KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 17 December 2015

YAPEIM TUBUH PUSAT SUKAN GOLF SIMULATOR GUNA WANG ANAK YATIM DAN MISKIN DEDAH NOW?????


“Ini bukan mengenai saya atau membersihkan nama beliau (Datuk Seri Jamil Khir Baharom).

“Ini mengenai kepentingan rakyat,” kata Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir selepas membuat pendedahan terbaru berhubung kegiatan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, Yapeim menerima sumbangan daripada pelbagai pihak yang membabitkan hampir setengah juta orang, dan sebagai pertubuhan amal, wang berkenaan seharusnya digunakan bagi membantu golongan yang memerlukan dan bukannya untuk membiayai kegiatan sendiri.

“Bagi saya, mereka saman saya dan saya perlu menjawab kepada mahkamah. Tetapi, rakyat tidak mendapat jawapannya.

“Lebih baik menggunakan pendekatan sebenar (menjelaskan kegiatan Yapeim). Maka, orang ramai boleh menilai dan mengembalikan semula kepercayaan kepada institusi (Yapeim),” tambahnya lagi ketika ditanya mengapa dia masih terus mendedahkan kegiatan Yapeim di sebalik saman sivil dan laporan polis dibuat terhadapnya.

Akmal turut menjelaskan bahawa isu yang dibangkitkan termasuk pendedahan terbaru itu sebenarnya sudah menjadi rungutan rakyat.

Pada sidang akhbar hari ini, Akmal mempersoalkan keperluan simulator golf yang dimiliki anak syarikat Yapeim, Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim Sdn Bhd (INPUT).

Berdasarkan Laporan Bajet Yapeim 2013 yang diperolehinya dan kemudian dikongsikan bersama media, ada beberapa rombongan perjalanan golf dibuat sepanjang 2013 membabitkan beberapa pemimpin, termasuk penubuhan Pusat Sukan Golf Simulator INPUT yang dinyatakan sebagai Program Sukan Korporat Yapeim.

Lokasinya dinyatakan di Mentari Business Park, Petaling Jaya.

Akmal berkata, beliau ingin tahu samada ia benar-benat dimiliki Yapeim atau INPUT Yapeim, berapa banyak yang ada dan kos pembelian serta penyelenggaraan simulator itu.

“Persoalan ini perlu dilihat kepada bagaimana Yapeim iaitu yayasan yang berasaskan konsep amal berasaskan misinya untuk `membangunkan masyarakat menerusi budaya amal’.

“Saya tahu syarikat lain biasanya mempunyai acara sukan korporat, tetapi mereka bermain badminton, squas.

“Namun, jika laporan ini benar, kenapa kami perlukannya? Saya tidak tahu kaitan acara sukan korporat yang khusus kepada golf.

“Mungkin mereka mahu menubuhkan pasukan golf untuk kejohanan. Rakyat akan mempersoalkan, mengapa golf?” katanya.

Selain itu, Akmal turut berkongsi bahawa berdasarkan Laporan Kewangan Yapeim 2014, yang diperolehi beliau dan turuut dikongsikan kepada media, simulator golf disenarai sebagai salah satu peralatan Yapeim yang mengalami susut nilai sehingga 20%.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Akmal berkata, dia melawat kawasan yang disebutkan dan mendapati ada Pusat Latihan Golf INPUT di Mentari Business Park, dengan papan tanda menyatakan ia dimiliki oleh INPUT Yapeim.

Sehubungan itu, Akmal berkata, perjelasan berhubung perkara itu diperlukan, sambil menekankan bahawa komitmen untuk menubuhkan pasukan petugas oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki diperlukan bagi mengadakan garis panduan mengenai pengurusan Yapeim.

6 comments:

  1. Pantang ada dana saja ...buat suka hati mak bapak dia saja ...dasar penyamun ...

    ReplyDelete
  2. Dah tau penyamun... kenapa derma lg.

    ReplyDelete
  3. Bangsa seugama merempat mintak bantuan mcm2 birokrasi
    belanja duit yayasan sukahati x pa memang dasar pukimak,kepala butuh pak dia,celaka anak anjing la puak2 ni......!!!!!

    ReplyDelete
  4. Bangsa seugama merempat mintak bantuan mcm2 birokrasi
    belanja duit yayasan sukahati x pa memang dasar pukimak,kepala butuh pak dia,celaka anak anjing la puak2 ni......!!!!!

    ReplyDelete
  5. golf tu kan permainan amal juga..
    bukan jualan, tarian, makan sambil derma sahaja yg kerja amal...
    ini fatwa mazhab mana entah le.

    ReplyDelete
  6. Sialan punya menteri agama! Muka pun fh macam setan...

    ReplyDelete