PKR “Selama 54 tahun rakyat beri kepercayaan kepada BN, baru sekarang dia (Datuk Seri Najib Razak) cakap mengenai ‘kepercayaan’,” kata Adun Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menyentuh mengenai ucapan Perdana Menteri pada majlis sambutan Deepavali di Kampung Jawa, Klang baru-baru ini.
 
Dr Xavier yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, ucapan Perdana Menteri itu tidak lain hanya untuk meraih simpati rakyat yang selama ini didakwa tertindas di bawah pemerintahan BN.
 
“Selama ini, kaum India tidak dihormati, ditipu dan ditindas.
 
“Banyak contoh yang boleh kita lihat dan baru-baru ini saya dapat tahu ada penerima bantuan kebajikan seperti tidak layak memiliki televisyen dan stesen televisyen berbayar sehinggakan ada pihak daripada parti mewakili kaum India menyorok barangan tersebut bagi melayakkan mereka mendapat bantuan,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,200 pengunjung yang hadir di majlis Rumah Terbuka Deepavali PR di sini malam kelmarin.
 
Walaupun cuaca hujan, namun ia tidak menghalang orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum India dan sebahagian kecil Melayu dan Cina hadir pada majlis tersebut.
 
Hadir sama, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Khalid Jaafar dan Ketua Wip DAP Hulu Selangor, Chng Boon Lai.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Tukiman Nail.
 
Dr Xavier mempersoalkan adakah rakyat yang memiliki televisyen dan stesen televisyen berbayar tidak layak menerima bantuan kebajikan.
 
Menurutnya, sekiranya rakyat tidak memiliki stesen televisyen berbayar itu rakyat tidak akan menerima maklumat tambahan kerana beliau mendakwa stesen televisyen kerajaan tidak banyak rancangan untuk kaum India.
 
Beliau berkata, sebab itu rakyat perlu kepada stesen televisyen berbayar dan kerajaan BN tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak melayakkan mereka mendapat bantuan kebajikan.
 
“Pada Sidang Dun, Kerajaan Negeri menyediakan RM90 juta untuk kebajikan kaum India termasuk untuk keperluan kesihatan dan infrastruktur.
 
“Jadi, kalau mahu lebih banyak perubahan sokonglah PR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti,” katanya.
 
Dr Xavier berkata, sekarang tiba masa untuk rakyat beralih kepada PR dan menolak BN.
 
Beliau turut menyeru pemimpin PR dan rakyat kawasan ini untuk bekerja keras merampas kembali Parlimen Hulu Selangor daripada BN kerana Parlimen ini dianggap kerusi penting PR.
 
Menurutnya, sokongan rakyat harus diberikan sepenuhnya kepada PR...JOM UBAH...UBAH SEKARANG.. SELAMATKAN MALAYSIA....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN