Thursday 10 December 2015

ZAID SARANKAN MUHYIDDIN MASUK PKR PARTI YANG DIA SENDIRI TINGGALKAN KERANA TIDAK SEHALUAN.


Zaid Ibrahim masuk PKR pada Jun 2009 sehingga di lantik menjadi Pengerusi MPN PKR Wilayah Persekutuan dan juga diberikan peluang menjadi calon PRK Hulu Selangor.

Lebih kurang setahun setengah kemudian, November 2010 beliau membuat keputusan keluar PKR setelah kecewa tidak mampu tumpaskan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan PKR tahun 2010 dan kemudiannya menubuhkan parti KITA yang tidak lama kemudian pun meninggalkan parti berkenaan.

Tetiba dia boleh syorkan agar Muhyiddin Yassin masuk PKR sahaja demi kesinambungan hayat politiknya.

Saranan yang langsung tidak masuk akal sedikit pun. Sudah pasti Muhyiddin dan para penyokongnya akan berfikir kalau sungguh PKR parti yang amat sesuai sebagai wadah menyambung perjuangannya dalam politik mengapa dia sendiri sekadar mampu bertahan lebih kurang setahun setengah kemudian mengambil keputusan meninggalkan PKR dan tubuhkan KITA????


“Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hanya mempunyai satu pilihan saja jika dia mahu berjuang, iaitu dengan menyertai PKR dan pasukan menentang Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.”

Itu kenyataan yang ditulis bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam blog rasminya The Zaidgeist, hari ini, mencadangkan supaya Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memulakan kembali dan membina pakatan baru bagi mengekalkan demokrasi di negara ini.

“Muhyiddin hanya mempunyai satu pilihan saja jika mahu berjuang, iaitu dengan menyertai PKR. Sudah tentu dia akan menang di kerusi Pagoh, dan ini akan memulakan pertemburan diraja.

“Muhyiddin dan Anwar adalah sebahagian daripada pasukan yang sama sebelum 1988, maka, mereka speatutnya memaaf dan melupakan dan bergabung menentang Najib pada 2018.

“Jangan sentimental, lupakan Umno dan mula balik. Muhyiddin perlu membina pakatan baru,” tulis Zaid.

Beliau juga berkata, Muhyiddin patut membuang idea bahawa hanya Umno boleh menyelamatkan negara dan masyarakat Melayu.

“Saya harap Muhiyuddin untuk sekali ini, buang khayalan bahawa hanya Umno boleh menyelamatkan Melayu dan negara.

“Melayu dan rakyat Malaysia semuanya terdesak mencari pemimpin yang boleh mengemudi negara daripada kemusnahan. Najib dan Abdul Hadi Awang tidak membuat sebarang kebaikan,” tambahnya.

Dengan mengambil kira keadaan Muhyiddin yang terawang-awang samada beliau akan dipecat daripada Umno atau tidak, Zaid juga berkata, beliau telah mengingatkan Muhyiddin bahawa dia akan dipecat tidak kira bagaimana kuat sokongan akar umbi beliau.

“Muhyiddin tidak fikir Najib akan berani merenggangkan penyokongnya. Saya membalas dengan mengingatkan beliau bahawa dalam kesetiaan Umno ia kulit-dalam, dan ahli-ahli parti akan menyokong Presiden kerana tidak ada mekanisme untuk menyingkirkan secara demokrasi orang yang memegang jawatan tertinggi, tidak kira betapa popularnya ahli yang terkilan.

“Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Dato Seri Anwar Ibrahim semuanya popular dan mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, tetapi akar umbi berpecah pada ketika Presiden parti mencantasnya,” tulisnya.

Zaid berkata, budaya politik Umno berdasarkan kekuatan dan tidak bukan falsafah atau ideologi.

25 comments:

  1. Kah kah kah

    Mat Sabu = Zaid = Ibrahim Ali

    Kataki Fried Chicken

    ReplyDelete
    Replies
    1. MUJAHID MULA KECUT BUAH KERANDUT!!!

      Dek kerana terlalu 'Ghairah' nak memburukkan PAS dan mengaitkan parti itu dengan fahaman ektremis telah mengakibatkan Naib Presiden PAN ni berhadapan dengan tindakan undang - undang.

      Baru - baru ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis ke atas Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah.

      Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata, kenyataan Mujahid itu berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta dilihat cuba memburukkan PAS sebagai sebuah parti Islam.
      “Tuduhan Mujahid dan pemimpin PAN bahawa PAS mempunyai hubungan dengan militan IS dan Al-Maunah adalah tidak benar, PAS adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, harmoni dan keamanan.
      “Kami di dalam PAS tidak membawa sebarang fahaman militan atau keganasan seperti yang didakwa mereka. Tuduhan itu memang berniat jahat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini Isnin.
      Selain PAS, turut juga membuat laporan polis berhubung kenyataan Mujahid itu ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang yang diwakili Setiausahanya P. Asokan.

      Sebuah portal berita baru-baru ini telah melaporkan kenyataan yang dibuat secara terang - terangan oleh Mujahid sebagai berkata PAS mempunyai kaitan dengan militan IS dan Al-Maunah.

      Dalam masa yang sama, Peguam PAS juga katanya sedang membuat kajian dan tidak menolak sebarang kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mujahid.

      Terdahulu, dakwaan mengenai kaitan PAS dengan puak - puak Ekstremis itu telah ditimbulkan oleh Si Mat Sabu yang katanya telah menjadi lidah dan suara kepada puak - puak DAPigs.

      Tapi apa yang herannya, kenapa puak - puak yang dah mengkhianati PAS tu masih lagi berahi nak memburukkan bekas parti mereka tu? Kenapa yang diorang marah sangat sampai sanggup menabur fitnah sedemikian rupa? Takkan diorang tak boleh lupakan 'Janda Lama

      Delete
    2. DAP penyokong PAN. PAN pula menyokong Hizbullah Hassan Nasrallah melalui Mat Sabu

      Jadi DAP secara tak langsung menyokong Hizbullah.Sebuah pertubuhan bersenjata Syiah

      Hmmmmm kena circulate ni Dan hebohkan

      Delete
    3. Hahaha....muhyiddin tidak akan keluar party hanya menentang pemimpin bermasalah dari terus memimpin yg merosakkan imej party umno. Namun oleh kerana ahli umno terlalu mematuhi party umno memaksa beliau utk bersuara walaupun berbagai pihak menghina apa yg beliau lakukan, hanya kerana party umno harus dipertahankan bukannya pemimpin yg rosak dipertahankan. Namun hanya yg berani bersuara cuba utk jatuhkan pemimpin walaupun sukar tetapi terpaksa selagi punyai kesempatan demi rakyat malaysia bukanya pemimpin yg telah rosak malah hancurkan ekonomi negara.

      Delete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Abang Mat, cuti2 ni tak melawat Hassan Nasrallah Syiah ka??

    Saya ada tengok video abang mat menjulang memuji beliau. Wowwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah serah tugas kat hadi sbb hadi lagi layak.

      Delete
    2. PASMA kata PAN ada syiah. Sila baca. PASMA kawan PAN sindri cakap


      https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=723002507801932&id=563090267126491


      Haaaa INI benda ada Dlm Facebook PASMA. Silap baca kalau malas nal tengok link Facebook PASMA

      Alhamdulillah..
      Tuan Guru Ustaz Haji Mat Sabu sempat meluangkan masa menziarahi Ayatullah Imamiah Syiah untuk bertaqiah dan memaklumkan bahawa semua Syiah di Malaysia sudah menyertai Amanah dan bersedia untuk menawan Malaysia pada Pru akan datang. Inilah kehebatan Amanah yang tidak ada pada Parti lain. Jgn ingat syiah tidak reti berpolitik. Kami pun reti lah. Takdir

      Delete
    3. Tuang presdeng lebih kerap jumpa ulamakkk syiah dunia utk tuntut ilmu. Ilmu apa? Ilmu apa2 entah

      Delete
    4. Anon 9:59. INI jawapan kpd fitnah kamu



      Mat Sabu Kena Beza Antara Bertemu & Berguru!


      "Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan Tashkiri, bahkan Ali Khamenei (Sayyed Ali Hosseini Khamenei, pemimpin utama Iran)," kata bekas timbalan presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

      "Mereka sering bertemu di majlis terbuka dan juga majlis tertutup. Tiada pula orang tuduh Hadi sebagai Syiah," kata Mat Sabu lagi.

      Mat Sabu berkata, Hadi sekurang-kurangnya akan bertemu dengan pemimpin Syiah Iran setahun sekali untuk bermesyuarat.

      "Ketika dalam PAS, saya pernah bersama (Hadi). Bahkan Nasrudin Hassan (ketua penerangan PAS) juga kadang-kadang mengiringi presiden PAS itu ke sana.

      "Selain wakil PAS, ulama dari Ikhwanul Muslimin juga ada," kata Mat Sabu dalam hujah untuk membersih nama kononnya Abdul Hadi Presiden PAS lebih kerap berjumpa dengan pemimpin Iran (Syiah).



