KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 22 December 2015

SILA TINGGALKAN PAS JIKA TERINGIN NAK BERGABUNG DENGAN UMNO .... USTAZ IDRIS AHMAD.



SHAH ALAM - Pas menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno.

“Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

“Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh. Persoalannya adakah Pas lemah?

"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pas mempunyai organisasi daripada peringkat majlis syura, AJK Pas Pusat, dan muktamar.

“Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, Pas hendak bergabung dengan Umno. Ingin saya tegaskan pandangan peribadi tidak boleh dipakai,” katanya.

Beliau berkata, ahli Pas juga perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti, bukan pandangan peribadi.

“Ahli Pas perlu hadir ke program dan dialog bersama pemimpin Pas.

“Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif, mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan Pas,” katanya.

53 comments:

  1. Percayalah umno sudah bertaubat. Demi Melayu kita kena restui gabungan Pas dan Umno. Semoga jawatan timbalan perdana menteri dilepaskan kepada Pas. Percayalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beginilah parti,yg selalu mengatakan membawa dasar islam,tetapi memandang rendah tentang DISIPLIN, cakap berbelit-belit, sering kali buat u- turn ,umpamanya tentang disiplin kerja,desiplin bercakap,desiplin berkawan,desiplin berjanji,semuaanya dianggap tak penting,disebabkan sikap "EGO",dgn kepandaian ilmu agama,mengangap orang lain semuanya bodoh dan boleh dicucuk hidung .Selalu mereka kata orang lain tak boleh jadi ketua,mereka sahajalah yg boleh lead dan pembuat dasar.

      Bila terperangkap dgn kata-kata dan perbuatan sendiri,mulalah u-turn yg menjadi mangsanya ialah orang lain dan islam sebagai cover up.

      Apa dah jadi kata2 TITM?,Apa dah jadi dgn tentangan Iskandar?Bila ditegur tuang president semuanya "MENIKUS".Islamlah menjadi mangsa lagi.

      Mungkin ada hikmahnya,Allah jadikan semuanya ini,sedikit demi sedikit orang2 ramai akan mengetahuinya.Sebelom ini orang ramai manyangkakan pergolakkan PAS,adalah angkara dari G18.

      Delete
    2. Salam,

      UG ni fitnah gang G-18 tu. Hari2 macai PAN Imayam spin cerita UG. aparaaaa

      Bawah sekali pasal apa TGHA cakap

      Tak mau cerita panjang mari kita baca apa Al-Brangi komen

      Bahayanya kalau termakan "dedak" walaupun hanya menghidu....


      Apa isunya berbaju sedondon?

      Di mana-mana majlis yang besar-besar seperti MaulidurRasul SAW, Musabaqah Al-Quran, Sukan Sea, Kooperasi, lazimnya panitia sambutan akan mengesyorkan VVIP yang datang terutama yang terlibat dengan perasmian akan memakai baju sedondon samada berpakaian batik, baju Melayu dan sebagainya.

      Bagi mereka yang kepala otak berserabut, kepala otak sudah tepu dek termakan dedak Dapig akan melihat perkara remeh temeh sebegi sebagai satu isu untuk menjustifikasi ratib mereka selama ini iatu UG...UG...UG...kononnya kalau ratib 1000 kali pagi dan petang akan cepat ke Putrajaya. Lebih malang lagi kalau mereka bangun malam meratib Ug 10,000 kali maka hasilnya akan bertambah cepat, seolah-olah PAS akan hancur bila-bila masa.

      Kehadiran DS Najib untuk merasmikan majlis alumni Al-Azhar itu serta TGHH memberi Ucaptama menambah lagi bukti bahawa Umno akan bergabung dengan PAS. Begitulah ceteknya pemkiran PAN, nama lagi PAN @ Kuali sebuah bekas berkarat hitam kotor dan jijik jika tidak dibasuh dengan sabun pencuci (dalam konteks orang, mesti dibasuh dengan Nur Islam)

      Takkan penganjur nak menemput Apek Tanjung buat perasmian dan Ostad Pandap beri Ucaptama.....apa kelas.
      Sudah semestinya pemimpin tertinggi Negara yakni PM dan Ulamak tertinggi Negara dijemput untuk merasmi dan memberi ucaptama.

      Soal penganjur mahu menggunakan peluang memberi 'pelampung' atau talian hayat kepada Umno agar mileage politiknya naik menjelang PRU ini, itu soal lain. Saya yakin PAS sudah membuat antisipasi dari awal-awal lagi. Tapi sekurangnya PAS dapat berucap dan menyampaikan mesej dakwahnya secara live seperti di bawah :

      Delete
    3. PERPADUAN UMMAH MERENTASI IDEALOGI

      Oleh
      DATO SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
      Presiden PAS


      Allah Maha Mengetahui, dunia akhir zaman dikurniakan dengan sedikit ilmu,

      kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (surah al-Isra': 85)

      Manusia dapat mencipta alat-alat yang canggih, untuk berpindah ke penjuru dunia dengan cepat, mendapat maklumat dalam masa yang segera, (maka) cukup bagi akhir zaman ini seorang Rasul sahaja, dengan mukjizat ilmu Al-Quranul Karim, membawa ajaran yang sama, iaitulah Islam. Firman Allah Taala:

      Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. (surah Ali-Imran: 83)

      Islam adalah petunjuk Allah merentasi tujuh petala langit dan bumi, merentasi segala makhluk, bukan sahaja manusia, bahkan makhluk yang ghaib, makhluk yang nyata, makhluk yang tidak bergerak, alam dunia sehingga alam akhirat.

