Monday 28 November 2011

INGAT DIHATI NAK TAMBAT HATI PENGUNDI ANAK-ANAK MUDA, AKHIRNYA KENA REMBAT DAN SEBAT...PADAN MUKA!!!!


Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, esok
Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.

occupy dataran merdeka 151011 night programme story imageKumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

"Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.

"Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini."

Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.
Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.

Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.......PADAN MUKA WEI!!!.. RAKYAT SUDAH BANGKIT....RAKYAT DAH SERIK DENGAN PENIPUAN KERAJAAN UMNO HJ NAJIB....RAKYAT KALI INI NAK TUNJUK SIAPA MAJIKAN DALAM NEGARA INI... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT... UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT.. TAK TUNAI JANJI KENA REMBAT DAN SEBAT....UMNO IS DEAD...PR GANTI BN

3 comments:

  1. Undang-undang baru ini jika diluluskan menjadikan kita rakyat macam lembu dalam kandang bukan dalam kondo!

    ReplyDelete
  2. Kita rakyat Malaysia dikepung kiri kanan depan belakang apabila mahu berhimpun.Tak sedar2 lagi ka kata kita dibangsatkan oleh undang2 yang zalim ini...

    ReplyDelete
  3. Undang2 baru ini lagi buruk dan lebih celaka daripada akta polis sedia ada yang mahu dimansuhkan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...