Thursday, 10 November 2011

MENTERI AGAMA MALAYSIA CUBA NAK COVER LINE HJ NAJIB!!!!



Menteri: Maksud Twitter PM selesai wukuf, bukan haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
    
NONEBeliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.

Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Jamil memberitahu pemberita demikian sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurutnya, perdana menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
    
"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.
    
"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.
    
"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau.
    
- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

KALAU DAH BUAT SILAP MENGAKU SAJALAH....JANGANLAH NAK BERDEGIL KATA SILAP KATA DAN BERMAKSUD YANG LAIN...EJAAN WUKUF IALAH w u k u f  BUKAN h a j i ... DALAM TWITTER HJ NAJIB DIA KATA SELESAI KERJAKAN HAJI BUKAN SELESAI KERJAKAN WUKUF....BERJIWA BESARLAH SIKIT WAHAI MENTERI AGAMA ISLAM MALAYSIA...DAHLAH TAKUT NAK TEGUR CARA PEMAKAIAN HAJJAH ROSMAH.. JENIS MENTERI ADA ILMU UGAMA TETAPI TAKUT NAK TEGUR PEMIMPIN.. JENIS AHLI UGAMA CARI MAKAN DEMI SESUAP NASI DAN SETEGUK AIR... SEGALA KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN TERMASUK ANAK BINI DIPEJAMKAN MATA, DIPEKAKKAN TELINGA DAN DIBISUKAN MULUT...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...