      Rub'ie bin Amir, duta yang dihantar menemui Empayar Parsi, menegaskan:

      Allah yang menghantar kami (iaitulah mesej Islam) untuk mengajak siapa yang mahu tanpa paksaan. Daripada memperhambakan diri kepada sesama makhluk, kepada memperhambakan diri kepada Allah. Daripada kezaliman (daripada) berbagai ajaran, kepada Islam yang adil. Daripada wawasan dunia yang sempit, kepada wawasan yang sangat luas (daripada dunia sehingga hari akhirat).

      Menunjukkan Islam, yang disebut Ad-Din, tidak boleh ditakrifkan dengan agama dalam bahasa lain, ataupun religion dalam bahasa Barat. Buka dalam Ensiklopedia Barat, Britanicca dan sebagainya. Mereka mentakrifkan religion, mentakrifkan agama, tidak tepat dengan ad-Din yang dimaksudkan oleh bahasa Al-Quranul Karim. Kerana Islam khusus bagi manusia, di samping makhluk-makhluk yang lain, khusus bagi manusia, merangkumi fitrah, merangkumi naluri manusia itu, jasad, roh, akal, individu, masyarakat, dan hubungan manusia dengan makhluk-makhluk yang lain, menjadikan Islam merentasi seluruh alam ini.

      Al-Quran menegaskan kepada kita, Islam adalah agama asal, agama-agama lain teori dan ideologi datang kemudian, Firman Allah Taala:

      Delete
    4. Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. (surah al-Baqarah: 213)

      Ibnu Abbas RA menegaskan, ayat ini bermaksud manusia bermula dengan Adam AS, bukannya dengan monyet, bukan dengan zaman batu. Adam membawa ajaran Islam, agama yang asal. Setelah seribu tahun, wafatnya Nabi Adam AS, terdapat kalangan manusia mengadakan ajaran sendiri, agama sendiri, melantik tuhan sendiri, lain daripada Allah. Manusia yang mulia menyembah batu, binatang, dan sebagainya, mengadakan peraturan mengikut hawa nafsu.

      Allah mengutuskan setiap zaman Rasul yang silih berganti, berakhir dengan Nabi Muhammad SAW, yang diutuskan untuk merentasi seluruh dunia. Rasul akhir zaman yang saya maksudkan tadi, menjadi hikmat yang menakjubkan. Allah memilih Rasul itu di bumi Makkah, bumi yang kering, terpencil daripada tamadun, terpencil daripada kemajuan, dan ajaran-ajaran agama samawi dan tidak samawi yang besar. Untuk menyatakan bahawa, manusia tidak boleh menjalankan tugas di atas muka bumi, melainkan dengan membangun mengikut agenda dan peraturan Allah.

      Tamadun China berbangga dengan Tembok Besarnya, Tamadun Mesir dengan Piramidnya, Tamadun Babylon dengan bangunannya. Semua tamadun berbangga dengan bangunan-bangunan yang dibina. Maka Allah membina Tamadun Islam di akhir zaman dengan membangun insan, membangun manusia. Membangun manusia dahulu mengikut fitrahnya, membangun rohnya, membangun jasadnya, membangun akalnya, membangun individunya, dan dia bangun masyarakat dan negaranya.

      Sila lihat ayat-ayat yang pertama yang diwahyukan:

      Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah menciptakan manusia. (surah al-Alaq: 1) Menyatakan ilmu membangun manusia dengan ilmu.

      Delete
    5. Firman Allah Taala:

      Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (surah Quraisy: 1-4)

      Menjalinkan roh jasad, politik dan ekonomi, mengikut acuan Allah SWT. Quraisy yang hidup di bumi kering, tidak ada tanaman, tidak ada air, terpaksa musafir ke Timur dan Barat mencari sumber ekonomi. Dalam masa yang sama kecintaan kepada Kaabah, dia betulkan akidah yang benar, melalui bumi yang kering ini dibangun manusia, mengikut acuan Allah.

      Ilmu, iman, akhlak, ekonomi, politik dan segala-galanya, setelah tarbiyyah dalam masa 13 tahun, berhijrah ke al-Madinatul Munawwarah, dan membina masyarakat Madani. Banyak kita bercakap tentang masyarakat Madani, tanpa kita menjadi perkataan Madani, mesti diambil daripada Bahasa Arab. Madani ad-Din ataupun Tamadun, yang dihurai oleh Ibnu Khaldun, di dalam al-Muqaddimah. Allah menjadikan manusia satu keluarga, maka Islam merentasi Kaum dan bangsa,

      Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al-Hujurat:13)

      Maka risalah Nabi Muhammad SAW akhir zaman itu, membahagikan manusia kepada dua kumpulan. Yang pertama Ummah Dakwah, yang kedua Ummah Ijabah. Ummah Dakwah ialah seluruh manusia, Islam dan bukan Islam. Ummah Ijabah ialah manusia yang sudah masuk Islam.

