      Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.” Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

      Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu. Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

      Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama. Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.



      DAP Racist- mahu camput Khutbah Aidl Adha di Pahang

      Agenda Daily) – PAS menggesa agar DAP tidak campur tangan dalam urusan jabatan mufti bersabit teks khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), bulan lalu.

      Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menyokong pendirian Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang enggan tunduk dengan ugutan DAP agar pihaknya meminta maaf.

      “Khutbah yang berupa nasihat agama bagi umat Islam yang terikat dengan syarat dan rukun merupakan peringatan baik bagi umat Islam.

      “PAS mempunyai pengalaman bersama dengan DAP, (PAS) sangat memahami bagaimana sikap DAP terhadap penghayatan dan amalan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

      Pada 26 September lalu DAP Pahang menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf berhubung teks khutbah sempena Aidiladha yang mendakwa mereka menentang Islam.

      Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha dikeluarkan Jaip itu, umat Islam dinasihati bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu.

      Dalam pada itu, PAS menggesa seluruh institusi agama Islam turut berperanan menentang sebarang kemungkaran yang turut dilakukan oleh parti pemerintah.

      “Pas gesa DAP tidak campur tangan dalam urusan Jabatan Mufti yang mempunyai hak bagi mengeluarkan fatwa dan nasihat agama dalam pelbagai medium sama ada kuliah, ceramah atau khutbah. Nasihat agar umat Islam bersatu menentang kemungkaran agama dan syariat juga menjadi dasar dan matlamat perjuangan Pas.

      Delete
    2. PAN Imayam Kuali tak berani berkata APA APA tentang petikan2 diatas.

      Orang Melayu Dan India du tindas.oleh DAP, malangnya PAN Imayam menepuk tangan gembira demi Abuya Bukit Penang


      Dari sini pembaca2 PAN Imayam adalah pengkhianat. Satu sokongan kpd PAN adalah satu sokongan kepada golongan RACIST DAP

      Delete
    3. Hahaha.....asal pan teruskan gerakan lama2 rakyat akan menerimanya bila ikhlas berpolitik. Biarkan pkr kerana pkr sdr dlm perpecahan dgn pemikiran yg berbeda2 tiada tetapan dlm berpolitik ke arah tuju yg pasti!! Tiada anwar pkr hancur kerana merebut kuasa ,inilah yg terjadi pada pas yg akhirnya berpecah dua!! Tak kira kutukkan omak kau pada pan bertubi2 bagi yg mengenal pemimpin pan pasti akan menyokong dgn kewibawaan mrk. Pkr sekiranya masih tergapai2 tak pasti akhirnya hanya akan menguntungkan pihak lawan. Pakatan boleh jatuhkan bn dan sebab ini bn cuba melemahkan pakatan dgn penjarakan anwar akhirnya berjaya!! Bila sebuah party takkan kuasa hanya akan membunuh party inilah terjadi pada mca mic begitu juga umno dan pas pkr.harapan rakyat berkecai bila rakyat hampa pru nanti pasti byk yg tak mengundi akhir kemenangan tetap milik bn kerana kecewa.

      Delete
    4. parti PAN...kueh TAT...kah kah kah

      Delete
    5. Itu lah sbb dia benci pas, pas nak ikut 100% perintah Allah swt.. Kalau dia masih bersama pas dpt perintah msia, Melayu pas akan naik, lagi lah byk susah itu dap, dia guna lah barua utk huru hara kan pas.. Tapi pas tetap istiqamah dgn dasar Nya.. Tapi Melayu islam masih buta, yg hairan hari ini ramai bangsa cina dan India akui keadilan islam, sebahagian Nya terus menyokong pas.. Terus kan pdrm..

      Delete
    6. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. FaceBook PASMA mengconfirmkan bahawa PAN Imayam adalah lubuk Syiah.

    Link Facebook PASMA yg confirm, PAN ramai Syiah ada disini

    https://www.facebook.com/563090267126491/photos/a.563098060459045.1073741827.563090267126491/692773570824826/?type=1&fref=nf

    Kenyataan2 dari Facebook PASMA yg megiayakan PAN adalah LUBUK SYIAH aku copy paste kat sini

    “Alhamdulillah…

    “Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).

    “Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.

    Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.

    Ini aku copy and paste balik posting2 dlm facebook PASMA. SIla baca

    “Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob

    “Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu “Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.

    Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.

    “Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.

    ReplyDelete
  3. ucapan LGE tiada unsur babi tidak seperti ucapan presiden ug yg ada unsur babi,"babi dalam bukit" kahkahkah...

    presiden ug terlebih makan vitamin c produk dari USA agaknya.. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lah lge dap tidak npk luaran unsur babi sbb pan hazamkan dgn gelaran kinzir. Jadi macai pan pun apa lagi meroyan sakan lah memuji sifu ulung merekawalaupun hakikatnya lge dap merupakan racun yg akan membinaskan habis penguasan melayu di negara ini termasuklah golongan pengkhianat pan

      Delete
  4. Saya tidak pelik melihat arah tuju Haji Hadi yang teruja untuk bergabung dengan Umno.

    Sejarah telah merekodkan ada pemimpin popular Pas yang berjuang bermati-matian dalam Pas, pada akhir hayatnya, meninggal dunia sebagai ahli Umno. Dato' Asri Muda, seorang tokoh terbilang Pas sebagai contoh.

    Yang lain, yang masih ada ialah Nakha'i, Nsharudin Mat Isa walau pun tidak diketahui telah menjadi ahli Umno atau tidak, sekarang telah bersama dengan Umno.

    Jalan yang diambil oleh Haji Hadi menuju kearah yang sama. Waktu mudanya Haji Hadi sangat memusuhi Umno sehingga tergamak mengeluarkan "fatwa" mengkafirkan Umno.

    Tetapi sekarang, dengan fakor perubahan usia, perubahan kepentingan serta tidak berupaya mengatasi godaan nafsu telah membawa Haji Hadi memutar 360 darjah pegangannya dengan melongkangkan "amanat" sendiri dan mula menerima Umno.

    Perkara yang dinafikan sejak tahun 2008 sudah tidak dapat disorokkan lagi oleh gelombang nafsu yang bergelora dalam hati sanubarinya,sekarang sudah terdedah.

    Walau bagaimana pun, marilah kita bersyukur kerana dengan kehendak dan iradatNya telah membuka hijab untuk memberi peluang kepada kita dan semua ahli Pas mengenali apa perjuangan sebenar dan sekukuh mana pegangan Haji Hadi terhadap inti pati perjuangan Pas.

    Jika dilihat kepada kenyataan Timbalan Presiden dan juga seorang naib presiden Pas, amat-amat bercanggah dengan arah tuju Haji Hadi.

    Kita percaya mereka berdua ini adalah suara asing dalam Pas. Suara pemutus iaitu dewan ulama, mursidul am dan beberapa dewaN lagi memberi restu 200% kepada Haji Hadi untuk merealisasikan penggabungan dengan Umno.

    Timbalan Presiden dan Naib Presiden Pas ini nampaknya akan sekandang dengan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno.

    ReplyDelete
  5. Akhirnya berjaya juga si Zuhdi ini,Tentulah perancangan cukup rapi yg dibuatnya,dalam BAB ni Najib tidaklah bodoh untuk menawarkan PAS didepan khalayak ramai terutamanya di PAU.

    Najib tentulah mendapat GREENLIGHT dari si Zuhdi terlebih dahulu,sementara itu si Zuhdi tentulah dapat GREENLIGHT dari Hadi.

    Ada 2 COMMON ISSUEs yg di mainkan oleh Najib dan puak-puak Zuhdi.

    1. Issue Islam ,macam tak percaya Najib boleh bercakap pasal nak MengSyariatkan Malaysia in menjadi PERFECT.HADI dah ready dgn STATEMENT ini, apa salahnya PAS bekerjasam dgn umno untuk kepentingan islam.Untuk tidak mahu mengecewakan akar umbi, Hadi mula menyatakan umno kena menerima dasar-dasar islam terlebih dahulu.Di pehak Najib pula cukup bijak,dia tak menjawab disuruhnya BALACI MCA/GERAKKAN menjawab,dgn tak semena-mena president MCA/GERAKKAN sekata, mereka mengalu-galukan kemasukkan PAS tetapi bersyarat TIADA HUDUD.

    Dan jawapan Hadi seterusnya kita sudah menjangka.........BAGAIMANA JAWAPANYA TERDAHULU SEMASA dalam PR...Hudud belum sampai masanya lagi....dan PAS akan kutip kata-kata Yusof Qhardawi.

    2.Issue DAP...KENYATAAN NAJIB MEMANG SAMA MACAM SIZUHDI dan BALACI PAS berhujah..dap nak control semua orang..HABIS ISLAM,
    HABISLAH MELAYU JIKA DAP BERKUASA.. KESIMPULANNYA,MEMANG HEBAT THINK-THANK UMNO BUAT KERJA..(Teringat saya masa dalam dirty department dulu-dulu).

    Selepas ini,think-thank umno akan buat kerja, nak buat "PERSEMPADANAN SEMULA" dimana yg mana mereka ubah tahun 1999 dulu dikembalikan seperti biasa.

    Masa 1999 persempadanan majority 90% melayu diubah menjadi 50%,sebab masa itu majority orang melayu tak suka umno, umno menyangkakan orang2 non muslim tolak anwar/pembangkang.

    Umno memang tak sangka, DAP/PKR/PAS boleh bersatu sehingga 52% pengundi beri pada pembangkang.

    Itulah strategy umno yg pertama masukkan intelligent macam zuhdi, cari kelemahan PAS, MEREKA DAPAT.

    KELEMAHAN PERTAMA pas TERLETAK PADA PRESIDENTNYA.

    Kekuatan pembangkang kerana ANWAR.

    THINK-THANK Najib dah jalankan kerja ini sejak ambil alih tugas dari ahmad badawi dulu.

    1.Sekarang mereka dah BUAT, anwar dipenjara mengunakan sodomi 2.

    2. Hadi dapat diumpan dgn negara islam/Dan beberapa jawatan kerajaan.

    3. Nasha dilantik mengantikan saifudin.

    Sekarang PAS cuma mempunyai sedikit masaalah,tentang grass-rootnya.

    Di peringkaT Najib pula diperkenalkan undang-undang yg lebih dahsyat dari ISA. NAMPAK TAK PERMAINAN NAJIB DAN THINK-THANK UMNO. NAJIB NAK MEMERINTAH SAMPAI MATI,KERANA DIA TIDAK BOLEH BERI ORNG LAIN MEMERINTAH, WALAUPUN ORANG UMNO SENDIRI.SEBAB KES NYA TERLALU BANYAK,yang dia tak tahan ialah kes Altantuya,kes ini bolh bersabit hukum gantung sampai mati.

    SO di ahkir kata BETUlah cakap Timbalan presiden Amanah, Hadi memberi cukup oxygen pada Najibuntuk BERNAFAS.

    HADI TERLALU MEMERLUKAN "KEMULIAAN'selalu berlawanan dgn anwar,bila anwar dlm kerajaan 1981, Hadi nak berlawan dgn anwar dicptanya amanatnya 1981, bila anwar menentang kerajaan ,Hadi pula bersama kerajaan, dibuangnya amanat 1981.

    CUMA "KEMULIAAN" yg nak dicari HADI CUKUP HINA, Sanggup mengadaikan "PRINSIP" BERBEZA dgn Anwar, yang tidak mengadaikan "PRINSIP"nya samada dlm kerajaan ataupun diluar.

    Yang consistentnya ialah anwar sentiasa memprjuangkan rakyat disamping prinsip islam yg kukuh. Dipenjara "memanjang". Sentiasa dalam kesusahan, dihina difitnah, di belasah sehingga matanya lebam.

    Sementara perjuangan Hadi dibentang dgn "PERMAIDANI MERAH" tiada penjara, tiada dibelasah,tiada dibaling batu, sentias ada "wala" yg mengikutnya,walaupun dia selalu ponteng kerja.

    HADI mencari "KEMULIAAN" dgn cara "MATALAMAT MENGHALALKAN CARA"ASALKAN KENENDAKNYA TERCAPAI.PERSETANKAN AMANAT 1981 DULU. Wallah'ualam.


    ReplyDelete
  6. Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti.

    Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat.

    Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

    Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:

    1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu.

    Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?

    2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim.

    Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

    3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

    4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar.

    Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor.

    Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.

    Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

    ReplyDelete
  7. 5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan.

    6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup.

    Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar.

    Tidak percaya?


    7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR.

    Ingatkan dulu kita berperang?

    8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno.

    9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan.

    PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan.

    Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali?

    Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di hutan mana, di gunung apa, bas ini sedang berada.


    Terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Jawablah di dalam usrah dan whatsapp kalian. Fi amanillah. – 11 Disember, 2015.

    Saya faham dengan pernyataan di atas, yang berupa teguran dan sindiran kepada PAS daripada orang lama dalam PAS.

    Persoalannya sekarang, adakah ulama muda PAS yang 'bijak perpolitik' itu faham?

    ReplyDelete
  8. Hahaha.....sejak akhir akhir ini wajah kecewa mat sabu semakin hitam kering pucat layu tak bermaya manakala wajah tgha nampak ceria dan cerah sahaja,

    ReplyDelete
  9. Betul....wajah hadi sekarang nampak ceria.

    Dan pastinya bertambah berseri-seri selepas berpelukan dengan Najib minggu depan.

    Dah nampak dah yang bakal diperolehi.....

    Huhuhu.....disangka panas sampai ke petang....rupanya berjaya juga Najib perdaya Hadi....

    ReplyDelete
  10. Hadi=pas=bodoh=bangang=pengkhianat melayu dan islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabun=pan=bodoh=bangang =pengkhianat Melayu dan Islam.

      Delete
  11. Nasib baik ada Dap hadir kalau tidak jadi majlis ceramah dengan jin.

    ReplyDelete