Thursday, 10 November 2011

GILIRAN MENTERI JAGA TRANSFORMASI KERAJAAN 1M'SIA IDRIS JALA PULA FLIP FLOP MACAM HJ NAJIB!!!


Idris Jala tukar pendirian, Malaysia tak akan bankrap
Ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata Malaysia tidak akan terjerumus ke kancah kebankrapan, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya tahun lalu.

NONEIdris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum ini berkata bahawa Malaysia akan berakhir seperti negara-negara Eropah yang dilanda hutang jika subsidi tidak dikurangkan.

Sebaliknya,, hari ini beliau berkata, Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata usaha itu disokong oleh Program Transformasi Ekonomi pentadbiran Najib (ETP) yang menghasilkan hasil yang positif.

"Malaysia melakukan apa sahaja yang mampu dibuat untuk mengubah negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

"Menerusi program dan dasar yang diperkenalkan, saya yakin kita tidak akan jatuh muflis," katanya dipetik Bernama ketika taklimat media selepas menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Ernst & Young mengenai "Memecah kod DNA ETP" di Kuala Lumpur.

azlanPada 27 Mei tahun lalu, Idris berkata rakyat Malaysia mesti bersedia menghadapi pengurangan  subsidi kerajaan, atau apa yang disebut sebagai "rasionalisasi subsidi", atau negara akan menghadapi kebankrapan menjelang 2019.

"Kita tidak mahu berakhir sebagai satu lagi Greece," katanya pada hari tersebut.

Subsidi untuk petrol, makanan, elektrik, dan beberapa barangan keperluan lain membentuk sebahagian besar perbelanjaan operasi kerajaan persekutuan dan merupakan hampir lapan peratus daripada KDNK.

PANDANGAN OMAK:-

PERDANA MENTERI BOREK MENTERI BODEK...PERDANA MENTERI FLIP FLOP MENTERI LIDAH BIAWAK HIJAU....SEJUJUR MANA SEORANG ITU.. BILA DAH JADI SEBAHAGIAN DARI JEMAAH MENTERI KABINET UMNO AKAN TERUS BERTUKAR MENJADI PENIPU,PEMFITNAH, PENYAMUN DAN BANGANG...MENTERI YANG JUJUR TIADA TEMPAT DALAM KABINET KERAJAAN UMNO....MENTERI YANG BIJAK KENA PIJAK....MENTERI YANG RAJIN KERJA UNTUK RAKYAT DIANGGAP MUSUH YANG MENYUSAHKAN....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

1 comment:

  1. Apai ni silap besarlah join Najib. Buat jatuh reputasi sendiri. Kalau kau duduk dalam skt gergasi lagi mungkin dah naik pangkat dan bertugas di negara lain. Tengok apa jadi dengan Tan Sri Hassan Merican. Berdedikasi untuk negara dan pertonas tapi najib tak suka cara dia mengurus. Sekarang Singapura ambil dia . Ini yang ditubuhkan Talent Corp nak pujuk rakyat Malaysia diluar negara supaya balik. Aparaa, yang dalam kain sendiri pun tak boleh dibelai ini pulak nak pujuk yang kat luar tu!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...