Thursday 17 November 2011

PENYAMUN SAMUN ORANG AWAM..POLIS SAMUN PENYAMUN YANG MENYAMUN????


Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara. -BERITA HAIRAN

PANDANGAN OMAK:-



AMAT MEMALUKAN....KALAU DALAM BALAI POLIS DIPEJABAT PEGAWAI PENYIASAT PUN DUIT SUSPEK BOLEH LESAP DAN HILANG... APA JAMINAN NEGARA KITA INI BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI SELAMAT???????.....LEPAS INI OMAK CADANGKAN DIPINTU MASUK SETIAP BALAI POLIS HENDAKLAH DIPASANG PAPAN TANDA BERBUNYi..'jaga-jaga wang dan harta benda anda bila berada didalam kawasan balai polis untuk berurusan.. PDRM tidak akan bertanggung jawab akan sebarang kehilangan dan kerosakan".....SEBAB ITU MUNGKINNYA POLIS DIMINTA MENYIASAT KES KELUARGA MENTERI SAMUN WANG RAKYAT BELI KONDOMINIUM MEWAH....HILANG TERUS RASA KEPERCAYAAN DAN HORMAT RAKYAT KEBANYAKKAN KAPADA PDRM....PELIKNYA KETUA POLIS SELANGOR DIMANA DAERAH SHAH ALAM DIBAWAH JAGAAN BELIAU BARU-BARU INI MENERIMA HADIAH PEGAWAI TINGGI MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH CEMERLANG DARI DS HISHAMUDDIN HUSSEIN....DUNIA DUNIA....MENIAGA MANUSIA LEBIH UNTUNG DARI MENIAGA UNTA...WOW!!.. RAKYAT BENCI UMNO/BN.. UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.

1 comment:

  1. Jenayah terancang yg sama sama dirancang... bila bahan bukti hilang, dah tak boleh dakwa suspek... akhirnya mahkamah buang kes... senang la orang kerja gomen, dah kena tangkap merompak pun gomen tolong lepaskan.. kalau org awam, kes tak bawak ic/mykad pun kena hukum denda dan penjara sampai 6 bulan

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...