      Semuanya adalah Ummat Muhammad SAW. Maka didirikan negara masyarakat majmuk. Bukan sahaja berbagai kaum, termasuk berbagai agama, di Madinah itu ada Arab, ada Yahudi, ada Parsi, ada macam-macam. Walaupun tidak besar, ada benihnya, berbagai kaum. Kerana Allah menjadikan manusia itu pada dasarnya, satu keluarga, walaupun mereka berbagai bangsa, mereka mesti bermasyarakat Madani.

      Delete
    6. bnu Khaldun mengatakan, Al-Insan, Madaniyyun Bit Tabii. Manusia tidak boleh hidup sendirian, tidak mungkin hidup seorang diri, tidak mungkin hidup satu bangsa, tidak mungkin hidup satu negara, mesti digabungkan hasil-hasil negeri, dengan negeri yang lain, kebolehan dengan kebolehan yang lain.

      Sehelai baju yang dipakai, memerlukan kapas yang ditanam. Pertanian, memerlukan traktor, galian, besi. Memerlukan Petroleum, memerlukan berbagai-bagai alat. Perlu digabungkan (sebagai) masyarakat madani.

      Maka Nabi Muhammad SAW membina Madinah itu membina masyarakat madani. Dengan mengajak manusia kepada Islam tanpa paksaan. Yang Islam, wajib patuh kepada ajaran Islam, yang tidak Islam, tidak dipaksa. Dan membuktikan bahawa Islam berjaya, menyatukan umat yang tidak mampu disatukan agama dengan ideologi yang lain. Quran menegaskan:

      Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (surah al-Hajj: 40-41)

      Islam dan penganutnya mesti berkuasa. Sejarah menunjukkan, kalau Kristian yang berkuasa, bunuh Yahudi. Yahudi berkuasa bunuh Kristian. Majusi berkuasa bunuh penganut agama lain. Bila Islam memerintah dengan Islam menunjukkan adil untuk semua. Apa yang disebut Islamophobia hari ini adalah fitnah terhadap Islam. Bercanggah dengan hakikat yang ada dalam ajaran Islam. Bagaimana Nabi kita Muhammad SAW melarang membunuh paderi, membunuh diplomat, membunuh utusan, membunuh rahib. Tiba-tiba bukan paderi yang dibunuh, gereja yang dibom, masjid yang dibom, di mana ajaran ini?

      Delete
    7. Hadis-hadis Nabi menunjukkan tidak boleh membunuh perempuan, kanak-kanak, orang awam. Disebut di dalam hadis, seorang wanita dimasuk ke dalam neraka kerana mengurung seekor kucing tidak diberi minum. Allah memberi rahmat kepada seorang yang memberi minum anjing yang najis mukhallazah, dapat Rahmat Allah. Bagaimana Islamophobia? Tidak menepati hakikat yang ada dalam ajaran Islam.

      Ketika Islam dilaksanakan, Islam telah berjaya membina Tamadun Islam. Negeri yang orang Islam masuk, orang bukan Islam masuk Islam berduyun-duyun. Berduyun-duyun orang masuk Islam. Lihat Jalan Sutera dari Negeri Arab sehingga sempadan China, ranap ajaran lain dan Islam. Lihat di Asia Tenggara, pedagang yang datang ke sini, ranap ajaran agama lain, kerana rahmat dan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Yang pertama, Islam mengajak kepada Islam. Yang kedua, Islam menggalakkan ilmu,

      Hadis Nabi, Orang yang (menjadi) pilihan dia masa jahiliyyah, (menjadi)pilihan dia masa Islam.

      Kalangan ilmuwan, sebelum kedatangan Islam dibunuh, ahli falsafah dibunuh. Arkitek dipotong tangan, kerana takut orang bikin istana macam Istana yang dibuat. Dalam sejarah Melayu, pemuda yang menunjukkan guna batang pisang untuk menentang todak yang menentang Singapura, walaupun itu cerita dongeng, itulah hakikatnya, dibunuhnya orang yang bijak.

      Islam mengambil orang yang bijak. Orang yang bijak, yang pintar di zaman jahiliyyah, bila bersama dengan Islam, dia disanjung tinggi bila dia seorang yang faham. Amar bin Asr, Khalid bin Walid, dan lain-lain lagi, adalah tokoh-tokoh di zaman jahiliyyah, disanjung bila dia bersama dengan Islam.

      Ada yang tak masuk Islam, Nabi bersabda, Kebijaksanaan barang tercicir kepunyaan orang Islam. Di mana dijumpa dipungut.

      Maka Islam mengambil ilmu-ilmu tamadun lain yang memberi faedah. Tamadun India, China, Parsi, Rom, Mesir dan lain-lain. Ada ilmuwan yang tak masuk Islam, disanjung dalam masyarakat Islam. Ilmu yang diambil dan diIslamkan ilmu itu, maka lahirlah Tamadun Islam. Dan Islam telah berjaya memerintah negara yang besar, dari Timur ke Barat, Utara dan Selatan. Dalam masa yang singkat, masa tak mengizinkan. Itulah kehebatan Islam. Zaman tidak ada hubungan yang cepat, Islam boleh memerintah negara yang besar dan juga berbagai kaum dan agama.