      Mat Sabu bersama Mohamad adalah Adly Zahari,
      Pengerusi Amanah Melaka yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah pusat
      Presiden PAS, Abdu Hadi Awang memang ada jumpa dengan pimpinan Iran (syiah) pasal dia bergiat dalam organasasi Islam Antarabangsa. Malah Abdul Hadi sekarang ini satu-satunya pimpinan dunia Islam yang boleh mendekatkan Sunni-Syiah setelah Dr Yusof Qaardawi mula berkaras dalam beberapa isu Sunni-Syiah.

      Presiden PAS mewakili gerakan Islam yang telah berlangsung di Iran. Ramai menggunakan video ini kononnya bersama ulama Syiah. Kalau pandai bahasa Arab boleh faham apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS dalam pertemuan tersebut.



      Mat Sabu kena beza antara pergi bertemu dengan berguru. Misalnya gambar di atas, Mat Sabu tunduk hormat kepada Presiden PAS, takkan nak kata Mat Sabu berguru dengan Presiden PAS? Biarlah kita rasional dalam menjawab isu.

      Tapi sekerap Abdul Hadi berjumpa pimpinan Syiah tak sampai isteri Presiden PAS nak peluk pimpinan Syiah!!

      Kita tak lupa ucapan ini;
      “Saya sendiri berpeluang bertemu beliau empat lima kali. Memang kita tengok wajah dia saja kita nampaklah kehebatannya. Saya pernah membawa isteri saya jumpa Hassan Nasrallah.

      Dia kata ” Bang, kalau dalam Islam izin peluk. Aku nak peluk” .
      Masyarakat tidak mempersoalkan sejauh mana pertemuan tersebut, atau sekerap mana pertemuan dengan pimpinan Syiah tetapi masyarakat ingin penjelasan tentang anutan mazhab Syiah. Bagaimana fahaman Syiah boleh ini boleh berkembang di Malaysia dan sejauh mana parti AMANAH telah direspi fahaman ini.

      Itu patut dinyatakan oleh Mat Sabu secara jelas.

      Delete
    5. Yg mula2 cakap PAN ramai syiah adalah Blog PASMA I.e kawan baik PAN. Kao Tanya Phahrulradzi la

      Delete
  3. Suka sangat Najib / Zahid kalau Yidin masuk PKR. Kerja umno bertambah mudah. Musuh politik berada dalam satu kubu...mudah untuk di musnahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan Nak masuk PAN Imayam kot, Dalamn PAN ada ramai syiah.

      DAP penyokong PAN. PAN pula menyokong Hizbullah Hassan Nasrallah.

      Jadi DAP secara tak langsung menyokong Hizbullah.

      Hmmmmm kena circulate ni Dan hebohkan

      Delete
  4. Knapa dia tak suruh muhidin masuk Pas? Sbb pas sama dgn umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah

      Mat Sabu = Zaid = Ibrahim Ali

      Kataki Fried Chicken

      Delete
  5. Klu muddin masuk pkr.....langkah kajang 2 utk singkir assmin.....coma sanggup ke muddin one by one dng aljuboori.....kena pakai cawat besi....gangguan sexual dari aljuboori....kikikiki...

    ReplyDelete
  6. tepat sekali pendapatmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukti PAN Imayam sedang sabotage PKR. Article Tulang Besi yg memburuk2 burukkan PKR Dan niat mahu sabotage PKR. Dulu menfitnah PAS, skg sabotage PKR Silap baca


      http://www.malaysiawaves.net/2015/11/azminpkr-benci-pakatan-harapan-sayang.html?m=1


      Azmin/PKR Benci Pakatan Harapan, Sayang PAS. FAKTA
      Perwakilan2 PKR memberi tepukan gemuruh kepada wakil PAS apabila nama wakil PAS diumumkan oleh Pengerusi Majlis.

      Ini menandakan kempen Azmin seluruh Malaysia kepada akar umbi PKR telah berjaya.

      Selama ini Azmin telah turun bertemu akar2 umbi PKR memberitahu mereka bahawa kerajasama dgn PAS masih ada harapan.

      Nampak gayanya usaha Azmin berjaya sungguh.

      Walaupun dua minggu lepas, terus terang Presiden PAS tolak Azmin ke tepi demi menyokong bajet Najib Tun Razak.

      Satu demi satu PAS menunjukkan sikap tidak hormat kepada PKR terutamanya kepada Anwar Ibrahim.

      Namun, Azmin tidak kesah semua itu.

      Azmin tidak kesah PAS benci kepada Anwar Ibrahim.

