Monday 14 November 2011

ANAK HJ NAJIB DENGAN BINI PERTAMANYA MEMANG SUPERPOWER..BOLEH LONJAKKAN HARGA SAHAM DARI 8 SEN SEUNIT KE RM2.14 SEN SEUNIT DALAM MASA 1 BULAN... PERGH!!!


Anak Najib jadi pengarah, harga saham melonjak
Harga saham Harvest Court Industries Bhd, syarikat balak yang kurang diketahui sebelum ini, melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun selepas anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.

NONEHarga sahamnya mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang tadi, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu.

Harga itu kemudiannya ditutup pada RM2.13. Ia adalah rekod lonjakan 48 sen atau sehingga 29 peratus sejak semalam.

The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata Nazifuddin dan rakan perniagaannya Raymond Chan dilantik antara pengarah Harvest Court Industries pada 28 Oktober.

Nazifuddin juga dilaporkan membeli dua hingga tiga juta saham dalam syarikat itu - sehingga 1.7 peratus pada 4 November, manakala Chan pula dikatakan mempunyai kepentingan sebanyak 13.83 peratus.

Sejak itu, harga saham melepasi RM1 dan kekal dalam senarai jumlah tertinggi untuk beberapa hari.

Nazifuddin, 28, anak kedua Datuk Seri Najib Razak dengan isteri pertama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar. Pasangan itu berpisah pada 1987 dan Najib kemudiannya mengahwini Rosmah Mansor.

Chan, ahli perniagaan yang aktif di Sabah, memiliki saham yang kukuh dalam Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, yang membangunkan 1Borneo Mall di Kota Kinabalu. Nazifuddin merupakan pengerusi Sagajuta.

PANDANGAN OMAK:-

NAMA SYARIKAT ANAK NAJIB JADI PEGERUSI PUN SAGAJUTA... KIRA MAIN JUTA-JUTA RINGGIT...ITU BARU ANAK NAJIB DENGAN BINI PERTAMA DIA.. ANAK-ANAK DENGAN BINI KEDUA YANG KAHWIN KALI KEDUA HAJJAH ROSMAH PASTI LAGI DAHSYAT...YANG BERKAWAN DENGAN ANAK HJ NAJIB/HAJJAH ROSMAH SEORANG BUDAK CUKONG BOLEH KAYA RAYA REMBAT TANAH TUDM SG BESI.. ITU BARU BERKAWAN BELUM BETUL-BETUL SYARIKAT ANAK PAK HAJI DAN MAK HAJI BERDUA...CUBA BAYANGKAN...MEMANG DASAR PENYAMUN TARBUS MENYAMUN TAK KIRA WAKTU DAN KETIKA....UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...