      Maka Barat tertarik dengan Tamadun Islam. Malangnya Barat ini mengambil tamadun kebendaan, tamadun duniawi, tidak mengambil akidah dan akhlaknya. Maka berlakulah kecelaruan pada hari ini. Betapa telah berjayanya Islam merentasi kaum. Ayat yang dibaca dalam muqaddimah,

      Delete
    8. Berpegang dengan tali agama Allah, jangan bercerai berai. (surah Ali-Imran: 103)

      Sebab nuzul ayat ini, apabila orang Yahudi menghasut Aus dan Khazraj, hampir berperang. Allah menurunkan ayat, dengan ayat al-Quran dengan akidah yang betul. Hilang semangat perkauman. Tak halang cinta kepada kaum, tak halang cinta kepada bangsa. Tetapi kecintaan kepada kaum dan bangsa dijadikan akidah, dijadikan akidah, Ini yang salah, sehingga hilang nilai yang betul dan salah, ini yang salah. Islam membetulkan hubungan kaum.

      Dalam Islam, lahir berbagai-bagai mazhab, sama ada mazhab politik, mazhab fekah, mazhab akidah, mazhab tasauf yang disebut tarekat. Orang Islam tidak berpecah di zaman dahulu, tidak bergaduh, kerana mereka berpegang dengan tali Allah, dengan tali Allah. Kerana para ulamak memainkan peranan yang sangat penting, yang sangat besar dalam masyarakat, mereka bukan sahaja berilmu, mereka adalah fakeh, memahami bagaimana nak menterjemahkan ilmu itu dalam menyelesaikan masalah. Walaupun berlaku peperangan zaman dan Siffin.

      Di zaman para Sahabat RA, tetapi para pemimpin sama ada di kalangan ulamak di zaman itu dapat menenangkan keadaan. Dakwah tidak terhalang, Tamadun Islam tidak terhalang. Orang Islam boleh menangani mazhab. Malangnya zaman mutakhir orang Islam, menghadapi cabaran ideologi yang dibawa oleh Barat, dimasukkan ke dalam pemikiran orang Islam. Apabila fahaman sekularisma yang memisahkan agama dengan cara hidup, menyebabkan teori-teori politik, teori-teori ekonomi dianut oleh orang Islam. Kerana mereka menyangka, itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Padahal, semua ajaran politik dan ekonomi sudah ada dalam Quran, ada dalam ajaran Islam. Mahu hendak atau tidak balik kepada Islam sahaja.

      Bahkan pembaharuan di dalam politik dan ekonomi baru ciplak daripada ajaran Islam. Contonya dalam politik, terdapat diktatorship, teokrasi, dan demokrasi Barat. Quran, menentang sekeras-kerasnya diktatorship, pemimpin yang berlagak jadi tuhan. Begitu juga teokrasi, ahli-ahli agama yang berkuasa penuh, ahli agama, ulamak yang berlagak, paderi-paderi berlagak macam Tuhan. Islam menentang sekeras-kerasnya.

      Barangkali demokrasi lebih dekat dengan Islam, hak rakyat, kebebasan mengkritik pemerintah, pemimpin boleh ditegur, pemimpin yang bersikap terbuka, ini ada dalam Islam. Tetapi malangnya demokrasi tidak ada akidah, masukkan akidah sahaja. Perlu disedari demokrasi Barat itu mengalami perubahan setelah orientalis mengkaji kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam.

      Di England, di Perancis, di German, sebelumnya mereka mengenali demokrasi purba yang diamalkan di Athen. Mereka tidak tahu nak membuat perubahan dalam negara, melainkan revolusi England, revolusi Perancis, revolusi German, revolusi Rusia dan Amerika yang mengorbankan beribu-ribu dan mungkin berjuta rakyat. Setelah mereka mengkaji kitab-kitab fekah yang dikarang oleh ulamak Islam, setelah wafatnya Nabi SAW, para Sahabat bermesyuarat memilih siapa yang menjadi ketua negara. Golongan Ansar mencalonkan Saad bin Ubadah, ahlil bait mencalonkan Ali bin Abi Talib. Kalangan Muhajirin mencalonkan Abu Bakar As-Siddiq RA.

      Delete
    9. Mana ad cerita Unity Government !!!!!!!!!!!! Macai PAN Imayam kaki SPin

      Delete
    10. Hadi Hadi bawa Pas ke tahun 1972...

      Pada tahun 1972 Pas bergabung dalam BN. Yang menyebabkan Pas masuk BN ialah Tun Razak dipehak Umno dan Dato' Asri disebelah Pas.

      Tahun 1978 Pas di sepak keluar daripada BN. Maka terpecatlah Dato' Asri dan Mustapa Ali daripada BN.

      Kemudian Dato' Asri sebagai Presiden Pas dikritik hebat oleh pemimpin lain dalam Pas yang akhirnya beliau terpaksa keluar Pas.

      Dato' Asri masih teringat-ingat kemanisan semasa dalam BN. Akhirnya masuk Umno. Dia meninggal ketika masih ahli Umno.

      DAN SEKARANG...

      Anak Tun Razak...Najib sedang mengulangi langkah bapanya. Najib disebelah Umno dan Haji Hadi disebelah Pas sedang mengulangi tragedi 1972 untuk Pas masuk balik BN.

