Thursday, 10 November 2011

PERKASA KECUT BACUL DENGAN ANAK PENAUNG AGUNG PERKASA MARINA MAHATHIR!!!



Mahfuz: Mengapa PERKASA tak 'dajal' anak Dr Mahathir?
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada kumpulan pendesak Melayu, PERKASA akan juga melabelkan anak mantan perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai dajal kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini?

NONEMenurut Mahfuz, beliau hairan Marina, yang bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penaung PERKASA tidak didajalkan oleh kumpulan itu atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam".

"Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini?

"Tak tahulah kalau-kalau Dr Mahathir yang dilaporkan sebagai penaung PERKASA atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini.
Hawa nafsu
"Maklumlah, sebelum ini PERKASA melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Mahfus yang dipetik oleh organ rasmi PAS, Harakahdaily.
ambiga question by police over seksualiti merdeka 071111 marina mahathirPada 2 November lalu, PERKASA menerusi Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris melabelkan pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai 'dajal' kerana bersetuju merasmikan program Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 9 November.

Katanya, pejuang pejuang dan pendokong hak sivil itu sedang membawa "agama baru" yang bergabung sama dengan hak asasi dan menggalak homoseksual.

Bagi Mahfuz, tidak dapat disangkal lagi penentangan kumpulan rasis berkenaan terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

NONE"Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka.

"Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" katanya lagi.
Kelab maksiat

Harakahdaily juga memetik pemimpin PAS itu berkata, pertubuhan-pertubuhan rasis seperti PERKASA, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral.

prostitution, desa mentari, police raid"Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman.

"Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau.

Akibat desakan kumpulan pelampau itu dan campurtangan pemimpin politik tertentu, polis juga mengharamkan semua acara anjuran Seksualiti Merdeka.

NONEMeskipun sedih dan terkilan dengan keputusan itu, penganjurnya memutuskan semua acara-acara awamnya yang dijadualkan tidak akan diteruskan demi menjaga keselamatan orang ramai yang bakal hadir.

Program bagi memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini telah dianjurkan sejak tahun 2008..

PANDANGAN OMAK:-

OMAK BERANI KERAT JARI KELENGKENGLAH KALAU PERKASA DAN IBRAHIM ALI TERMASUK PEKIDA,PEMUDA UMNO BERANI SENTUH DAN SERANG MARINA MAHATHIR.....PERKASA PUN BERNYAWA DAN BERNAFAS ATAS TUMPANG NAMA TUN M SEBAGAI PENAUNG....MASIH ADA SEDIKIT SOKONGAN KERANA MENDAPAT RESTU TUN M....KALAU BERANI PERGILAH BUAT DEMO DAN BAKAR GAMBAR MARINA MAHATHIR.. DIA PUN DAH BUAT CABARAN....PTUIH!!! KALAU PERKASA BERANI!!!!!... UMNO IS DEAD.. PERKASA IS BLOODY IDIOT NO BALLS....PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...