Tuesday 15 November 2011

SHAHRIZAT DENGAN LEMBU DUDUK DIKONDOMINIUM MEWAH, ZAHID HAMIDI DENGAN JET PERIBADI MEWAH, SEMUANYA MEWAH BELAKA TAPI RAKYAT HIDUP DALAM KESUSAHAN..MACAM-MACAM ADA!!!


Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi, nafi miliknya

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya.
Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.
“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar)dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”
Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.
Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.
Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.
Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.
“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?
“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.
Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya
PANDANGAN OMAK:-
HANYA BEROTAK LEMBU ATAU OTAK YANG DISELAPUTI PENUH DENGAN TAIK LEMBU SAJA YANG MASIH TANPA SEGAN SILU MENYOKONG KUAT UMNO....YANG HIDUP MEWAH ADALAH PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA.. AHLI-AHLI UMNO ADA YANG HIDUP KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG KADANG-KADANG TAK MAKAN LANGSUNG....KALAU MASIH LAGI NAK SOKONG UMNO.. TAK DAPEK OMAK NAK NOLONG NYO DOH....BAGI OMAK.. CUKUPLAH TU...BERI PELUANG PR PULA MEMERINTAH NEGARA KITA DAN AMBIL ALIH URUS TADBIR PUTRAJAYA....BUKANNYA LAMA PUN... PRU 13 INI KITA BERI 5 TAHUN UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN PR MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA.. KALAU BAIK KITA SAMBUNG KONTRAKNYA.. KALAU MACAM PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO GAK KITA TAMATKANNYA PADA PRU 14.... KUASA 'HIRE AND FIRE' TERLETAK DITANGAN KITA SEBAGAI RAKYAT... SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...UNDI RAKYAT MEMBAWA BERKAT...TIDAK SUKA KITA KASI TAMAT...UMNO IS DEAD... PR GANTI BN

1 comment:

  1. Nanti masok jail sg buloh pon nak bilik yg mewah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...