Thursday, 24 November 2011
MULA-MULA MONOREL KINI GILIRAN ROLLER COASTER PROJEK GAJAH PUTIH MATI WUJUD DIMELAKA!!!!!!
Selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama.
Merujuk akhbar Sinar Harian hari ini, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas. Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan, Dirasmikan dua tahun lepas, sepatutnya roller coaster yang mempunyai landasan sepanjang 1 kilometer itu dapat digunakan pada 31 Ogos lalu namun sehingga hari ini masih kosong, hanya landasannya sahaja yang ada.
Kelewatan roller coaster itu untuk berfungsi telah dimaklumkan sebelum ini oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ali, memberitahu ia berpunca daripada faktor keselamatan selain masih belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP) dan difahamkan roller coaster itu juga tidak menepati ciri keselamatan.
Justeru, rakyat menggesa agar kerajaan negeri menangani masalah itu dengan segera dan mengambil serius tentang faktor keselamatan untuk setiap projek perlancongan di Melaka. Sebelum ini, projek monorel juga tidak berfungsi dengan baik, sering tergendala dan mampu mendatangkan bahaya kepada pelancong.
Selain membawa pembaziran, kerosakan monorel tersebut itu juga memberi imej buruk pada industri pelancongan Melaka yang sebelum ini diumum sebagai negeri Maju. Seharusnya perkara asas sebegini tidak menjadi masalah memandangkan telah tersedia garis panduan keselamatan sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan lebih-lebih lagi projek tersebut melibatkan pengguna secara langsung seperti permainan roller coaster dan monorel ini.
Tapak taman hiburan yang menempatkan permainan roller coaster itu juga dikatakan tidak strategik kerana lokasinya agak terpencil dan jauh dari tumpuan pengunjung. Ianya juga sedikit sebanyak membawa kepada faktor kerugian akibat bilangan pengunjung yang sedikit selain roller coaster yang tidak berfungsi, bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga, begitulah keadaannya projek kerajaan negeri pimpinan UMNO dengan berketuakan Ali Rustam....RAKYAT DAH BENCI UMNO/BN... ANAK-ANAK MUDA TOLAK UMNO SECARA TOTAL... RAKYAT KINI INGINKAN PERUBAHAN...UMNO IS DEAD....PR GANTI BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
admin,bahasa yang kasar.bahasa melambangkan bangsa.blog admin boleh memberikan impak yang besar pada pengguna jika lebih sopan.tapi minat pembaca mungkin terganggu dengan bahasa admin.perubahan yang admin mahu pada kerajan sama dengan orang lain.kita sama2 mahukan yang terbaik.
ReplyDelete