PKR akhirnya bakal memilih antara PAS atau Pakatan Harapan berdasarkan pencapaian parti masing-masing selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14)
Hakikatnya strategi yang diambil PKR hari ini hanya bersifat sementara yang tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama.
Kalau dipandang secara luaran dan sedikit kajian mendalam secara rambang, ianya merupakan tidak lebih hanya strategi sementara PKR untuk mereka menghadapi PRU nanti untuk melihat apa kekuatan sebenar parti-parti yang ada ini. Sebab itu dalam beberapa aspek kita lihat PKR akan kerjasama dengan PH tapi pada masa sama ada kesinambungan dengan PAS .
Boleh dikatakan, sekarang ini PKR beli masa untuk menilai sebelum memilih. Selepas PRU14, PKR akan lihat berapa nombor blok pembangkang yang tinggal. Kemudian baru boleh buat pilihan.
Pada kongres Nasional PKR ke-11 baru-baru ini, perwakilan-perwakilan parti itu lantang menyatakan pandangan agar PKR tetap meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun parti Islam itu tidak lagi dalam pakatan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan.
Meskipun PAN diharapkan dilihat sebagai pengganti PAS dalam blok pembangkang, namun PKR juga pasti sedar kapasiti parti serpihan itu tidak mampu menandingi PAS.
Dari segi akar umbi, jentera, jumlah pengikut, pengalaman, dedikasi,komitmen dan macam-macam lagi.
PKR cuba mengimbangi kedua-dua parti. Menjalin kerjasama dengan PAN dan DAP tapi tak boleh tinggalkan PAS.
Paling idealnya sebagai gabungan pembangkang sebarang perubahan kerjasama dalam Pakatan Harapan perlu dibuat segera bagi memberi ruang kepada parti dan penyokong menyesuaikan diri sebelum PRU.
Isu ini agak kompleks tapi Pakatan Harapan tanpa PAS perlu buat keputusan segera. Pakatan Harapan perlu memikirkan masa depan sekiranya bersama PAS atau tidak. Jika menawan Putrajaya sebagai agenda dan nawaitu utama dalam pembentukan Pakatan Harapan maka mau tidak mau suka atau tidak dibantah keras oleh sesetengah komponen, Pakatan Harapan kena juga bersama-sama dengan PAS.
Jika perubahan dibuat pada saat-saat akhir ia hanya akan beri kesan dan impak yang amat buruk.
Jelasnya, mana-mana keputusan parti pembangkang itu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi.
Ada dua tahun lagi untuk tarik sokongan. Sekiranya ketepikan PAS, Pakatan Harapan akan menyaksikan sokongan luar bandar, desa dan rancangan Felda termasuk dari kalangan kakitangan awam terjejas teruk.
Moralnya Pakatan Harapan tanpa PAS langsung tidak ada harapan nak tawan Putrajaya hatta mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU ke-13 lalu.
Tetapi Pakatan Harapan tanpa melibatkan PAN peluang takluk Putrajaya tetap cerah atau paling sengkek pun kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi bandingkan dengan PRU ke-13 lalu akan bertambah.
PAN adalah ibu kepada segala punca masalah yang menghalang penyatuan gabungan pembangkang yang mantap ... Ibarat lahirnya menyusahkan .. ketiadaan melegakan malahan memberi rahmat.
Pokok asas DAP main peranan mencucuk supaya PAS disingkir. Bila dah terjadi begini dibiarkan PKR, PAS dan PAN bertelagah. Dan Melayu masih tak bangun2 dari tidur yg panjang.
ReplyDeleteHahaha....melayu sudah berpecah dari dulu lg tiada sesiapa mempecahbelahkan melayu hanya melayu punyai fikiran yg berbeza dgn pendapatan sdr, namun melayu terlalu yakin yg akhirnya memakan diri. Pkr kalau berbuat keputusan sebegitu seperti kata omak kau!! Pkr telah gagal penakut pengecut tiada pendirian yg mampu yakinkan rakyat malaysia, umno tetap terus menang selesa tubuh kerajaan kerana pkr tiada kemampuan memerintah dan tiada pemimpin seperti anwar. Dap dan pan akan bersatu walaupun pakatan berpecah. Rakyat kini dlm dilema dan marah pada kerajaan yg menyusahkan hidup mrk.
DeletePencetus semua cacamarba ini adalah pengasas PASMA.
ReplyDeletePkr... Dasarnya sikular pragmatik
ReplyDeleteWahai rakan2
ReplyDeletePAN adalah bermasalah, pembawa masalah dan memang salah berkilo lemon. Dah la macam2 ada dalam PAN. Syiah ada, Wahabbi JIM ada, Secular pura2 Islamist ada, Selfie d amoy ada........................macam2 hampas kunyit shit ada.
Persamaan gang2 PAN Imayam ni 2 saja.
a. Kepentingan peribadi
b. Abuya Sifoo Stalin Bukit Penang Al Qum adalah sesuci2 manusia. Wajib mematuhi arahan rocket
TAKKAN KAIN SENDIRI DIA NAK BIAR TERLONDEH!!!
