Tuesday 15 November 2011

HISHAMUDDIN DIPERINTAH BAYAR KOS RM25,000 KEPADA DSAI KES SAMAN FITNAH VIDEO LUCAH...ROUND PERTAMA HISHAMUDDIN SUDAH TUMBANG!!!



Permohonan Hisham padam pembelaan Anwar ditolak
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memadamkan bahagian tertentu dalam kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks yang memaparkan individu mirip ketua pembangkang itu.

Hakim Datuk VT Singham memutuskan kenyataan pembelaan Anwar berkaitan perlindungan bersyarat, ulasan adil dan justifikasi patut diputuskan pada akhir perbicaraan.

NONEBeliau berkata mahkamah patut menggunakan budi bicaranya apabila menimbangkan permohonan untuk memadamkan kenyataan pembelaan dan beliau perlu mendengar keterangan saksi-saksi menerusi perbicaraan, untuk mencapai keputusan yang adil.

Katanya defendan (Anwar) berhak memfailkan kenyataan pembelaan untuk mematahkan kes itu.

Bagaimanapun, hakim memadamkan tiga perenggan kenyataan pembelaan Anwar kerana ia tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan plaintif (Hishammuddin).

Hakim juga memerintahkan Hishammuddin membayar RM25,000 sebagai kos kepada Anwar. Beliau menetapkan tiga hari bermula 5 Dis untuk mendengar saman itu.

azlanPeguam Sunil Abraham yang mewakili Hishammuddin memaklumkan mahkamah, plaintif akan memanggil kira-kira 15 saksi manakala peguam yang mewakili Anwar, Sulaiman Abdullah berkata pihaknya juga akan memanggil jumlah saksi yang sama.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung temuramah ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan menafikan dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Menteri itu berkata kata-kata berkenaan difahamkan membawa maksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

anwar four frame video 030611Katanya kata-kata berkenaan juga difahamkan bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan perdana menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam kenyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau telah diterbitkan atas kapasiti perlindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar juga memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin dalam sidang akhbarnya pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

BILA HAKIM BERTINDAK BEBAS TANPA DIPENGARUHI MANA-MANA PIHAK MAKA KEADILAN AKAN MEMIHAK KEPADA KEBENARAN....JIKA HAKIM MEMBUAT KEPUTUSAN TANPA GENTAR DAN MEMIHAK MAKA PENGHAKIMAN DIHORMATI TANPA SANGSI DAN DIRAGUI...BIARLAH MAHKAMAH YANG ADIL TANPA GENTAR DAN MEMIHAK SERTA TIDAK DIPENGARUHI MANA-MANA KUASA GHAIB YANG LEBIH BERKUASA BERSIDANG DAN MENGAMBIL TEMPATNYA....KEADILAN ITU BUTA DAN JANGAN DICELIKKAN DENGAN PENGARUH POLITIK JIJIK DAN KEJAM....RAKYAT KINI TIDAK BUTA DAN TULI SERTA MAMPU BERFIKIR DAN MENILAI.....RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD.... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...