Tuesday, 15 November 2011

HIDUP MATI UMNO/BN PADA PRU 13 AKAN DIBINCANGKAN MALAM INI




Datuk Seri Hj Mohd Najib Razak temu ketua komponen BN hari ini, dipercayai sentuh peruntukan kerusi


Datuk Seri Najib Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan ketua parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini susulan pertemuan Jumaat lalu - dipercayai bagi memperhalusi soal bakal calon dan pembahagian kerusi pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan pertemuan hari ini, yang masa dan tempatnya belum ditentukan lagi, akan memfokus ke atas aspek berkenaan memandangkan pucuk kepimpinan telah menetapkan bulan depan sebagai tempoh menyediakan senarai akhir calon yang bakal diturunkan nanti.
“Agenda pertemuan esok (hari ini) belum diketahui lagi, tetapi Datuk Seri Najib (gambar)hendak jumpa dengan kami... kemungkinan untuk memberi input dan pandangan mengenai soal calon dan pembahagian kerusi,” kata seorang pemimpin parti komponen.
“Masa pertemuan hanya akan diketahui esok selepas Datuk Seri Najib balik dari luar negara,” kata beliau lagi sambil menambah, “tetapi pertemuan esok bukan indikasi pilihan raya akan berlangsung tahun ini.”
“Saya tidak melihat pilihan raya tahun ini, mungkin tahun depan... tapi bukan tahun ini, yang itu pasti,” katanya lagi.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu telah bertolak ke Hawaii sejurus selepas pertemuan itu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan akan pulang ke tanah air pagi ini.
Justeru Najib yang juga Perdana Menteri dan Presiden Umno dijangka bertemu dengan kesemua ketua komponen BN lewat petang atau malam ini.

PANDANGAN OMAK:-
OMAK RAMALKAN PRU 13 TETAP AKAN DIADAKAN PALING AWAL BULAN MAC 2012 GENAP 4 TAHUN DARI TARIKH PRU 12 YANG LALU.....TAHUN INI TAK SEMPAT SEBABNYA SEKOLAH-SEKOLAH KINI DIGUNA UNTK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN MUSIM HUJAN YANG BOLEH MENJEJASKAN PERATUSAN MENGELUAR UNDI TERUTAMANYA DIKAWASAN LUAR BANDAR, KAWASAN UMNO CUKUP KUAT PENGARUHNYA....ISU-ISU PANAS HASIL DARI PENDEDAHAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 MASIH LAGI SEGAR BUGAR DALAM MINDA RAKYAT....BUKU YANG MENDESAK HJ NAJIB BERUNDUR KINI BERADA DIPASARAN DAN SEDANG BEREDAR DIKALANGAN RAKYAT....HJ NAJIB YANG DULU DILIHAT SEBAGAI PENYELAMAT MARUAH UMNO SETELAH KEKALAHAN TERUK DAN MEMALUKAN PADA PRU 12 YANG LALU DILIHAT KINI SEBAGAI LIABILITI PULA PADA UMNO DAN BAKAL MEMPERCEPATKAN KEPUPUSAN UMNO MELALUI PRU 13 NANTI....APA YANG DIDEDAHKAN DALAM BUKU MENDESAK BELIAU LETAK JAWATAN SUDAH PUN DIDEDAHKAN AWAL-AWAL LAGI OLEH PAKATAN RAKYAT... TAK LEBIH DARI MEMANJANGKAN APA YANG DIUCAPKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN PR SELAMA INI...CEPAT ATAU LAMBAT... HUJUNG TAHUN INI ATAU AWAL TAHUN DEPAN.. UMNO/BN AKAN MENGHADAPI SUATU PILIHANRAYA YANG PALING SENGIT DAN SUKAR UNTUK DIA MENANG...ANAK-ANAK MUDA YANG MENGUNDI UNTUK KALI PERTAMA BAKAL MENENTUKAN SIAPA YANG MENDUDUKI PUTRAJAYA....PADA OMAK... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...