      Nik Aziz antara yang menentang kemasukan Pas dalam BN dari dahulu hingga akhir hayat. Nik Abduh pula sangat menyokong Pas bekerjasama dengan Umno/BN.

      Apakah kitaran sejarah akan berulang sekali lagi? Pas masuk BN. Tak lama kemudian BN terajang Pas keluar. Pemimpin dan ahli Pas memberontak dan Haji Hadi keluar Pas, masuk Umno dan mati sebagai ahli umno.

      Pas bodo..

      Delete
    11. Hahaha....ni komen ke.... risalah nak tunjuk ajar ku sifu ke!! Pas ke ahli pas ke nak bergabung dgn umno biarkanlah sebab byk habuan boleh hidup senang kaya raya geng penyamun. Biar hidup melayu lagi senang lagi selesa kaum lain merempat ,baru melayu terbela di bantu oleh party besar pas dan umno.. hidup melayu!! Rakyat malaysia boleh minta sederkah sama okbm ...org kaya baru melayu.

      Delete
  2. PAS blh bersendirian, jahanam dgn umno..
    Nyawa dh smpai halkum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg Benar PAN Imayam bersengkongkol dgn DAP yg Anti Islam

      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

      Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
    2. Yg Benar President PAN Imayam Bersetuju dgn Karl Marx bahawa Ugama itu Candu Masyarakat.

      Siap aku bagi Reference lagi




      Interview dgn Mat Sabu, SIla baca link kat bawah ni Malaysiakini

      http://www.malaysiakini.com/news/166723

      "Jadi saya balik lepas PAS kalah teruk, tinggal dua kerusi sahaja. Saya terus ke pejabat PAS ambil borang jadi ahli pas. Jadi saya sertai PAS bukan sebab dasar Islam atau bukan Umno – atas demokrasi. "

      " Mohamad berkata beliau menyetujui petikan dalam satu teks tersohor oleh pengasas sosialisme moden – Karl Marx – bahawa agama merupakan candu bagi rakyat."

      Komen Aku: Dah la bukan kerana Islam, pakai Karl Marx plak sebagai pedoman. Nampak gaya Ibrahim Ali jauh lagi suci dari Mat Sabu. Elooo Mat Bertaubatlah kamu. Aku harap Majlis Agama seluruh Malaysia boleh ambil tindakan kepada Mat Sabu

      Jesse Labu Keadilan N9ERS

      Delete
    3. Yg Benar Mat Sabu Memuji2 Syiah Nasrullah

      Mat Sabu memuji HIZBULLAH . Sila Tengok Video ini. Mat Sabu Mengangkat Syiah Hassan Nasrullah Hezbollah

      https://www.youtube.com/watch?v=qwkcIETov_AA

      Bukankah Hezbollah meneyembelih kaum sunmah wal Jamaah di Syria. Mat Sabu, kamu yg extremist kamu kata orang lain plak.

      Delete
    4. Yg Benar perbuatan Mat Sabu memuji2 Nasrullah SYiah bertentangan dengan Majlis Fatwa

      SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

      Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

      “Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

      “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

      Delete
    5. Mungkin PAN Imayam tidak menghormati majlis fatwa dan kedudukan raja2 sebagia ketua ugama apabila president PAN Imayam memuji Syiah Nasrullah

      Delete
    6. Hujah2 ini tidak mungkin dapat dijawab oleh PAN IMayam kerana mereka PENGKHIANAT kepada Bangsa dan Ugama

      Delete
    7. Hadi Hadi bawa Pas ke tahun 1972...

      Pada tahun 1972 Pas bergabung dalam BN. Yang menyebabkan Pas masuk BN ialah Tun Razak dipehak Umno dan Dato' Asri disebelah Pas.

      Tahun 1978 Pas di sepak keluar daripada BN. Maka terpecatlah Dato' Asri dan Mustapa Ali daripada BN.

      Kemudian Dato' Asri sebagai Presiden Pas dikritik hebat oleh pemimpin lain dalam Pas yang akhirnya beliau terpaksa keluar Pas.

      Dato' Asri masih teringat-ingat kemanisan semasa dalam BN. Akhirnya masuk Umno. Dia meninggal ketika masih ahli Umno.

      DAN SEKARANG...

      Anak Tun Razak...Najib sedang mengulangi langkah bapanya. Najib disebelah Umno dan Haji Hadi disebelah Pas sedang mengulangi tragedi 1972 untuk Pas masuk balik BN.

      Nik Aziz antara yang menentang kemasukan Pas dalam BN dari dahulu hingga akhir hayat. Nik Abduh pula sangat menyokong Pas bekerjasama dengan Umno/BN.

      Apakah kitaran sejarah akan berulang sekali lagi? Pas masuk BN. Tak lama kemudian BN terajang Pas keluar. Pemimpin dan ahli Pas memberontak dan Haji Hadi keluar Pas, masuk Umno dan mati sebagai ahli umno.

      Pas bodo..

      Delete
    8. Betul tak aku kata Hujah diatas walaupun di copy paste berpuluh kali, PAN Imayam tak boleh jawab sebab semua ada reference. Kah kah kah

      Delete
    9. Gobira..gumbira..gembira..kami rakyat jelata nak ulang seruan lagi sekali. Tolonglah percepatkan gabungan pas umno secara resmi. Kami rakyat nak berkompang dan joget lambak.. 

