Wednesday 16 November 2011

UNIT KAJIAN MENGAMPU 1M'SIA KATA HJ NAJIB AMAT POPULAR.. POPULARITINYA SEMAKIN MENINGKAT SETIAP HARI!!!!



Kajian UIA: Populariti Hj Najib naik
Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIA menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.
 
Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

TAHMIAJLAH... BOLEHLAH DIADAKAN PRU 13 DENGAN HATI YANG AMAT GEMBIRA....SEBELUM INI KAJIAN DARI MERDEKA CENTRE PUN MENUNJUKKAN KEPUTUSAN YANG HAMPIR SAMA....TAK PERLULAH HJ NAJIB PENING KEPALA NAK PILIH CALON YANG "WINNABLE" DARI UMNO/BN....LETAK SONGKOK TINGGI DAH PASTI MENANG....LAGI TINGGI JENGKAL SONGKOK ITU LAGI TINGGI UNDI YANG DIPEROLEHI....KURANG SIKIT KOS NAK BUAT SEPANDUK,POSTER DAN KAIN RENTANG....TAK PERLULAH ADA PERAYU UNDI DAN PONDOK PANAS LAGI....TAK PAYAHLAH NAK UPAH MAT REMPIT ANGKUT BENDERA UMNO/BN DAN BUAT KACAU CERAMAH PAS/PKR/DAP....SEMUA MEDIA CETAK DAN LEKTRONIK BOLEHLAH BEREHAT MULAI SEKARANG DARI MEMFITNAH DENGAN KISAH POLITIK LUCAH....BLOGGER-BLOGGER UPAHAN UMNO BOLEHLAH GOYANG KAKI SEKARANG....SPR BOLEHLAH TIDUR LENA....JPN TAK PERLU BERSUSAH PAYAH NAK KELUARKAN MYKAD KAPADA WARGA BANGLA,INDONESIA,MYANMAR DAN NEPAL UNTUK DIJADIKAN PENGUNDI AKU JANJI.....MUDAHLAH KERJA POLIS KINI TAK PERLU NAK SEKAT CERAMAH PAKATAN RAKYAT.....UNTUK MAKLUMAN SEMUA.. UNIT KAJIAN YANG SAMA INI JUGALAH PADA TAHUN 2008 KATA POPULARITI PAK LAH DAN UMNO MASIH KEKAL DITAHAP TINGGI....MEMPEROLEHI MAJORITI 2/3 PADA PRU 12 ADALAH GERENTI...AKHIRNYA APA YANG TERJADI?????....KAJIAN YANG SEKADAR NAK MEMUJUK HATI DAN MENYEJUKAN KEPALA HJ NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA SAJA....KAJIAN UNTUK MENYEKAT PARA PERWAKILAN UMNO MENDESAK HJ NAJIB LETAK JAWATAN PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO HUJUNG BULAN INI.....KALAU BERANI MENERIMA LAPORAN KAJIAN ITU SEBAGAI SAHIH PERCEPATKAN DIADAKAN PRU 13....ADA BERANI????...RAKYAT BUKANYA BODOH LAGI...RAKYAT DAH BENCI DENGAN UMNO/BN.... UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...