Wednesday 16 November 2011

PRODUK 1M'SIA BERKUALITI RENDAH,TIDAK MURAH DAN MEMBAHAYA


Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia
Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

NONEDalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi olehMalaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

NONEKatanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

PANDANGAN OMAK:-

SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT MALAYSIA DAN SAPU WANG RAKYAT DEMI KONSEP MENJUAL BARANGAN MURAH...YANG MENJADI MANGSA IALAH WARGA MISKIN DAN BERPENDAPATAN RENDAH....KINI SUDAH MENJADI TREND DIMANA JENAMA 1M'SIA DIJADIKAN MODAL UNTUK MENDAPAT DANA KERAJAAN MENJALANKAN PERNIAGAAN UNTUK RAKYAT MENDAPATKAN PRODUK YANG BERKUALITI DAN MURAH KONON....TETAPI ITU SEMUA ADALAH PEMBOHONGAN...TERBUKTI DENGAN RESTORAN RAKYAT 1M'SIA...SEBELUM INI SOS TIRAM DAN SUSU SERTA PRODUK PENCUCI KAIN DIPERTIKAIKAN AKAN MUTUNYA....PROJEK INI TAK LEBIH DARI TIPU SAMBIL CEKIK DARAH RAKYAT.....RAKYAT BENCIKAN UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

1 comment:

  1. Kalau tak menipu bukan UMNO namanya...hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...