Thursday, 17 November 2011
MELAYU PULAU PINANG TAK YAKIN UMNO/BN MAMPU RAMPAS BALIK PULAU PINANG DARI TANGAN DAP/PR!!!!!
PRU-13: Majoriti Melayu tak yakin BN mampu tawan Pulau Pinang....m'sian insider
Majoriti pengundi kalangan kaum Melayu tidak yakin Barisan Nasional (BN) boleh merampas balik kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum akan dipanggil waktu terdekat.
Kajian kendalian Ilham Centre berkaitan persepsi dan tanggapan orang Melayu menunjukkan keadaan itu disebabkan perpecahan dalaman Gerakan dan ketiadaan Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan perdana menteri dua tahun lalu, dalam kepimpinan Umno pusat telah menggelapkan harapan BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.
Kajian itu dijalankan awal bulan lalu dengan memfokus 720 responden dari dua kerusi Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri - yang kesemuanya berada dalam tangan Umno-BN. Salah satu kerusi Parlimen melibatkan Kepala Batas yang penyandangnya ialah Abdullah sendiri.
Pagi tadi Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut mengetuai BN Pulau Pinang mengumumkan tidak akan bertanding pilihan raya umum ke-13. Beliau tewas pada pilihan raya umum 2008.
Berhubung soal sama ada BN akan memerintah semula kerajaan negeri Pulau Pinang hanya 18.6 peratus yakin manakala 16.4 peratus mengatakan tidak. Pun begitu responden yang mengatakan tidak pasti adalah dalam lingkungan 60.8 peratus.
Berhubung soalan sama ada Pakatan Rakyat akan kekal memerintah negeri itu, 25.3 peratus bersetuju berbanding 17.8 peratus mengatakan tidak. Sekali lagi bilangan mereka yang tidak pasti agak tinggi iaitu 56.7 peratus.
Daripada 720 respoden yang ditemui itu, seramai 57 peratus merupakan pengundi dikategorikan sebagai mereka atas pagar manakala 43 peratus lagi kalangan ahli Umno.
Bagamanapun menurut hasil kajian itu, pengundi Melayu mengharapkan agar nasib mereka dibela dan lebih mendekati mereka dan prihatin atas segala masalah mereka.
Pengundi-pengundi Melayu juga mahukan bantuan secara terus kerana mereka tidak suka kepada persaingan, kata hasil kajian itu sambil menambah, “jika boleh, salurkan bantuan secara terus, bukan berlumba-lumba dengan kaum lain.”
“(Mereka) mahukan bantuan ‘one-off’ dalam bentuk tunai dan keperluan harian kerana itu lebih menyebabkan mereka yakin kepada kepimpinan kerajaan negeri.
“Mahukan agar kerajaan negeri tidak bersikap ‘bias’ dan mengamalkan diskriminasi dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan,” katanya lagi.
Selain itu, pengundi-pengundi Melayu mahukan tokoh atau calon yang boleh duduk bersembang, turun ke bawah ‘down to earth’ dan boleh sedia mendengar segala keluhan dan masalah mereka.
Hasil kajian Ilham Centre ini juga menunjukkan bahawa Umno Pulau Pinang dilihat didominasi oleh Melayu “berketurunan mamak.”
“Oleh itu, pengundi Melayu agak skeptikal dengan kelompok ini..
PANDANGAN OMAK:-
MELAYU PULAU PINANG SUDAH SEDAR YANG UMNO PULAU PINANG DIKUASAI OLEH MAMAK-MAMAK YANG MENGAKU MELAYU....KATA-KATA OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KERAJAAN PULAU PINANG HANYA DIPINJAMKAN SEMENTARA SAJA UNTUK DAP/PR TADBIR NANTI PRU 13 AKAN DIAMBIL BALIK, RUPA-RUPANYA ADALAH OMONG-OMONG KOSONG SEBAGAI PENYEDAP JIWA DAN HALWA TELINGA......BUAT PENAT UPAH MAMAT SAMSENG JALANRAYA BUAT DEMO.......BUANG MASA, AIR LIUR DAN TENAGA EZAM BUAT PERARAKAN RASIS KACAU KETENTERAMAN AWAM.......RUGI LANGSUNG LAKUNAN YB-YB MAMAK DAN REEZAL MERICAN PULANGKAN WANG RM100 KONON HASIL DARI JUDI LUMBA KUDA.......KALAU NAK TAHU ILHAM INI KEPUNYAAN MCA.....MAMPOS KALI INI UMNO.... RAKYAT BENCI UMNO....UMNO IS DEAD... PR GANTI BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
No comments:
Post a Comment