Wan Azizah: PKR akan kemuka calon lebih amanah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memberi jaminan bahawa parti itu akan mengemukakan calon yang lebih amanah, berkelayakan dan setia kepada perjuangan parti untuk mengelakkan individu berkenaan melompat parti selepas memenangi pilihan raya.
Katanya, parti akan mengadakan rundingan dengan pemimpin cabang dan akar umbi terlebih dahulu untuk mengelakkan insiden berkenaan berulang selepas pilihan raya akan datang.
"(Calon) harus dari kalangan mereka yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor Bahru hari ini.
PKR juga tidak akan bertolak ansur dengan bakal calon yang berlagak seperti "gunting dalam lipatan", katanya lagi yang merujuk kepada wakil rakyat yang tidak lagi bersama parti itu.
Antaranya ialah dua orang ahli parlimennya, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan juga Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang kini giat menyerang PKR.
"Mujurlah mereka ini terdedah awal dan bertindak melompat mengkhianati amanah perjuangan. Kini mereka tanpa segan silu menjadi alat penguasa rasuah.
"Marilah kita sama-sama mengulangi iltizam serta berpegang dan patuh kepada prinsip perjuangan; disiplin dan adab berjamaah dan tumpukan kepada cita-cita luhur perjuangan kita menegak keadilan," katanya lagi.
Tambahnya, ujian PKR pada waktu ini adalah untuk memenangi hati rakyat dalam keterbatasan pilihan raya, kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keengganan pemimpin Umno dan BN untuk melaksanakan poilihan raya bebas dan adil.
"Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu UMNO-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada, kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah," katanya.

MULUT LASER OMAK:-
Bagaimana kepimpinan tertinggi Parti KeADILan Rakyat dapat mengesahkan peristiwa melompat dan mengkhianati parti dan harapan rakyat tidak berulang?????.. Apa jaminannya yang rakyat boleh pegang dan bergantung harapan...Jangan kepimpinan KeADILan terpesona,terpukau dan terhambat dengan beberapa muka baru yang kini kuat bersuara bila PRU hampir tiba....melahirkan beberapa kumpulan dengan memberi nama yang berkaitan dengan perjuangan tetapi kalau sekadar menjerit ditepi jalan dengan membuat aduan di Balai Polis yang berdekatan mengenai penyelewengan tetapi tidak pernah membuat penyelidikan dan bongkaran secara ilmiah... ceduk hasil penat lelah kawan yang bersusah payah.. itu bukan pejuang tetapi oportunis yang cuba mengambil kesempatan...muka -muka mereka akan kelihatan bila suatu insiden yang banyak diberikan liputan meluas...kepimpinan parti mesti memberikan perhatian yang serius spesis seperti ini...spesis ular dalam selimut...bangunkan kumpulan bertopengkan perjuangan tetapi dalam masa yang sama menjalankan aktiviti-aktiviti meyerang kepimpinan parti negeri yang mereka tidak berkenan hanya disebabkan kesukaran untuk mendapatkan projek dan permintaan mereka tidak mendapat layanan...budaya totok sebati abadi UMNO sudah menjadi ikutan dan amalan mereka...beringat-ingat sebelum parah... jangan peristiwa menikam parti berulang...KEBENARAN ITU PAHIT..ADIL ITU PERIT... PERJUANGAN ITU SAKIT.
Contoh nama seperti ALIAS BIN ZENON.Jangan sekalix
ReplyDeletemeletak mamat ini sebagai calon PKR.Bernaung bawah
Parti Keadilan Rakyat.Bercakap tentang keadilan
untuk rakyat tetapi menganiaya pekerjanya dengan
penamatkan perkhidmatan tanpa notis sebulan.Mamat
ini merupakan Pengurus Cawangan JERAI SECURITY
KUALA KANGSAR.Kes mamat ini dalam siasatan Pejabat Buruh Taiping.Jahanam PKR seandainya
masih meletakkan mamat ini sebagai calon!!!
agree!!! RAMAI AHLI PKR NIBONG TEBAL tak mau DR Mansor Othman jadi calon PARLIMEN NIBONG TEBAL....ramai nak CHEGU BARD sebab dia rajin turun...adakah sebab nak lari dari negeri terus nak lawan PARLIMEN.... PKR PUSAT, dengarlah suara ahli PKR akar UMBI
ReplyDelete