Haji Najib, Hajah Rosmah berlepas pulang dari Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya berlepas dari Arab Saudi untuk kembali ke tanah air, awal hari ini.
Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan itu berlepas dari terminal Royal Pavilion Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini kira-kira jam 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia).
Antara yang berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Gabenor Wilayah Makkah, Dr Abdulaziz Al Khedheiri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Prof Datuk Syed Omar Al-Sagga; Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak serta beberapa barisan pemimpin Lembaga Tabung Haji.
Najib bersama rombongan beliau, yang antara anggotanya termasuk bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah serta adiknya, Datuk Mohamed Nazim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.
Rabu lalu, Najib dan Rosmah sempat meluangkan masa mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di bangunan hotel Abraj Al Janadiriah di sini dan beramah mesra dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel berkenaan.
Isnin lalu, Najib bersama pemimpin Islam lain yang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji, diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mahkota Naif Abdul Aziz.
- Bernama
PANDANGAN OMAK:-

RAKYAT NAK LIHAT SAMA ADA PERUBAHAN ATAU MASIH BERKEKALAN DENGAN CARA LAMA...OMAK NAK BERSANGKA BAIK SIKIT WALAU PUN KEPERCAYAAN MEREKA BERDUA AMATLAH NIPIS SEKALI....KISAH PEMERGIAN NAJIB DAN ROSMAH KE MEKAH MENGERJAKAN IBADAH HAJI BOLEH DIKATAKAN MEMPUNYAI DUA BILAH MATA PEDANG...BALIK KALAU TAK BERUBAH MAKA MEREKA AKAN DIJADIKAN BAHAN BELASAHAN.... KALAU DAH BERUBAH MAKA RAKYAT AKAN UCAPKAN.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...UMNO IS DEAD...PR GANTI BN
BALAIK...hahah..LABBAIKALLAHHUMMA LABBAIKKKK.....takbirrr
ReplyDeleteaku tgk si rosmah tu masih tak bertudung litup...dah dpt haji mabrur ker tu...
ReplyDelete