Friday, 11 November 2011

ANAK EXCO NEGERI MELAKA DIDAPATI BERSALAH MEMILIKI DADAH DAN DIJATUHKAN HUKUMAN DENDA RM1,500 ATAU PENJARA 4 BULAN!!


Jasin - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. -Sinar Harian

PANDANGAN OMAK:-
Datuk Ghazale Muhammad adalah ADUN BN Kawasan Serkam....Exco Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka... menjadi Exco buat penggal pertama...kalau yang kena tu anak kapada pemimpin PR wajib sudah akan jadi berita utama selama 2 minggu pagi petang siang malam dijaja disemua media arus perdana kepunyaan dan kawalan UMNO/BN....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

3 comments:

  1. Denda je? Kalau rakyat biasa, jamin masuk lokap. Undang-undang lain untuk kroni......

    ReplyDelete
  2. Biasalah ini undang-undang dunia. Boleh lah kautim. Bapak exco pengguna, anak pulak pengguna dadah. Ingatkan ada pengaruh ada duit anak tu belajar kat Jordan ke atau Mesair ke atau Australia atau UK paling tidak kat KL lah di UCSI ke HELP university ke rupenya jadi ahli farmasi cap ayam. Dunia dunia!!!!!

    ReplyDelete
  3. alahai omak setakat 1500 anak exco lekat celah gigi je

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...