Sunday 27 November 2011
ANTARA JANJI DAN REALITI
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya pada Hari Kedua Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kali Ke8 diPulai Spring Resort, di sini, semalam, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah memberikan janji, bayaran RM1,000 bagi setiap suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun bagi mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang, jika diberikan mandat dan amanah untuk mentadbir urus Putrajaya selepas PRU 13 nanti
Bagaimanapun katanya, pelaksanaannya hanya dapat dijalankan sekiranya PKR diberi mandat memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini kerana membabitkan peruntukan RM2 bilion setahun.
Tradisi membela miskin bandar telah kita terjemahkan menjadi dasar-dasar mesra rakyat yang menjadi buah mulut rakyat di pelosok negara dan tradisi ini akan kita teruskan di Putrajaya dengan komitmen baru.
Selain itu, Parti KeADILan Rakyat akan turut memperkenalkan Bonus Warga Emas berjumlah RM1,000 setahun bagi yang berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM18,000 setahun, membabitkan peruntukan RM1.7 bilion setahun.
KeADILan juga akan menaikkan bayaran kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM550 sebulan selaras dengan bayaran tambahan kepada mana-mana isi rumah miskin tegar.
Elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.
Bunyi memang lunak didengar, janji memangnya enak untuk diresapi tetapi ibu kepada segala persoalan ialah, mampukah KeADILan bersama-sama dengan rakan-rakan ddalam Pakatan Rakyat melunaskannya. Bagi rakyat yang dalam keadaan mengharap sudah pasti janji-janji ini amat dialu-alukan. Mereka akan mudah terpikat dan kagum. Jangan sesudah mandat dan amanah diserahkan akan berlaku serupa apa yang dilakukan oleh pemeritahan UMNO terdahulu. Kini persepsi rakyat majoriti amat percaya segala janji yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat akan sedaya upaya mengikut kemampuan dan dana yang terhad dan disekat, akan melunaskannya. Sebelum itu, alangkah baiknya jika janji pada PRU 12 yang lalu sepertimana yangtercatit didalam manifesto dapat dipersembahkan kapada rakyat sudah pun ditunaikan. Tak dapat 100% tidak mengapa, 70% pun sudah dikira amat baik sekali. Dimana janji yang gagal dilaksanankan hendaklah diberitahu secara ikhlas sebab musababnya. Rakyat boleh menerima penjelasan yang ikhlas. Mereka boleh berfikir secara rasional. Jangan sesekali memberikan alasan yang memperlekehkan kebijaksanaan mereka.
Sebab itu bila berjanji, janganlah hendaknya berjanji sekadar bertujuan untuk memikat dalam waktu singkat selepas itu mengharapkan rakyat akan melupainya. Cara sedemikian mungkin terpakai diwaktu tahun 80an, tetapi bila sudah berada dialaf baru yang sudah pun melepasi 11 tahun jangan mimpi ianya masih lagi laku.
Ins'y Allah rakyat akan memberikan kepercayaan kapada KeADILan bersama sama dengan PAS dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus Putrajaya pada PRU 13 nanti. Ketika itu lah janji-janji diatas akan dinilai sama ada menjadi realiti atau sekadar mimpi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
No comments:
Post a Comment