      Atas nasihat tok mupti Mesir yang membela As Sisi , kemungkinan hadi akan berfatwa begini:

      - Umno bn telah dimaafkan. Telah terhapus segala dosa. Jangan dok mengata apa2 lagi.

      - Najid dah bertobat. Dia telah suci dari semua tuduhan. Jo low boleh balik dan yamseng habis2an.

      - Haram hukumnya melawan bn. Wajib patuh. Silap2 kena bunuh.

      - Haram memilih DAP dan gabungannya. Jahatnya mereka ni hingga tidak terampun dosa. Mencuri kayu balak dan duit 1mdb. Masuk neraka mereka ini..

      - Wajib patuh kepada undang2 baru keselamatan negara. Tak boleh nak kata dan tulis apa dah hal yang negatif tentang umno bn. Bn elok semuanya.

      - Saya (hadi) bersumpah akan membela umno dengan darah dan nyawa. Jangan main2 ye. Yang dah baiah, wajib ikut dan patuh. Kau nak masuk neraka ke?
      Akhir kata PAS tetap bodo..

      Delete
  3. Jawatan TPM pn blh kena tendang sesuka hati...
    Anwar muyidin...
    Tkyah la...biar umno bungkus, lg cepat lg bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Benar,

      Kerana PAN Imayam adalah BALACI DAP, mereka bersengkongkol untuk meletakkan nasib Melayu sebagaimana nasib melayu Penang dan Singapura

      https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/17/satu-persatu-kampung-melayu-dirobohkan-sebaik-sahaja-lim-berkuasa-di-pulau-pinang/

      Satu Persatu Kampung Melayu Dirobohkan Sebaik Sahaja Lim Berkuasa Di Pulau Pinang

      AIDCNews – 17/12/15 –Satu persatu kampung Melayu dirobohkan di Pulau Pinang sebaik sahaja Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri.

      Perkara itu didedahkan oleh Syed Imran Syed Ahmad dalam blognya, Kuda Ranggi.

      Berikut tulisan Syed Imran bertarikh pada 4 September 2009 bertajuk “Tanjong To’kong – secebis kisah”

      Satu demi satu kampung Melayu hilang atas nama pembangunan. Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan atas tapak bekas perkampungan Melayu di Pulau Pinang disempurnakan oleh kedua-dua pihak, iaitu pemaju swasta dan agensi pemerintah atau syarikat berkaitan kerajaan.

      Di kawasan bandar raya George Town, tiada lagi perkampungan Melayu dalam erti kata yang sebenar. Yang masih tegak tetapi tidak semestinya tidak akan rebah ialah beberapa buah kampung kecil seperti Kampung Makam (wakaf Sheikh Kassim) dan saki baki perkampungan Melayu di Tanjong Tokong.

      Di mukim Kelawai, umpamanya, kampung Melayu termasuk yang berada di sepanjang pantai yang kini terkenal dengan Plaza Gurney, Hotel G, Hotel Gurney dan Hotel Evergreen Laurel telah lama berkubur.

      Antara Kelawai dan Tanjong Bunga, kampung Melayu yang sebenarnya hanya wujud di Tanjong Tokong kerana beberapa buah kampung di Bagan Jermal, Bagan Atas dan Tanjong Tokong sendiri telah hilang ditelan pembangunan.

      Delete
  4. Pergi jahanam dng pas.....di penang lain action di selangork lain pulak tindakan parti ug tak ada pendirian ...ego dan jual hukum isle...suka u turn...kafir mmgkafir dsn.pecah belah umat isle...doa ko ko...laki bini anak beranak cerai berai...baiiah sedap montot pas...suka dengat ceramah bodoh dan pemalas baca buku....itu org PAS pukimak...musuh utama kamu dan otg melayu yg lain afalah ancaman pluralisma agama...lgbt dan libralisma...tak petnah sekali pun dlm ceramah ceramah bodoh pemimpin pas mrnrkanlan hukum dan tentangan pluralisma agama...PAS lahir dari prmimpin bodoh ego dan bebal....puiiiii

    ReplyDelete
  5. Apa sebenar yg Hadi mahu? Pangkat..harta..kekayaan.
    Tindak tanduk Hadi mmg menyusahkan rakyat. Dlm keadaan ekonomi yg meruncing dan tidak terurus ini, rakyat berharap agar pembangkang bersatu. Rakyat cukup tersepit. Keperluan harian meningkat tp gaji masih sama. Rakyat berharap ada suara di Parlimen yg membela mereka tp PAS bertukar wajah. Mesra BN/UMNO. Bersetuju apa saja yg BN bentangkan. Sia-sia mengundi PAS jika akhirnya PAS berpaling tadah. Mampukah PAS kekalkan kerusi pd PRU14 nanti?

    ReplyDelete
  6. 10:30 kau tu yg pukimak...full stop.

    ReplyDelete
  7. Berbaiklah dengan perompak, mudah-mudahan perompak itu akan bertaubat" kata pak lebai. Tetapi tahukah pak lebai keadaan mangsa yang dirompak itu. Susah dan teraniaya. Tidak kah memilih bersama serta membantu mangsa perompak itu lebih baik dari bersama dengan perompak itu? Dimana rasionalnya wahai pak lebai?