Memang itu yang sebaiknya dilakukan oleh Si Mat Sabu tu sebelum dia sibuk nak mempertikaikan pasal orang lain. Baik dia selesaikan dulu perbezaan ideologi dalam parti yang baru diterajui tu.
Hakikatnya, Si Mat Sabu tidak perlu nak mencari alasan untuk menjustifikasi tindakan mereka meninggalkan PAS dengan mengaitkan parti itu dengan pemikiran ekstremis militan ISIS.
Kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), tindakan Si Mat Sabu tu membuktikan bahawa mereka sudah ketandusan isu dan bankrap modal Politik untuk memburukkan PAS.
"Kepimpinan Amanah dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro-Syiah, pro-Tanzim Alami dan pro-Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya," katanya menerusi kenyataan.
Selain itu, Mohd Zuhdi juga turut membidas kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu sebelum ini yang menuduh PAS diresapi pemikiran kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Katanya, alasan terbaharu Mohamad apabila mengaitkan PAS dengan gerakan militan adalah bertentangan dengan dakwaannya sendiri sebelum ini terhadap parti Islam berkenaan.
"Pimpinan Parti Amanah Negara mula menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan Isis atau terrorisme. Terkini presidennya sendiri berkata antara sebab Amanah ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh Isis.
"Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama kerajaan perpaduan yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa Amanah ditubuhkan.
"Berdasarkan paradox kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS," katanya.
Jelas Mohd Zuhdi, tuduhan bahawa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO yang dibuat sebelum ini dengan tuduhan diresapi pemikiran militan merupakan dua perkara yang bertentangan.
Pokok pangkalnya, Si Mat Sabu dan konco - konco Pengkhianat dia sekarang ni memang dah ketandusan idea nak meraihkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Maka sebab itulah dia sanggup memper-BODOH-kan diri dia sendiri!!!
Dap biar bersama pan
ReplyDeletePkr dgn Pas
Yeahhhhhhhhhhh goreng biawak Dap pakai PAN. Buat BBQ
DeleteSetuju..pasma dan pan imayam bikin kacau seja..busuk ati mngalahkan....ish maleh cakap la..kuat fitnah lg..apa pula lepas ni tggu ja..brani ckp ahli prlimen yg dah lompat mnyesal tak sudah..mat sabu tak kisah dia mmg tkda apa2..harap ihsan abuya penang kot..
ReplyDeletehttps://aidcnews.wordpress.com/2015/09/28/irc-sedang-susun-strategi-singkirkan-mat-sabu/
ReplyDeleteIRC Sedang Susun Strategi Singkirkan Mat Sabu ?
AIDCNews – 28/9/15 – Kumpulan IRC (Islamic Representative Council) dalam Parti Pekerja Malaysia (PPM) atau Parti Amanah Negara (PAN) sedang menyusun gerak kerja untuk menyingkirkan Mohamad Sabu daripada terus memegang jawatan presiden parti itu.
Kenyataan di atas merupakan khabar angin terbaharu yang sedang berlegar di kalangan nitizen pro PAS sejak beberapa hari lalu.
IRC adalah satu organisasi rahsia yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada tahun 1970-an yang kemudiannya membentuk entiti rasmi di Malaysia yang dikenali sebagai JIM (Jemaah Islah Malaysia) pada tahun 1990 dan IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) pada tahun 2009.
“Satu usaha dari pergerakan IKRAM sedang disusun rapi bagi memastikan Naib Pengerusi PAN sekarang Hasanuddin Yunus mengambil alih teraju PAN selepas dilihat kumpulan Mat Sabu dan Salahuddin Ayub gagal menarik ahli PAS untuk bersama PAN.
“Hasanuddin merupakan Timbalan Presiden IKRAM, 2 minggu sebelum penubuhan PAN, beliau kelihatan berada di Masjid Rusila menemui Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia.
“Suka dimaklumkan 80% keanggotaan PAN sekarang adalah ahli IKRAM. Semasa pelancaran PAN @ PPM 100% persiapan digerak oleh kumpulan IKRAM.
“Kita tunggu dan lihat drama seterusnya, “dedah aktivis PAS Terengganu, Roslan Abdullah.
Komander Abu Suffian menambah faktor Syiah merupakan punca Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tidak disukai.
“Ahli IKRAM tidak mahu kepada Mat Sabu sebab Mat Sabu terpengaruh dengan Syiah. Bukan aku kata tapi Aznan Hamat yang kata. hahaha.
“Berebut jawatan doh ke? Belum apa-apa dah pun berebut. huhuhu,”katanya.
https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/10/syiah-mendominasi-pan/
DeleteSyiah Mendominasi PAN
AIDCNews – 10/9/15 – Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.
Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia.
“Alhamdulillah…
“Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).
“Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.
Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.
“Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob
“Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu
“Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.
Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.
“Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.
Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS.
Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar.
Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu
Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.
Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor.
Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor.