Thursday, 10 November 2011

AHMAD SAID BERHARAP MENJADI JUTAWAN SELEPAS SAMAN MALU BLOGGER KATA DIA KENA TANGKAP KHALWAT!!



MB mahu saman blogger fitnah dia ditangkap khalwat
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau ditangkap khalwat.
    
umno supreme council special meeting 260809 ahmad saidAhmad berkata cerita beliau ditangkap khalwat itu diketahuinya sejak tiga bulan lalu namun beliau hanya mendiamkan diri kerana menganggap ia asam garam orang politik yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ditohmah.
    
"Tapi apabila mengenangkan anak saya bila balik belajar, menangis depan saya mengatakan blog tulis macam-macam pasal saya, jadi saya ambil keputusan untuk saman penulis blog-blog yang telah memfitnah saya mengatakan saya kena tangkap basah dan sebagainya.
    
"Katanya (dalam blog) saya kena tangkap basah, kena tangkap khalwat. Macam-macam versinya, ada kena tangkap dengan pelajar ITM, ada kata pramugari, ada kata dengan budak Besut, ada kata budak Pasir Panjang, ada kata budak Batu Buruk, macam-macam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.
    
Beliau berkata laporan polis mengenai fitnah yang tidak berasas itu juga akan dibuat dalam masa terdekat selepas berbincang dengan peguamnya.

Ahmad berkata setakat ini pihaknya telah mengesan beberapa blog yang terlibat dalam menyebarkan fitnah itu.
    
"Saya nak beri nasihatlah kepada mereka yang memfitnah ini supaya menghentikan, kalau tidak kita akan heret sama ke muka pengadilan...saya harap-harap, saya akan jadi jutawan selepas ni," katanya.
    
Bernama

PANDANGAN OMAK:-

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG...BERANI KERANA BENAR TAKUT KALAU KEBENARAN TERBONGKAR.....PRINSIP OMAK.. KALAU NAK BERBLOG BOLEH... SEBELUM NAK TERBITKAN MANA-MANA ARTIKEL PASTIKAN IANYA SAHIH....MASALAHNYA BLOGGER YANG MANA SATU DIMAKSUDKAN MB GANU NI?....DIA KATA LEBIH DARI SATU....SEHINGGA KINI HJ NAJIB DAN HAJAH ROSMAH BELUM LAGI SAMAN MANA-MANA BLOGGER....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...