Tuesday 1 December 2015

BERITA GEMBIRA KEPADA YANG KERAP GUNA PERKHIDMATAN ERL ..... KADAR TAMBANG ERL NAIK SEBANYAK RM20 UNTUK PERJALANAN SEHALA MULAI 1 JANUARI 2016.



Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata, kadar baharu itu lebih rendah jika mengikut perjanjian konsesi iaitu kenaikan kepada RM64 bagi perjalanan sehala.

Katanya, ERL memahami kesukaran rakyat yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Sehubungan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan korporat untuk membantu meringankan beban pengguna susulan kenaikan itu.

“Kami akan terus mencari jalan untuk mengurangkan kesan kenaikan ini tanpa berkompromi dengan mutu perkhidmatan dan piawaian keselamatan, ” katanya menerusi kenyataan media.

Noormah berkata, antara usaha itu ialah mengadakan kerjasama dengan MasterCard untuk menawarkan potongan harga yang menarik.

Sebagai contoh, katanya, penumpang yang menggunakan MasterCard hanya perlu membayar RM40 iaitu RM5 lebih mahal daripada harga lama RM35.

Katanya, potongan harga sehingga 20% bagi pengguna sesetengah kad kredit juga akan disediakan dan ERL sedang berbincang dengan bank-bank terlibat.

Bagi pengguna yang membeli tiket secara dalam talian, aplikasi di telefon bimbit dan kioks ERL akan menikmati diskaun 10% sama seperti pengguna yang menggunakan Kad Touch N Go.

9 comments:

  1. DAP tidal membantah sebab ramai naik public transport INI orang Melayu Dan orang India.


    http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


    APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

    Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

    Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

    BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

    Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

    Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

    Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

    Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

    Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

    Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

    Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

    Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

    Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

    DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata2 PAN tidak menghiraukan kesusahan orang Melayu berugama Islam sunnah kerana kasih mereka kepada DAP Dan kelompok Syiah yg benci kepada Ah lul Sunnah Dlm PAN


      IRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?
      SEPTEMBER 28, 2015
      AIDCNEWS
      LEAVE A COMMENT
      AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.

      Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.

      IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.

      “Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.

      “Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.

      “Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.

      “Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.



      Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.

      “Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.

      “Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.

      Delete
  2. Hanya orang racist dari DAP akan memaki kaum lain

    TONY PUAKA TERKEDU DIMAKI AHLI PKR!!!

    Tony Pua yang melakukan satu kunjungan di bazar di Sungai Way melahirkan rasa kesal dan menfitnah tindakan peniaga India yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya baru - baru ini.

    Malah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga turut terkejut dengan kelakuan samseng yang dipamerkan oleh peniaga dikawasan berkenaan ekoran diarahkan berpindah ke tapak yang baharu.

    Tambah memalukan ialah apabila menurut Tony Pua, peniaga - peniaga India yang berkelakuan samseng disekitar kawasan tersebut telah dikenal pasti dan merupakan ahli PKR.

    Oleh itu, beliau akan membuat aduan kepada PKR untuk mengambil tindakan tegas kepada peniaga India yang merupakan ahli PKR ini dan beliau yakin PKR akan mengambil tindakan terhadap aduannya itu.

    Pua berkata, tindakan peniaga di situ sememang kurang ajar dan beliau berharap aduan beliau kepada PKR itu akan diambil serius memandangkan peniaga disitu rata-ratanya ahli PKR.
    "Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," kata Pua.
    Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan kepada aduan mengenai kesesakan lalu lintas dikawasan tersebut.

    Selepas digertak oleh peniaga - peniaga bazar disitu, Pua tetap menegaskan bahawa keputusan untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan segera.

    Sememangnya, jika selama hari ini, pemimpin DAP sering kali menuding jari dan menyalahkan parti lain apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu tidak dapat diselesaikan oleh mereka.

