Sunday 27 November 2011

UMNO SUDAH BERSIAP SIAGA UNTUK JADI PEMBANGKANG!!!!


PAKATAN RAKYAT MANTAP DAN KUKUH BANDING 2008, PRU-13 GILIRAN BN JADI PEMBANGKANG 



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Pakatan Rakyat lebih bersedia kali ini untuk membentuk kerajaan pusat sambil menegaskan, pilihan raya umum ke-13 peluang terbaik untuk mengubah kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Ini adalah peluang terbaik sejak 1957. Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk bangkit dan mengubah sistem (semasa di bawah BN),” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap menutup Kongres Nasional PKR Kelapan di sini hari ini.
Katanya, jika pilihan raya umum diadakan dengan adil dan demokratik, sudah pasti BN akan kalah dengan mudah.
Pakatan Rakyat sebelum ini menekankan pilihan raya umum hanya patut diadakan selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen selepas menyediakan senarai pembaharuan sistem pilihan raya.
Perikatan tersebut tidak bersedia untuk membentuk kerajaan persekutuan pada  2008 apabila ia menafikan majoriti tradisi  dua pertiga BN di Parlimen.
Pakatan Rakyat juga memperoleh kejayaan di lima negeri termasuk Kelantan dan menguasai majoriti kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
DAP-PAS-PKR mengadakan ikatan tidak formal pada pilihan raya umum lalu dan Pakatan Rakyat dibentuk sejurus selepas keputusan pilihan raya umum itu.
Pengalaman Pakatan Rakyat menerajui lima kerajaan negeri merupakan “lapangan latihan” yang membolehkan mereka membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.
KeADILan telah bertarung dan melalui kesukaran bukan satu atau dua tahun, tetapi lebih 10 tahun. Jika kita menang pada (pilihan raya umum) 1999, kita tidak bersedia,” kata Anwar merujuk kepada pilihan raya umum yang diadakan pada tahun berikut selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
“Pada 2008, ia adalah ujian pertama membentuk kerajaan negeri. Jika kita telah membentuk kerajaan persekutuan, kita kemungkinan cuai. Ia satu lapangan latihan (yang baik),” katanya lagi.
“Kita telah membersihkan pengkhianat, kotor daripada parti,” katanya.
PKR telah berhadapan dengan tindakan sejumlah ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri keluar parti.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri meninggalkan PKR sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak awal 2009

1 comment:

  1. 1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...