Najib: ‘11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen bubar’
Di sebalik desas-desus banyak pihak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara berseloroh berkata spekulasi bahawa beliau akan membubarkan Parlimen hari ini sempena tanggal 11.11.11 tidak akan menjadi kenyataan.
Najib yang mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang tadi berkata: “Tarikh 11.11.11 akan berlalu tanpa Parlimen dibubarkan.”
Spekulasi menyebut Najib (gambar) akan membubarkan Parlimen hari ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 bulan depan.
Beliau yang kembali dari menunaikan haji kelmarin mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi tadi.
Petang tadi beliau berlepas untuk menghadiri sidang kemuncak Apec.
Pada sidang media hari ini, Najib memberitahu mesyuarat itu hanya membincangkan langkah untuk memantapkan parti selain persiapan menjelang pilihan raya umum.
“Tiada perbincangan mengenai pengagihan kerusi atau mengenai tarikh kemungkinan pilihan raya akan diadakan,” katanya.
Dalam pada itu Bernama Online melaporkan mesyuarat cuma membincangkan usaha yang boleh dibuat untuk memperkuatkan BN supaya parti lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Kita juga bincang pentingnya kita kembali kepada semangat dan prinsip BN iaitu hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.
Menurutnya, perbincangan melibatkan ketua parti-parti komponen BN itu juga tertumpu kepada hal kepentingan bersama.
“Ini supaya kita dapat cari kata sepakat untuk tangani apa juga isu sama ada sensitif atau sebaliknya,” kata Najib.
Beliau menegaskan ada kenyataan mengenai parti dan isu tertentu boleh dibuat secara terbuka tetapi jangan sampai menyentuh sensitiviti parti dan pihak lain.
Beliau turut ditanya mengenai kedudukan MCA yang dilaporkan tidak menyokong cadangan membenarkan warga Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana dikatakan tidak mengikuti perkembangan semasa di tanah air.
Najib berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menjelaskan perkara itu kepadanya hari ini.
Apa yang dijelaskan ialah kekhuatiran MCA berhubung kesukaran melaksanakan perkara itu yang mungkin membabitkan masalah lojistik memandangkan pengundian membabitkan kira-kira 800 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
“Jadi BN tidak menentangnya tetapi BN mahu mengetengahkan kesukaran besar dalam melaksanakannya, kata Najib.
Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Dr Chua berkata jika cadangan itu dilaksanakan, ia akan membabitkan penghantaran kira-kira 800 peti undi ke luar negara.
Beliau menjelaskan perlu juga ada wakil dari parti terbabit dan pemerhati bebas, dan itu semua melibatkan kos yang besar.
MCA khuatir keadaan itu akan menimbulkan keraguan dan tohmahan tentang kesahihan pengundian, katanya
PANDANGAN OMAK:-
TAHUN INI MEMANG SUKAR NAK DIADAKAN PRU 13 SEBAB KESUNTUKKAN MASA....PALING AWAL PUN OMAK RAMALKAN BULAN MAC 2012 SELEPAS WANG ONE OFF SEBANYAK RM3,000 DAN RM500 SUDAH DINIKMATI OLEH RAKYAT YANG LAYAK....ISU YANG TUMBANG ATAU KEKALNYA BN SEBAGAI PARTI PEMERINTAH BERGANTUNG BANYAK KEPADA ISU "BREAD AND BUTTER"... ISU APA YANG TERHIDANG DIATAS MEJA SETIAP HARI...ISU KENAIKKAN HARGA BARANG-BARANG KEPERLUAN HARIAN DAN MENINGKATNYA KOS HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN MENINGGI DAN TIDAK MAMPU DIKAWAL OLEH KERAJAAN YANG SEDIA ADA....ISU KETUANAN MELAYU DAN KETELUSAN KERAJAAN ADALAH ISU KEDUA DAN BUKAN UTAMA KAPADA RAKYAT KINI....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

No comments:
Post a Comment