Monday, 14 November 2011

RAFIDAH AZIZ PASTI TERSENYUM RIA...TERIMA KASIH BUNG MUKHTAR!!!



Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan
Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

bung mokhtar parliament 080708 01Bung Moktar (kiri) membuat komen itu ketika anggota parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Anggota parlimen Kinabatangan itu tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar

PANDANGAN OMAK:-

SEKARANG LIHAT SIAPA YANG DESAK KETUA WANITA UMNO MALAYSIA LETAK JAWATAN....SEPATUTNYA MANA-MANA INDIVIDU YANG PERTAHANKAN SHAHRIZAT PERLU JUGA LETAK JAWATAN TERMASUK HJ NAJIB, NOH OMAR DAN KHAIRY JAMALUDDIN....UMNO KINI SUDAH SERABUT DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MENJADI LIABILITI KEPADA NEGARA....MEMALUKAN PADA KACA MATA DUNIA....ADAKAH NANTI ADA PECACAI UMNO KAKI AMPU BODEK AKAN DESAK PULA SUPAYA TINDAKAN DISIPLIN DIAMBIL KEATAS BUNG MOKHTAR DAN DISYORKAN PADA PRU 13 NANTI TIDAK DICALONKAN LAGI SEBAGAI CALON UMNO/BN DIPARLIMEN KINABATANGAN....IANYA TIDAK MEMERANJATKAN....DALAM BUDAYA UMNO.. KALAU NAK HIDUP KENA IKUT ARUS.. JANGAN LAWAN ARUS... KENA KERAP MENGAMPU BODEK DAN MENCIUM TANGAN SAMPAI KESIKU...KENA ADA SIKAP ANGGUK SAJA... JANGAN MEMBANTAH....SELAGI PEMIMPIN ITU BERKUASA... BOSS IS ALWAYS RIGHT....BILA PEMIMPIN ITU SUDAH HILANG KUASA DAN TARINGNYA... BERKATA BENAR PUN DIKATAKAN SUDAH MENGALUT DAN NYANYUK....ITULAH UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMANYA....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...