Amanah ditubuh kerana tiada ruang bersuara dalam BN
Beberapa bekas pemimpin-pemimpin utama BN mendakwa bahawa ruang demokrasi dalam parti-parti masing-masing semakin terhakis dan berkurangan sehingga menyebabkan mereka menyertai NGO baru Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) agar suara mereka dapat didengar.
Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata kepimpinan semasa Umno tidak lagi membenarkan suara-suara yang membangkang daripada didengar.
"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.
"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," kata Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang.
Menurut beliau, ruang itu ditutup kerana Umno sekarang hanya bergantung kepada satu idea sahaja.
Beliau memberi contoh, semasa perhimpunan agung Umno, di mana, ahli-ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk mendedahkan perkara yang hendak dibangkitkan untuk diluluskan terlebih dahulu.
"Oleh itu, suara dari bawah tidak mendengar," kata Razaleigh yang juga adalah presiden Amanah.

Nak kutuk
Bagi Abdul Kadir pula, kumpulannya itu masih menaruh keyakinan dalam Umno tetapi memilih ruang baru bagi menyuarakan pendapat mereka kepada orang ramai.
“Tidak ada ruang dalam parti (bagi perbezaan pendapat)," katanya.
Dakwanya, kebebasan menyuarakan pendapat yang berbeza wujud suatu ketika dulu dalam Umno tetapi dilenyapkan semasa pentadbiran presiden keempat parti itu, Tun Hussein Onn.
"(Dulu) nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.
"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.
Amanah dilancarkan Julai lalu dan pendaftarannya diluluskan Pendaftar Pertubuhan dua minggu lalu.
Selain Razaleigh dan Abdul Kadir, turut serta pada sidang media itu adalah bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden MIC Datuk S Subramaniam.
Amanah juga dianggotai oleh timbalan presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (Upko) Datuk Wilfred M Bumburing, ahli politik veteran Sarawak Datuk Daniel Tajem, bekas presiden Majlis Peguam Datuk K Ragunath dan bekas pesuruhjaya Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun

PANDANGAN OMAK:-
SEMENJAK UMNO DIPIMPIN HJ NAJIB RAZAK SUDAH TIADA LAGI DEMOKRASI...DEMOKRASI SUDAH KIOK...SUDAH MAMPOS TANPA BATU NISAN....SUARA YANG BERSONGSANG DIHALANG....SUARA KRITIKAN TIDAK DIBENARKAN....SUARA MENEGUR SUDAH LEBUR....SUARA BERLAINAN PANDANGAN DICINCANG.....YANG SUBUR BUGAR IALAH SUARA AMPU BODEK MELAMBUNG....BUDAYA CIUM TANGAN SAMPAI KESIKU DIALU-ALUKAN....BILA VENETRAN PARTI UMNO SUDAH MULA MELUAHKAN PERASAAN PETANDA PRU 13 NANTI UMNO AKAN TUMBANG....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN.
jangan kata dala umno..dalam PKR sendiri pon 2 x 5 jer ..kekekek apa pon x bley
ReplyDeleteBelum tentu PR akan ganti BN..Perebutan kuasa dalaman PR pon still xstabil..huhu
ReplyDelete