KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 17 December 2015

VAPE BERNILAI RM380,000 DIRAMPAS DALAM SERBUAN PERTAMA DI JOHOR.


Polis Johor merampas sejumlah 190 peralatan vape dan 6,924 botol e-cecair vape bernilai kira-kira RM380,000 dalam serbuan pertama terhadap kelengkapan vape selepas perintah yang dikeluarkan oleh Sultan Johor.

Operasi besar-besaran pada tengahari Selasa lalu, menyaksikan kerjasama agensi penguatkuasaan membabitkan polis; Kementerian Kesihatan (Cawangan Farmasi); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Majlis Bandaraya Johor Baru; Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kastam.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata operasi yang dijalankan pada jam 4 petang itu meliputi kawasan bandar di Century Gardens dan juga Larkin, di mana tiga premis diserbu.

“Serbuan dan rampasan dibuat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Racun 1952, yang membolehkan penguatkuasaan dibuat terhadap peniaga yang dipercayai menjual e-cecair vape yang mengandungi nikotin tanpa lesen atau kebenaran.

“Kami (polis) ingin menekankan bahawa serbuan dan rampasan yang dibuat adalah mengikut undang-undang,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Wan Ahmad, berkata polis turut menahan empat lelaki berusia antara 23 dan 70 tahun dalam operasi itu, untuk disoal siasat.

“Suspek, dipercayai sebagai pemilik dan penjaga premis, kemudian dibebaskan pada hari yang sama selepas polis merakamkan kenyataan mereka.”

Ketua Polis Negeri itu berkata, premis yang diserbu turut didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dan mempamerkan iklan tanpa permit, gagal mendaftarkan cawangan selain tidak mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan.

Mengulas mengenai isu perniagaan vape di Johor dijalankan `dalam diam’ atau dijual secara dalam talian, Wan Ahmad, berkata pihak berkuasa akan memantau dan mengambil tindakan yang berpatutan.

“Polis adalah sebahagian daripada pasukan petugas anti-vape negeri, yang dipimpin Ketua Jabatan Narkotik Johor, Zulkifli Ali dan kita akan terus melakukan serbuan.

“Polis akan turut melakukan serbuan di rumah jika kita mendapat maklumat bahawa ada antara mereka yang menjalankan perniagaan mereka di rumah,” amaran Wan Ahmad.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memerintahkan larangan terhadap vape dan perniagaan berkaitan vape pada 29 November lalu dan larangan di seluruh negeri berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.

14 comments:

  1. Marah la mentri ninja turtle nnti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah... nak berniaga biar yang halal

    ReplyDelete
  3. Meniaga vape ni popular macam ceramah pas..

    Ramai yang suka dengar tapi bila PRU kecundang memanjang

    ReplyDelete
  4. patut haramkan vape seluruh Malaysia.vape bukan setakat jadi alternative pada perokok yang nak tinggalkan rokok,tetapi dah jadi budaya pompuan2 sengal yg gatai nak isap jugak.

    ReplyDelete
  5. Larangan tahun depan....tahun ni buat serbuan....mana satu yg betul....x paham x paham

    ReplyDelete
  6. rokok tak rampas ke...
    arak tak rampas ke..
    semua tu sama haram macam vape juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nikotin rokok dikececualikan dari akta racun. Arak org islam dilarang beli.

      Delete
  7. Rumah pelacuran dah bersih ker di JB. Ada lesen dan halal agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan di JB semakin baik dan terkawal dari masa kesemasa hasil penguatkuasaan berterusan pihak berkuasa.

      Delete
  8. Berhenti hisap rokok dan vape ... Baik untuk kesihatan...

    ReplyDelete
  9. Rokok seludup berlambak dijual dan di hisap, pihak berkuasa sila ambil tindakan , ada juga angota pihak berwajib menghisap rokok seludup. Sila ambil perhatian. Jangan kerana vape rokok seludup dilupakan.

    ReplyDelete
  10. Selepas Johor dan Kelantan, hari ini giliran Kuala Lumpur melarang penjualan vape.


    Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibrahim Yusoff, berkata pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang lesen bagi penjualan vape.

    Katanya, setakat ini, DBKL menerima hanya satu permohonan untuk lesen jualan vape dan telah menolak permohonan itu.

    “Kita tidak keluar lesen lagi...Vape ini baru, setakat ini saya tengok satu permohonan sahaja.

    “Saya juga telah meminta semua kedai runcit untuk tidak menjual vape, kita nasihatkan mereka supaya keluarkan vape,” Ibrahim kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

    ReplyDelete
  11. Syabas, Johor jadi contoh. Terbaikkkk

    ReplyDelete
  12. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa negeri lain agar mengikut jejak langkah kerajaan negeri Johor dan Kelantan yang mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape.


    Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow berkata pengharaman itu tidak seharusnya terhad kepada vape malah perlu diperluaskan kepada penggunaan shisha stick yang kini semakin popular penggunaannya oleh generasi muda terutama pelajar sekolah.

    "Kami mahu semua negeri termasuk kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penjualan vape ini. Jangan tunggu lagi sehingga ia menjadi satu krisis. Kalau kita lihat golongan muda termasuk pelajar sekolah yang banyak menggunakan vape ini.

    "Sekarang yang terlibat adalah pelajar dengan banyak kedai sekitar kawasan sekolah menjual vape dan shisha ini. Justeru, kita mahu PBT (pihak berkuasa tempatan) ambil tindakan tegas ke atas kedai yang jual barangan vape dan shisha di kawasan sekolah," katanya kepada Bernama.

    Kelantan menjadi negeri kedua selepas Johor mengharamkan penjualan vape.

    - Bernama

    ReplyDelete