KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 12 December 2015

PAU 2015 ... KEDUDUKAN NAJIB SEMAKIN KUKUH .... MUHYIDDIN, MAHATHIR DAN SHAFIE SEMAKIN RAPUH .. KEJAYAAN BESAR BUAT NAJIB TEGAS HAMID ALBAR


Perhimpunan Agung Umno 2015 menjadi kejayaan buat Presiden Datuk Seri Najib Razak, dan juga memberi isyarat ruang perdamaian bersama Timbalan Presiden Tan Seri Muhyiddin Yassin tamat, kata veteran parti Tan Sri Syed Hamid Albar.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, para perwakilan menyatakan dengan jelas mereka mahu Najib terus memimpin parti, manakala perdana menteri sendiri tidak memberi sebarang ruang kepada sesiapa sahaja untuk mengkritik beliau.

"Dalam ucapan ringkasnya, beliau mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin Umno – dalam dewan yang penuh kekuatan dan sokongan," tulis Syed Hamid dalam Facebooknya.

"Dalam dewan itu ada mesej jelas kedudukannya sebagai presiden...mesej itu ialah, jangan mencabarnya kerana beliau bersedia untuk menghadapinya dan mempunyai sokongan daripada semua perwakilan.

"Perhimpunan agung yang berjaya bagi presiden. Ruang perdamaian sudah berakhir.”

Beliau berkata Najib secara umum bercakap menentang pengkritik utama dalam parti – Muhyiddin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, dan bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin dan Shafie juga tidak terkecuali dengan kritikan pedas beliau kerana tidak setia dan gagal mematuhi dan menggunakan saluran betul dalam mengetengahkan ketidakpuasan hati mereka.

"Malah bekas presiden Umno Dr Mahathir tidak terkecuali kerana Najib mengingatkan beliaulah yang memastikan Dr Mahathir memenangi pertempuran dengan Tengku Razaleigh," kata Syed Hamid merujuk peristiwa 1987 di mana Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah gagal menjatuhkan Dr Mahathir.

Syed Hamid berkata ia adalah kali pertama beliau melihat Najib memetik perlembagaan parti dan menjelaskan tanggungjawab kepimpinan tertinggi, sambil menambah tidak ada ruang sesiapa sahaja berhujah, menunjukkan tidak setia, atau mengkritik kepimpinan.

"Beliau memetik ayat al-Quran di mana Allah menyuruh untuk setia kepadaNya, Nabi SAW dan kepada raja-raja, dalam kes kepimpinan beliau.

“Oleh itu, beliau menuntut kesetiaan mutlak daripada ahli-ahli parti."

8 comments:

  1. Puuuiiih mampuuuiiih la dgn kao punya kukuh tu...terjerit2 kt pwtc mvm berok nmpk mcm hebat la, muyudin langsung tk bg ckap...
    Apa punya demokrasi, lanciao la lu...

    ReplyDelete
  2. Apa susah sangat..tubuh jer parti baru..umno mesti bungkus..x pun masuk pakatan harapan..lepas tu vagi jawatan jkkk jer utk muhyiddin ni

    ReplyDelete
  3. Aku mula sangsi bila membaca posting omak kau akhir2 ni,nampak begitu lunak pada najib dan umno .kalau jadi kenyataan kerjasama pas/umno nampak gayanya aku pun akan ikut kawan2 join amanah sbb luka aku dek perbuatan umno xkan pulih sampai kiamat

    ReplyDelete
  4. Tepuk tangan kerana gah bercakap bukan bermakna sokongan. Rakyat boleh berfikir, bukan bodoh. Sekejap kata peyumbang seorang, sekejap ramai, dah tu kata sebuah kerajaan kerana Islam pula, punyalah nak bohong sampai tercekik sendiri. Memalukan Islam shj.

    ReplyDelete
  5. X payahlah nak komen Mid ! Bahagian kota tinggi tempat kau org umno sana pun x nak kau lagi. Jaga je SPAD tu baik2,jawatan tu kan najib yg kasi. Bodeklah dia baik2.

    ReplyDelete
  6. Setakat nk tepuk tangan dlm dwn tu sape pun boleh buat, PRU nanti mampuuuihhh la ko najib...
    Jgn perasan lebey ye malaon!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Nampaknya pembangkang tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rakyat masih memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan Pusat. Jangan lupa yang pihak pembangkang hanya suka mewayangkan diri sendiri. PKR masalah DEIG, DAP vs PAS, AMANAH proksi DAP...

    ReplyDelete