Monday 21 November 2011


Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah
PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.
NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.
azlan"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...