    Kali ini, DAP menuding jari kepada PKR dengan mengatakan peniaga bazar di Sungai Way yang bertindak gangster itu merupakan ahli PKR dan beliau mahu PKR menyelesaikan perkara tersebut.

    Sungguh mudah menjadi pemimpin DAP kan... dahulu Pas sering menjadi mangsa DAP apabila DAP tidak dapat menyelesaikan satu masalah. Kini DAP mula menjadi PKR sebagai mangsa baharu mereka dalam insiden peniaga India diarahkan untuk berpindah. - (Sumber Asal: UtaraNews)

    ReplyDelete
  3. PAN dibelengu clan Syiah dalam parti Dan.hanya reti.mrnfutnah majority orang Islam di Malaysia.

    DAP pula anti Islam Dan anti kaum India.

    Mana ada masa nak.fikir kesusahan rakyat

    ReplyDelete
  4. SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

    Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

    “Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

    “Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

    “Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

    Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

    Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

    "Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

    Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut di negara ini.

    Namun, beliau berkata, ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.

    “Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

    “Itu yang kita bimbangkan, lama kelamaan jika mazhab ini terus disebar dan menular akan berlaku perpecahan ummah yang selama ini kita bersatu dan hidup dengan harmoni,” tambahnya.

    Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kenyataan Jamil Khir yang bercanggah dengan kenyataan Jakim sebelum ini, Abdul Shukor berkata beliau telah diberitahu kenyataan menteri itu merujuk kepada pengamal asal ajaran tersebut sahaja.

    “Saya ada berjumpa dengan Jamil Khir dalam satu program, dia telah membetulkan balik kekeliruan yang timbul mengenai kenyataan yang membenarkan ajaran Syiah terus diamalkan di negara ini,” jelasnya.


    Kongsi berita ini:
    Share on facebookShare on twitterShare on pinterest_shareShare on whatsapp
    ARTIKEL BERKAITAN

    Tapis sebaik mungkin, pastikan tiada unsur Syiah

    Elak sebar fahaman Syiah menerusi tulisan

    Setiap negeri mesti sekat ajaran sesat

    Hukuman lebih berat kepada pengikut ajaran sesat

    Imam perlu agresif lapor jika ada ajaran sesat

    Jangan pandang ringan ajaran sesat

    5,000 pengikut ajaran Millah Abraham dikesan

    Yaman: Syiah kenal pasti lokasi pelajar Malaysia

    Enakmen anti-Syiah berkuatkuasa bulan ini
    Harus tahu bezakan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar
    www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih banyak MBAH karna melalui jalan togel ini saya sekaran sudah bisa melunasi semua hutang2 orang tuasaya di BANK bahkansaya juga sudah punya warung makan sendiri itu semua berkat bantuan MBAH SURYO yang telah membarikan angka 4Dnya kepada saya dan ALHAMDULILLAH berhasil,kini saya sangat bangga pada diri saya sendiri karna melalui jalan togel ini saya sudah bisa membahagiakan orang tua saya..jika anda ingin seperti saya HUB: MBAH SURYO 0823-4299-7888 nomor ritual MBAH SURYO memang selalu tepat dan terbukti..silahkan anda buktikan sendiri...

    ReplyDelete
  6. Oh.... kenaikan itu tak memberi kesan apa2. Patutnya naikan hingga rm200.00 satu perjalanan. Itu pun masih murah lagi.

    ReplyDelete
  7. best.... syok.... cam ni ni la...duk ngatakan umno.. duk ngata kat dap, pan... ajak debat kecut teloq... maklumlah ahli pas kan semua hebat2.. solat tahajjud tiap2 mlm.. puasa sunat selalu.... bagus kipidap....

    ReplyDelete
  8. omak kau sokong la kenaikan semua ni.sebab dia sokong hadi najib.weeii omak kau,kata nak delete komen yang xda kena mengena dengan tajuk??x buat keja pon.delete la.menyemak ja.sembang kencang.sibuk p kenduri pas kah???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...