    ReplyDelete
  8. Adat tuan. Macai Pas asyik dgn komen mengatakan fitnah dan u-turn dln membela diri...utk mengaku salah jauh sekali. Tunjuk org sana sini yg salah. Kadangkala komen pun dah mcm macai umno...asyik putar belit. #tolakpas#tolakumno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolak treler PAN Imayam, sebab orang rata2 tak pot. Drebar treler pun dah blah. Masuk parti PKR. kah kah kah

      Delete
    2. Biarlah UMNO PAS berpelukan. Mudah- musahan tahun depan dapat anak.

      Delete
  9. pas duk putar belit dah.presiden dah peluk cium umno duk berlakun apa lg.patutnya hadi,din ayam kluaq pas kalau stetmen ni ikhlas.

    ReplyDelete
  10. SAPA KOMEN DALAM BLOG NI GUNA AYAT YANG SAMA ATAUPUN COPY PASTE DIA MENGAKU DENGAN SEPENUH HATI DIRI DIA DUNGU DAN TOLOL.SEBAB ORANG DUNGU DAN TOLOL JA TAK RETI BERHUJAH DENGAN AYAT SENDIRI. SEMUA NAK COPY PASTE. TAPI ORANG BACA PUN TIDAK. SEBAB BERULANG2. KAMON LA.JANGAN LAMA SANGAT JADI TOLOL. KESIAN KAT ANAK2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ulang-ulang copy paste komen yang sama ni kerja lebai bodo aka pasbodo

      Delete
  11. Idris ahmad ni sape???pesiden ke...baru jwtn timbalan dah eksen.pui.kalo xske,die la kene kuar pas...mcm pas ni die punye plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sepatutnya beliau jgn buat apa2 statement berkaitan perpaduan pas umno. Biarkan presiden yg buat statement.

      Delete
  12. “Kita duduk di atas muka dunia ini orang panggil tok guru, saya ini orang panggil tok guru, yang amat berhormat pun orang pangggil, tok guru pun orang panggil."

    "Hati saya kalau orang panggil menteri besar tidak ada rasa apa, tapi kalau sebut Tok guru itu berasa sesuatu gerun, berasa sungguh ke aku ini tok guru. Jangan-jangan orang sebut aku tok guru, sampai di akhirat kelak berdepan dengan Nabi Muhammad SAW jerkah, gapo dia. Benda lagu itu saya selalu duk fikir, kalau sebut tok guru gedebar sokmo (bedebar) dalam hati, sengoti (betul) ke aku ini tok guru. Kalau disebut yang amat berhormat tidak ada apa, perkara biasa. Benda hok mula dengan angkat sumpah sampai bubar parlimen, habislah cerita yang berhormat, tidak ada pelik apa. Moga (Perkara) pangkat derajat ini orang beri tetapi tok guru tak tahu siapa dia sebut. Tahu-tahu demo (mereka) panggil tok guru.

    Bila kita ini digelar oleh orang, orang panggil kita ini tok guru, ustaz dan sebagainya ertinya orang meletakkan harapan yang begitu sekali tinggi kepada kita, untuk kita memimpin dia berdasarkan kepada kita ini tok guru dan dianya tidak.

    Bila dia tidak tok guru dan kita ini tok guru, (maka) kerja tok guru ialah membetul perangai, tingkah laku, kerenah, peel manusia. Itu kerja tok guru. Kita tidak disuruh, kita tidak ditugas ajar orang mengenai dengan masak ke, mengenai dengan jahitan ke, mengenai buat kuih ke, mengenai baiki kereta ke, itu tidak profesion kita, itu tidak kerja kita.

    Kerja tok guru ialah;

    انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

    Maksudnya: Aku hanya diutuskan menyempurnakan keluhuran akhlak

    Bila Nabi Muhammad SAW meninggal dunia maka tugas baginda disambung oleh orang-orang tertentu yang dalam bahasa Arabnya dipanggil ulama, dalam bahasa Melayu dipanggil tok guru.”.

    ReplyDelete
  13. Tok Guru Nik Aziz tidak berasa cemas dengan kedudukan kewangan negeri Kelantan yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi sering pula disabotaj oleh pihak tertentu. Mengapa dia tidak cemas?

    Jawabnya ialah kerana ada perkara lain yang lebih mencemaskan dia. Apakah perkara lain yang begitu penting hingga mencemaskan dia lebih daripada masalah kewangan negeri yang tidak mencukupi itu ?

    “Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”.

    Kebimbangan begitu timbul kerana beliau telah melihat banyak sekali pemimpin di dunia ini bersikap demikian. Ada juga yang pada mulanya baik tetapi setelah agak lama berkuasa, fikiran dan sikapnya berubah kepada mementingkan diri, keluarga dan kroni.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya ramai penyokong DAP yang cuba mempengaruhi pembaca daripada kaum Melayu. Mereka sengaja memporak-perandakan parti-parti Melayu dan menjadikan negara ini mereka punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangguk lah kau macai umno!

