Tuesday 15 November 2011

PUKUL DIRI SENDIRI SINDIR HAJAH ROSMAH MANSOR



Malaysia Catat Kadar Obesiti Paling Tinggi Dikalangan Negara Asean
KUALA LUMPUR: Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).
Dr Tan ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram. Katanya sebanyak 1,266 sampel makanan telah dianalisis pada tahun 2009 untuk bahan pemanis di mana 7.3 peratus atau 92 sampel didapati melanggar standard yang ditetapkan.
"Manakala pada tahun 2010 sebanyak 2,004 sampel makanan telah dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan," katanya.
Mengenai tindakan, beliau berkata selain tindakan mahkamah yang diambil terhadap pihak industri, kerajaan juga mengeluarkan amaran kepada seluruh negara untuk memaklumkan produk yang melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang tidak dibenarkan.
"Tindakan pihak kementerian adalah dengan melaksanakan pengambilan sampel dari semasa ke semasa untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah terdiri daripada makanan yang selamat dimakan," katanya.-BERNAMA
PANDANGAN OMAK:-
BUKAN SAJA NEGARA KITA OBESITI NOMBOR SATU DALAM NEGARA-NEGARA ASEAN....WANITA YANG MENGAKU WANITA NOMBOR SATU NEGARA JUGA SEORANG WANITA YANG PALING OBESITI DIKALANGAN ISTERI-ISTERI PEMIMPIN ASEAN....BUKAN SAJA BADAN OBESITI TETAPI SELERA BERMEWAH LAGI OBESITI....INI SUDAH KES BERAT...KES BERANI CARI NAHAS.. SUAMI SENDIRI TAK BERANI NAK TIBAI KINI KETUA PUTERI PULA YANG PERLI...PELIKNYA TUKANG CAKAP TU BADAN PUN KIRA OBESITI JUGA.. TIMBALAN MENTERI JAGA KESIHATAN LAGI...TAK BOLEH DIJADIKAN IKON DAN CONTOH IKUTAN....TUKANG NASIHAT TAPI DIRI SENDIRI TAK IKUT... KIRA-KIRA CAKAP TAK SERUPA BADAN....BADAN TAK SERUPA CAKAP....BADAK SUMBU KATA BADAK AIR GEMUK....UMNO IS DEAD.. PR GANTI BN

1 comment:

  1. Fuh..nabaik omak mengamalkan pemakanan yg sihat dan bersederhana dalam apa2 sekalipun...mak tetap maintain tau...muahahahahaha..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...