      Azmin cuma pentingkan diri sendiri dan jawatan beliau sahaja.

      Sudah tiba masanya Pakatan Harapan membuang PKR dan Azmin dari Pakatan Harapan.

      Sekiranya tidak, bala akan menimpa kedua2 Amanah dan DAP.

      XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

      Zuhdi berani kata Pakatan Harapan akan bungkus sebab dia tau konspirasi Azmin dlm PKR untuk menghancurkan Pakatan Harapan.

      Atas sebab itu dia dapat agak Pakatan Harapan tidak mampu bertahan lama.

      Sekarang ini Presiden PKR sendiri menjauhkan diri dari program2 Pakatan Harapan.

      Ini petanda jelas hayat Pakatan Harapan ini sudah hampir.

      Jadinya, Amanah dan DAP harus bertemu dan membuat keputusan memecat PKR dari Pakatan Harapan.

      Seterusnya DAP perlu menarik dari dari menyokong Azmin Ali sbg MB Selangor dan membuat usul undi tak percaya.

      Tulang Besi yakin usul undi undi tak percaya akan disokong UMNO dan PAS.

      Cumanya selepas itu UMNO dan PAS akan cuba menaikkan Khalid Ibrahim dan membuang Azmin Ali.

      XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

      Kesimpulannya, tiada harapan PKR utk duduk dalam PAkatan Harapan.

      Tiada harapan utk Azmin menyukai Pakatan Harapan.

      Teori Tulang Besi adalah Azmin Ali melihat Pakatan Harapan sebagai halangan kepada beliau untuk naik lebih tinggi yakni Perdana Menteri Malaysia.

      Sehingga kiamat pun Azmin Ali tidak akan menyokong Pakatan Harapan

      TULANG BESI

      ps Pastikan tiga penjuru di Parlimen Gombak serta DuN Hulu Klang PRU depan

      Delete
    2. Cakap syiah lagi aku tak percaya. Mereka mendustakan para sahabat


      Nahhh kao baca bawah ni





      Saya gembira kerana sedikit demi sedikit tokoh yang dikaitkan dengan Syiah "dikikis" daripada parti PAS yang berideologi Islam tersebut. Pendang juga, bagi para pengkaji Syiah merupakan salah satu "kawasan hitam"syiah selain daripada Kubang Kerian di Kelantan dan Gombak di Selangor. Kekalahan Mat Sabu di sana agak menimbulkan kejutan.
      Mat Sabu umpama terlekat badi Syiah. Dengan mengetepikan sentimen politik, kekalahan Mat Sabu serba sedikit akan meredakan suara-suara sumbang yang mengaitkan PAS dengan Syiah. Sepanjang pengetahuan saya, Mat Sabu tidak pernah mengaku dirinya seorang Syiah. Dakwaan yang menyatakan Mat Sabu sebagai seorang Syiah pun bukanlah dakwaan yang konkrit melainkan dakwaan berdasarkan dzon (persangkaan). Namun beberapa perkara yang mungkin agak "mencemarkan" PAS secara tidak sedar kerana "keberanian" beliau dan "kelantangan" beliau berbicara menyokong Syiah.
      Dalam profile FB beliau , tertulis "Beliau membaca dan mengkaji hasil tulisan tokoh-tokoh seperti Imam Khomeini, Ayatullah Mutahhari, Ali Shariati, Kalim Siddiqui, Muhammad Al-Asi, Jalaluddin Rachmat dan banyak lagi tokoh yang lain-lain". Beberapa tokoh yang disebut itu adalah penganut ajaran Syiah dan pro Syiah. Mat Sabu juga sering memuji-muji Khomeini , Hassan Nasrullah , Hezbullah Lubnan dan mempertahankan Syiah dalam beberapa ucapan dan penulisan beliau. Anda boleh rujuk beberapa pautan di bawah:
      1. Pujian beliau terhadap revolusi Iran, Khomeini http://mohamadsabu.com/…/21-ucapan-dan-pembentangan-kertas-…
      2. http://malaysiaberih.blogspot.com/…/mat-sabu-jawab-isu-syia…
      3. http://mohamadsabu.com/…/12-untuk-apa-kekuatan-keselamatan-…
      4. http://mohamadsabu.com/…/index.php/tulisan/11-angin-perubah…
      5. Biodata FB Mat Sabu http://www.facebook.com/…/Haji-Mohamad-Sabu/123525987685671…
      6. Mat Sabu menyatakan bahawaIsu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS http://www.malaysiakini.com/news/201294