      Delete
    2. Nape salahkan dap? kebodohan tuang g dan musodor adalah kerana kebebalan mrk. najib dah ngaku amek duit 2.6 b derma tok arab unta katanya tapi tuang g dan musodor ttp mempertahankan hujah perlukan saksi yg tgk baru nak percaya...musodor asyik dgn tak masuk akal.. hadoi la...cuba sekali 2 M ni perbetul balik statement depa, ok le sikit...tak le M sgt jdnya

      Delete
    3. Sendiri bodoh nak salahkan DAP.

      Presiden Pas memang bodoh. Yang cerdik habis kena halau.

      Ni...timbalan presiden dan dua naib presiden pun bakal kena halau gak ni...

      Delete
  15. Lawan tauke nampak..kang x pasal2..kena cop balaci amanah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tuan Ibrahim Tuan Man dan Iskandar samad ja. La ni di tambah Idris Ahmad pulak yg kuat menolak perpaduan pas umno. Mereka ini pecacai cina mca Dap utk merosakkan jamaah melayu islam di malaysia.

      Delete
  16. Haloooo anon 10.43..
    Apa nak diheran Dap anti islam. Apa nak dheran Dap tolak islam. Menentang pembentukan pemerintahan islam. Memang patut pun sbb dia bukan islam.

    Masalahnya Najib yg islam ni tak nak laksanakan pemerintahan islamik. Yg ni ada pelik.

    Kita yg islam x dpt memberikan contoh yg baik.

    ReplyDelete
  17. Senario parti politik malaysia skrg ni aku tengok masing2 lbh kpd politik strategi 'ambil kesempatan'...

    1. UMNO 'ambik kesempatan' dgn PAS yg bersendirian utk sokongan ats undi Melayu/ Islam dan survival Najib/UMNO saja
    2. PAS yg bersendirian skrg terpaksa 'ambik kesempatan' dgn UMNO utk sokongan ats nama dakwah dan undi melayu Islam
    3. PAN yg parti terlemah skrg melutut utk 'ambik kesempatan' pd DAP dan LGBT untuk sokongan ats slogan "Rahmatan Lil Alamin' dan undi bukan melayu
    4. DAP 'ambik kesempatan' dgn PAN utk sokongan undi Melayu dan LGBT
    5. PKR 'ambik kesempatan' dgn PAS utk sokongan undi Melayu

    Apa2 pun kita tengok PRU 14 nnt siapa kah yg kenaaaa...adakah strategi 'ambil kesempatan' mereka akan berhasil...kita tggu dan lihat

    ReplyDelete
  18. Tanyalah Hadi Awang dan semua ahli PAS yang lain adekah ayah , suami,abang, adik dan anak serta menantu lelaki mereka pernah terbunuh di kejadian peristiwa Hitam MEMALI Baling Kedah 30 tahun dahulu...???????Kalau mereka jawab TIDAK ADA...Huh..Tidak Hairanlah kalau mereka begitu teruja dengan UG bersama UMNO.....fikir-fikirkanlah wahai umat melayu islam dalam PAS

    ReplyDelete
  19. Kenapa pemimpin pas tidak mengikut jejak langkah tuan guru nik aziz...pemimpin yang paling disayangi..kata2 ditolak tepi oleh beberapa kerat pemimpin pas..dan yg sedihnya ramai penyokong pas tidak mengendahkan kata2 beliau..supaya jgan adakan kerjasama ataupun perpaduan...sedih tetap sedih tapi apakan daya...

    ReplyDelete
  20. Kata Tan Sri P.RAMLEE dalam 3 ABDUL...PAS ialah parti Melayu PENYANGAK....dan Si UMNO tu pulak Parti Melayu PENYAMUN....dah kena dah lah tu...Si PENYAMUN UMNO ..JUAL (TIPUKAN )..Si PENYANGAK PAS...untuk UG...hahahahahh...KAHKAHKAH...PADAN MUKA KAU PAS PIS PUS

    ReplyDelete
  21. Kata Tan Sri P.RAMLEE dalam ALI BABA BUJANG LAPUK....."Buah Dadu ni bukaNya 3 Kali aje...No 2 dah Kena REGISTER..kalau ante tikam 1 Dirham Ana Bayar 10 Dirham ,Kalau Tikam 10 Dirham ana byar Ribu ribu Billion Dirham....cepat tikam kita tenguk SAPA YANG KENA (kena tipu)...Haji Ali Najib Baba SI Penyamun kata kat Hadi Sotong Penyangak PAS "PRU ni kita buat UG (PAS & UMNO) Tapi HUDUD tu UMNO dah REGISTER...kalau UMNO menang nanti Duit 1MDB 2.6 Billion boleh bagi dan masuk dalam akaun PAS.....Tapi kalau PAS kalah Hadi Sotong pi balik jadi Nelayan mencadat Sotong kat Laut...HAHAHAHAHAHAHAH....PIKIR2KANLAH WAHAI MELAYU PAS PIS PUS.

    ReplyDelete
  22. Pas akan tenggelam dlm prn tahun depan n pkr, amanah n dap mendapat sambutan dr rkyt sarawak n akan menang bnyk kerusi tahun depan

    ReplyDelete
  23. Umno nak bergabung ngan pas adakah umno dah bersedia mendgr pandangan pas..adakah umno dah bersedia utk terima hudud..adakah umno dah bersedia utk mendgr teguran pas..adakah umno dah bersedia utk mengikut pas..

    ReplyDelete