Friday, 11 November 2011

ADA AHLI PKR KEMARUK NAK JADI CALON JUAL DAN JAJA NAMA DSAI DAN AZMIN!!



Kegiatan menggunakan nama pemimpin-pemimpin tertentu untuk mendapatkan kedudukan boleh memberi kesan ke atas prestasi PKR dalam PRU ke 13.
 Anggota-anggota PKR yang merebut untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) sering  menggunakan nama Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali.
Menurut seorang aktivis politik yang dianggap sebagai orang lama dalam PKR, kegiatan menggunakan nama pemimpin tertentu untuk mendapatkan kedudukan boleh memberi kesan ke atas prestasi parti itu dalam pilihan raya umum nanti.
“Mereka ni bila bercakap dengan ahli peringkat cabang, balik-balik kaitkan nama, Azmin dan nama pemimpin lain di pusat sebab nak  tunjukkan kononnya dia rapat dengan pemimpin tinggi peringkat pusat.
“Walhal, rata-rata ahli akar umbi tak kenal pun mereka sebab sebelum ni tak ada pun nak datang sini, tetapi bila dah dekat nak pilihan  raya barulah nampak muka.
“Kami di peringkat cabang sebenarnya meluat tengok perangai orang macam ni,” kata beliau kepada FMT.
“Kalau orang yang lima tahun sekali turun ke bawah ini dijadikan calon, saya percaya prestasi parti akan terjejas dalam pilihan raya  nanti berbanding calon dari cabang itu sendiri yang dah masak dengan orang-orang di bawah.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ijam di kalangan aktivis politik Dewan Undangan Negeri (Dun) Behrang, Perak turut memberitahu  perebutan kerusi calon bagi Dun dan Parlimen di kawasan itu turut melibatkan persaingan lebih dari tiga penjuru termasuk seorang  wanita di peringkat cabang.
“Bukan seorang, dua tetapi lebih, termasuk seorang ahli wanita yang semakin giat berkempen supaya dicalonkan untuk kerusi parlimen.
“Ada seorang tu pulak, bekas editor sebuah akhbar, datang sini siap dengan makwe dia.
“Bila bercakap, nama Anwar, Azmin memang tak lekang dari bibir sebab nak tunjuk kononnya dia ada pengaruh dengan orang-orang di  pusat.
Tiada keyakinan diri
Beliau turut menganggap individu-individu yang menggunakan nama-nama pemimpin peringkat pusat sebagai tiada mempunyai  keyakinan diri.
“Biasanya orang macam ini tidak ada keyakinan diri atau biasanya orang anggap dia tiada apa-apa pun.
“Berpengaruh dengan orang bawahan, jauhlah sekali sebab itulah sampai terpaksa berpaut kepada pengaruh orang-orang tertentu yang  ada nama untuk dia bergayut.
“Itu pun kalau betul dia ada pengaruh di peringkat pusat, belum tentu lagi dia berpengaruh di peringkat akar umbi di sini.
“Sebab yang akan bertungkus lumus bekerja dalam jentera pilihan raya nanti bukannya pemimpin di atas tu, tetapi kami ahli-ahli akar  umbi inilah yang akan bekerja keras.
“Yang akan membuang undi pun juga masyarakat akar umbi inilah nanti, bukannya dua tiga kerat pemimpin di atas tu,” ujar beliau lagi.
Ijam turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu yang menganggap PAS Terengganu  belum bersedia untuk mengganti Barisan Nasional di negeri itu.
“Saya nak tanya AMK Terengganu, masa Pakatan Rakyat menang di Selangor, adakah PKR sudah cukup bersedia nak mentadbir  Selangor?
“Tapi Alhamdullilah, walaupun tak bersedia masa tu, tetapi dengan adanya permuafakatan rakan-rakan dari PAS dan DAP, Pakatan  Selangor dapat juga mentadbir, walaupun ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki.
“Adakah AMK Terengganu fikir, PKR dapat menerajui kerajaan Selangor kalau tidak dibantu dengan kerusi-kerusi Dun yang dimenangi  PAS?
“Jadi, bila bercakap tu, ingat-ingatlah dalam Pakatan ni bukan ada PKR sahaja tetapi kita ada rakan-rakan dari parti lain juga samada  PAS atau pun DAP, bila sampai masa mereka juga bekerja dengan kita nanti,” ujar beliau lagi

PANDANGAN OMAK:-
WALAUPUN YANG MENENTUKAN SIAPA YANG BAKAL JADI CALON UNTUK MEWAKILI PKR DALAM PRU 13 NANTI ADALAH PUCUK TERTINGGI PIMPINAN PARTI NAMUN MEREKA KENA AMBIL KIRA PANDANGAN DAN INSPIRASI AKAR UMBI....KENA RASAI DENYUTAN NADI PENYOKONG,PENDOKONG DAN AHLI-AHLI YANG MEMBINA PARTI DIPERINGKAT RANTING DAN CABANG SELAIN MEMINTA PANDANGAN DAN NASIHAT RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT....SETAHU OMAK.. ORANG KUAT JUAL NAMA NI MEMANG TAK DE APA-APA PUN... PEMIMPIN YANG BAIK DAN DITERIMA RAKYAT TAK PERLU NAK GUGUR NAMA PEMIMPIN UNTUK MEMBERIKAN RASA HORMAT DAN GERUN....RAKYAT ADA MATA,TELINGA DAN OTAK....MEREKA BOLEH MELIHAT,MENDENGAR, BERFIKIR DAN MENILAI...HENTIKAN PERANGAI JIJIK YANG KINI MENJADI BUDAYA KEKAL UMNO...MEREKA SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBUANGNYA JANGANLAH KITA BEREBUT-REBUT MENGUTIPNYA PULA....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

3 comments:

  1. rasanye fariz musa elok ambil iktibar...kekekeke

    ReplyDelete
  2. BUKAN KE JINGGAY13 NI DITUBUHKAN UTK MENAIKAN FARIZ MUSA KE? ADA HIDDEN AGENDA..TERANG DAN NYATA

    ReplyDelete
  3. Cukup la omak da bagi pandangan di atas tu, omak takmo sebut nama sapa2 la..tapi mengilut pengalaman memang ramai org macam ni mak jumpa pun..naik meluat rasa nak muntah hijau je bila mereka asek petik nama2 pemimpin tertinggi parti..donia..donia...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...