KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 9 December 2015

MUHYIDDIN YASSIN TIDAK BERANI HADIR TAKLIMAT TERTUTUP PRESIDEN SEMPENA PAU 2015 MALAM TADI.



Kerusi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kosong malam ini. Bahkan, kelibat "jaguh" Melayu dari selatan tanahair itu turut tidak kelihatan di celah ratusan ahli di bawah.

Gelagat beliau ternyata amat mengecewakan para penyokongnya yang julang dan anggap dirinya seorang pahlawan Melayu yang berani berdepan dan bertempur demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Sekeping gambar mengesahkan kekosongan kerusi yang diletakkan antara Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bandingkan dengan sekeping lagi gambar yang dimuat naik ke akaun Twitter Bernama yang menunjukkan kehadiran ratusan perwakilan UMNO dari serata negara yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada Selasa malam.

“Tidak. Beliau (Muhyiddin) tidak akan hadir malam ini.

“Tetapi beliau akan ke mesyuarat Majlis Tertinggi esok,” menurut pembantunya ketika dihubungi semalam.

Muhyiddin dipecat dari Jemaah Menteri pada 28 Julai lalu selepas beliau mempertikaikan cara Najib mengendalikan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Di satu himpunan di Kampung Baru pada Isnin, Muhyiddin menggesa Najib supaya berehat sementara siasatan keatas 1MDB dan derma RM2.6 bilion sedang berjalan.

Apakah Muhyiddin Yassin jenis pemimpin yang rasa seronok dan bersemangat waja hanya didepan penyokong sendiri sedangkan terasa gugup dan gentar bila berdepan dengan penyokong UMNO yang tidak sealiran?????

Muhyiddin sedar betapa untuk meruntuhkan Najib dari tampuk kekuasaan bukannya mereka yang hadir di Himpunan bersama-sama beliau di Kelab Sultan Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur malam kelmarin tetapi didepan para perwakilan diPWTC semalam.

Para ketua bahagian dan perwakilan ternyata masih berpihak dan menyokong padu Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

3 comments:

  1. Kira sama level dgn Husam. Takut dgn cabaran:



    HUSAM MINTAK TUNDA, NAK BERSUMPAHNYA ENTAH BILA!!!

    Alasan demi alasan diberikan oleh Bekas Naib Presiden PAS ini dilihat sebagai satu langkah terdesak bagi membuktikan tindakan menghina kepimpinan PAS yang dilakukannya selama hari ini.

    Kalau sebelum ini, Si Husam tu dengan lagak SOMBONG dan ANGKUH telah mendakwa dia berani bersumpah Talak Isteri demi untuk membuktikan dakwaan yang dibuat terhadap PAS.

    Tapi sehingga ke hari ini, Si Husam Musa tu masih lagi tidak menjelaskan kepada ahli serta rakyat dikawasan dia tentang kenapa dia masih lagi tidak mengangkat sumpah Lafaz Talak tersebut.

    Sebaliknya, Si Husam tu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini meminta agar diberikan masa untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat bagi menjelaskan tindakannya.
    SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sedia untuk bertemu Dewan Harian Pas bagi menjelaskan mengenai teguran yang dibuatnya terhadap pentadbiran di Kelantan.

    “Saya menghargai kesediaan Dewan Harian Pas Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.

    "Memandangkan notis itu amat singkat, saya sangat menghargai jika SUA Pas dan Dewan Harian Pas Pusat dapat menangguhkan, sekurang kurangnya seminggu selepas saya berada dalam negara," ujar Husam dalam satu kenyataan.


    "Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu," ujarnya.
    Secara tidak lansung, alasan yang dibuat oleh Si Husam yang meminta penangguhan itu menimbulkan keraguan dikalangan ahli PAS seolah - olah dia tak yakin dengan dakwaan yang dibuat.

    Kenapa Si Husam tu perlukan masa untuk menyediakan apa yang diperlukan sebelum berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sekiranya dia yakin dengan tuduhan yang dibuat?

    Dan yang lebih anehnya, kenapa Si Husam tu beria - ia sangat nak berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sedangkan sebelum ini dia dengan lantang mendabik dada nak angkat sumpah Talak Isteri? Takkan Si Husam tu hanya setakat pandai bercakap tapi TAKUT nak menyahut cabaran itu sendiri!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Ikuti ajaran Syiah ia jalan sebenar Islam

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Reformis Sebenar
    Keadilan Reform

    ReplyDelete