      7. Sokongan Mat Sabu terhadap kerajaan Syiah Nusairiyah Bashar http://www.youtube.com/watch?v=hqPbwP9tdEA

      8. Video tanpa edit lawatan Mat Sabu ke Syria http://www.youtube.com/watch?v=t3BcHbcO9kQ

      9. Mat Sabu puji Hassan Nasrallah. http://www.youtube.com/watch?v=Ud2fwKpJRDM
      Ya. Mat Sabu MUNGKIN bukan Syiah. Tetapi dengan ketiadaan beliau dan rakan-rakan sefikrahnya amat melegakan hati saya sebagai "orang luar" yang memerhati dan mengkaji. Sekali lagi status ini bukanlah ingin menyatakan bahawa Mat Sabu itu seorang Syiah. Tetapi sekadar ingin "mengkritik" kecenderungan tidak sihat pemimpin yang berada dalam barisan jemaah Islam. Status ini dibuat secara terbuka atas asbab kemudaratan yang disebarkan (melalui puji-pujian terhadap Syiah dan tokoh2 Syiah) adalah terbuka.



      Korang baca2 la link kat atas ni. Sebagai ahlul Sunnah kita wajar reject PAN Imayam

      Pilihan kita hanyalah PKR dan PAS

      Delete
  7. muhyi perlu terus dlm umnu

    bg pencacai dan najib panas bontot

    hanya pasug saja disarankan masuk umnu kerana
    mereka yg buat bontot najib sejuk dan tidak rasa bersalah

    pasug lah yg ajar najib secara dangkal sampai najib sudah jadi khalifah negara islam. najib dh berani ckp haram jatuhkan pemerintah islam

    pasug dh rosakkan najib sebb najib dh rasa betul dn tk bersalah.. sebab ulamak penjilat sokong dia

    makin sesat najib dibuat pasug. nasihat apa ini? NASIHAT BUSUUUKK !

    bayangkan presiden parti isle yg dipengaruhi syiah dan khawarij ISIS mcm hj hadi sokong penyamun utk kekal berkuasa.

    najib mati2 nafi curi 2.6b. pasug mati2 nafi nak ug dgn umnu. apa yg penyamun nafi itulah yg sebenarnya. cuma malu2 kucing kurap utk terus terang.

    cuma harun din saja yg berani cakap ...2.6b itu tidak masuk akal. memang tk masuk akal ada arab gila nk derma peribadi sebanyak itu.

    pas selangor mesti terus bercanggah dgn hadi. tak guna wala pada ketua yg menyeleweng. iskandar sepatutnya jadi presiden pas gantikan hadi yg sakit itu. barulah pembangkang kuat dn boleh jatuhkan umnu/bn.

    bagus iskandar kata umnu terlalu byk dosa pd pas. hanya pasug yg dah halalkan dosa umnu. tp rakyat tetap tk halalkan rompakan umnu.

    hidup iskandar dan pas selangor!

    ..................

    NOTA :

    Ibn, ‘Asakir, Tarikh Dimasyq, 22/29).

    Seorang tabi’in yang terkenal dengan soleh dan warak Salamah bin Dinar pernah berkata di hadapan Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik:

    “Telah berlaku di mana para umarak (pemerintah) mencari ulama, lalu mengambil manfaat daripada mereka. Maka yang sedemikian kebaikan untuk kedua-dua pihak. Namun hari ini, ulama pula yang mencari umarak, lalu cenderung dan inginkan apa yang dimiliki oleh mereka. Lalu umarak menganggap: TENTU APA YANG DICARI ADA DITANGAN KITA INI LEBIH BAIK DARIPADA APA YANG ADA DITANGAN MEREKA".

    Demikianlah, kita dapati sesetengah golongan agama boleh dijadikan dagangan politik. Puncanya, kerana menghina diri di hadapan orang berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Tanyalah najib apa punnnnnn....zahid yang jawap karang....kakakakakakaakaka...gay tidak straight pun tidak dua ekor ni...rosmah mula risau tu....kakakakakkaka

    ReplyDelete
  9. Taraf komen macam jakun kakakakaka

    ReplyDelete
  10. Sya menyeru Muhyiddin Yassin dan Zaid Ibrahim mulakan perjuangan Syiah di Malaysia. Mari ke jalan yang benar. Hindari ajaran sesat.

    sekian,

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform
    Reformis Sebenar

    ReplyDelete
  11. Geng pan ni mmg jilake smua..bengap..ko ckp la apa pun..durang ttp dgn mat sabu sama2 jilat bontot julang dap..mmg durang sakit ati kat pas..tu yg gamak fitnah mcm2 pula

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...